PEOPLE melaporkan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas dikatakan mengalami masalah penyalahgunaan dadah. Malah, teman wanitanya yang juga seorang model, Blanda Eggenschwiler turut terkena tempias akan dakwaan yang tidak munasabah itu. Bagaimanapun, Joe, 24, tampil menafikan khabar angin tersebut. “Ia mengarut! Kami telah lama berdiam diri selama beberapa minggu dan kini saya dikatakan seorang penagih dadah. “Semestinya khabar angin itu tidak betul. Saya tidak pernah menyentuh dadah sepanjang hidup saya, begitu juga dengan kekasih saya. “Ia kelakar, tetapi mengecewakan pada masa yang sama. Ia membuatkan saya marah lebih-lebih lagi apabila dakwaan tersebut dikaitkan dengan teman wanita dan saya sendiri,” tegasnya. Dalam perkembangan lain, Jonas Brothers yang turut dianggotai abangnya, Kevin, 25, dan adiknya, Nick, 21, sah berpecah selepas membuat kenyataan rasmi beberapa hari lalu. Kemelut yang melanda kumpulan mereka hangat diperkatakan lebih-lebih lagi mengenai masa depan Jonas Brothers selepas ketiga beradik ini membatalkan 19 persembahan siri jelajah mereka awal Oktober lalu berikutan tidak sefahaman lagi.
|
ADVERTISEMENT