CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Sombong, Kena Banyak Bertanya" Rita Nasihat Pelakon Baru Yang Berlagak. Siapa Tu?

7-2-2021 11:45 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5933| Komen: 22


Kredit gambar : Instagram Ritrud27



Pelakon jelita dan juga Finalis Dewi Remaja 1997/98, Rita Rudaini diakui merupakan seorang yang berdisplin dan profesional dalam bekerja. Jadi tidak hairanlah dia mampu bertahan dan kekal relevan dalam dunia seni sehingga ke hari ini.

Untuk kekal bertahan selama lebih 2 dekad dalam industri bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak hanya bergantung pada paras jelita semata-mata.

Dalam temuramah bersama Gempak, Rita ada berkongsi pengalaman di set penggambaran dan nasihat kepada pendatang baru dalam bidang lakonan.

"Antara nasihat yang boleh saya kongsi kepada pelakon-pelakon baru, jangan sombong di set penggambaran.


Terus terang saya katakan, kebanyakkan yang saya lihat sangat berlagak, tak bertegur sapa pun dengan orang lain." katanya kepada Gempak.

Tambah Rita, seseorang pelakon baru haruslah mesra dan perkenalkan diri kepada orang lain di set penggambaran.

"Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.

"Pada masa yang sama, kena banyak bertanya supaya dapat fahami watak, ia akan memudahkan proses lakonan bukan sahaja untuk diri mereka, malah ia boleh memudahkan urusan seluruh produksi,' katanya lagi.

Tegas Rita, dia hanya berkongsi nasihat tanpa rasa iri hati.

"Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini mungkin sebab kami dengki dan sebagainya, tidak sama sekali, ini hanya satu nasihat buat mereka." tambahnya.

Agak-agaknya siapalah pelakon baru yang dimaksudkan oleh Rita?

Kepada pelakon-pelakon baru, sila ambil nasihat kak Rita sebagai pegangan jika ingin bertahan lama dalam industri lakonan. Selain bakat dan rupa paras, sikap adalah penentu utama untuk kekal diminati ramai. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak.Nah.Bosan 7-2-2021 11:55 PM
pelolesnya muka sheols..pakai apa ntah
Quote bedahmenjuyah 7-2-2021 11:58 PM
Kak.Nah.Bosan replied at 7-2-2021 11:55 PM
pelolesnya muka sheols..pakai apa ntah

Pakai filter la kak nah
Quote asamfish 7-2-2021 11:59 PM
Eeee....bosannyaaaa dgn org yang suka hidup dlm 'seniority'.....
Quote putericahaya999 8-2-2021 12:08 AM
Baik kak rita
Puteri ingat nasihat tu sampai bila2
Quote addamnor 8-2-2021 12:19 AM
Part tegur sapa tu tidak setuju langsung
Tak perlu nak bazir air liur tegur2 buat2 ramah pun kalau kita sejenis buat hal sendiri, kita bercakap bila perlu shj.. knowing surrounding people can be so annoying, just senyum & respect the others pun sudah memadai..

Tapi part tak suka bertanya tu mmg she is damn right. Kalau tidak pandai / kurang arif sila buka mulut tanya bagaimana nak buat.. bukan buat2 reti lepas tu outcome kerja sedih.
Quote Kak.Nah.Bosan 8-2-2021 12:38 AM


tak kot.bukan ke muka sheols mmg peloles kan



Quote JalaEmas 8-2-2021 12:45 AM
addamnor replied at 8-2-2021 12:19 AM
Part tegur sapa tu tidak setuju langsung
Tak perlu nak bazir air liur tegur2 buat2 ramah pun kalau  ...

betol.. bercakap bila perlu je & rase penting.. & ya, sombong bertanya sesat jalan.
Quote jajahoney 8-2-2021 01:04 AM
Pelakon baru era dah lain.dorang lahir2 zaman teknologi so mesra dalam socmed je kot.kat luar nyombong
Quote adeqbun 8-2-2021 07:58 AM
yg x menegur tu ntah2 segan kot..kang silap tegur kate beriya sgt pulak
Quote matjerk 8-2-2021 08:02 AM
addamnor replied at 8-2-2021 12:19 AM
Part tegur sapa tu tidak setuju langsung
Tak perlu nak bazir air liur tegur2 buat2 ramah pun kalau  ...

Kan..? Nak suruh ber ramah tamah x memasal.. nak ajak berbawang ler tu...
Quote sfrnna 8-2-2021 09:04 AM
nak bertegur sapa ni so yesteryers. asalkan ko buat kerja takdak sapa la cari pasal.
Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 09:09 AM
sapa jelah yang nak tegur dia.. mulut puaka..
Quote tasha 8-2-2021 09:10 AM
Kak.Nah.Bosan replied at 8-2-2021 12:38 AM
tak kot.bukan ke muka sheols mmg peloles kan

Taulah klu jumpa f2f muka sheols ada je kesan jerawat..berlubang gitu tp tak taulah kot dh tampal
Quote tootii 8-2-2021 09:30 AM
aku ni kalau artis yang mmg displin kuat yg tegur artis lain yg tak displin, tk kira la senior atau tak, aku mmg setuju sgt .. antaranya Rita ni, Fasha jugak .. derang ni mmg jaga semua masa belakon .. lagha2 jugak tp keje tetap keje ..
Quote nanies 8-2-2021 10:53 AM
eh citer pasal edel tak beli sepender dah habis ke canang ke belum eh
Quote asamfish 8-2-2021 11:55 AM
sfrnna replied at 8-2-2021 09:04 AM
nak bertegur sapa ni so yesteryers. asalkan ko buat kerja takdak sapa la cari pasal.

So very true!  Ala2 zaman studio jalan ampas.  So ape masalah kalau org tak nak bertegur sapa, tak nak introduce 'hi...i'm so and so'....yikes!  Kalau org tak nak mula tegur, engkau la yang pegi tegur dia dulu...kenapa nak tunggu org je tegur kita dulu.....so yesteryear! As long as masing2 tahu buat kerja, ok la......fuhhh....sebab tu agaknya aku tak jadi retis...kalau tak mampus hari2 kena hamput.......hahahaha

Quote kukukatablog 8-2-2021 11:56 AM
Dulu classmate aku muka sebijik cam rita nih....
Quote Nenasketum 8-2-2021 12:01 PM
Kak.Nah.Bosan replied at 8-2-2021 12:38 AM
tak kot.bukan ke muka sheols mmg peloles kan

Iolls pun rasa. Orang Perlis ni ramai campur darah ngan Siam.
Quote stinger.baik 8-2-2021 08:55 PM
dah la rita

tau la ko tu tak laku da nk jdi heroin

heroin tua dagu labuh

tu la

sapa suruh injek dagu

balasan

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.326601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top