CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Tak Nak Ada Kluster Import Dari Malaysia

6-2-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6191| Komen: 36

Description: Agensi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia (BP2MI) Nunukan, Kalimantan Utara meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan kawalan sempadan dengan Malaysia.
Agensi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia (BP2MI) Nunukan, Kalimantan Utara meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan kawalan sempadan dengan Malaysia.

Lapor Kompas.com, langkah itu dibuat susulan banyak kes melibatkan pekerja dari negara ini melarikan diri dari Malaysia dengan menggunakan jalan tikus di kawasan sempadan.




Ketua BP2MI Nunukan, Hotma Victor Sihombing berkata, kebanyakan pekerja yang melarikan diri akan menggunakan jalan di wilayah Krayon dan Pulau Sebatik yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Kita sudah mengendalikan tiga kes berkaitan pekerja Indonesia lari dari Malaysia. Mereka mengambil kesempatan di sempadan Krayan dan Sebatik untuk ke kampung halaman di Nunukan,” katanya.

Menurut Victor, kes terakhir dikendalikan pihaknya melibatkan 11 pekerja yang berasal dari Bulukumba, Sulawesi Selatan pada hujung Januari lalu.

Katanya, mereka sanggup meredah hutan kelapa sawit dan mencari kenderaan menuju ke Krayan di Nunukan yang merupakan wilayah terdekat dengan Sarawak, Malaysia.

Jelasnya, kebanyakan pekerja memilih laluan haram di kawasan sempadan adalah kerana ingin mengelak membayar kos ujian calitan Covid-19, menjalani kuarantin dan kehilangan kad pengenalan kerana dipegang majikan.

“Sehubungan itu, kita meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan pemeriksaan di kawasan sempadan kerana tidak mahu ada kluster import dari Malaysia,” ujarnya.


Sumber: Utusan

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 6-2-2021 12:10 PM
Bulukumba Dan Sarawak...teringat zaman kerja di Samarahan
Quote LadyCarefree 6-2-2021 12:16 PM
Indonesia tak nak rakyatnya balik? Kamu sekatlah sana. Kawal. Pastu siapa balik tanpa permit keluar yg sah atau yg langgar peraturan imigresen, tangkap.
Quote sharlenetexas 6-2-2021 12:31 PM
Indon pun tak nak rakyat dia.
Quote jalfa 6-2-2021 12:51 PM
Amboi..ambikla balik..malaysia x nak tanggung dah..masuk negara kamu balik ikutlah nak buat apa..tembak ka apa ka....
Quote kakikuDibibirmu 6-2-2021 01:18 PM
Kluster Muhyiddin jumpa Jokowi Dodol
Quote Skuau 6-2-2021 01:21 PM
Selepas ROHINGYA...INDON pulok mampu 'MEMBENGONGKAN' Malaysia....
Quote MissVixen 6-2-2021 01:25 PM
Nunukan bulukumba tu hospital pun uzur je. Ambik la balik rakyat kamu. Yang di semenanjung dah beranak pinak ni pun ambik balik. Senang2 je bukak kedai makan, beli kenderaan dan pacak rumah di malaysia ni. Cuba kalau orang malaysia buat macam tu, habis kena penggal kepala.
Quote namieamuro 6-2-2021 01:27 PM
so indon sini pon positive covid lps tu lari ke sane. yg tu lari nk balik. belum lg yg lain. sampai bile nk turun kes kalau gini gayenye baru ckp psl indon. belum lagi warge pati kesygan malaysia.
Quote buapakperut 6-2-2021 01:45 PM
la, itu rakyat kamu dong, mau kami humban ke gaung?
Quote sambaldurian 6-2-2021 02:32 PM
geli hati dengar. so nmpak sgt kawan senegara ko tu yg degil, mengada-ngada, pengecut. ada hati nk salahkan virus bawaan dari Malaysia
Quote namemysoul 6-2-2021 02:40 PM
namieamuro replied at 6-2-2021 01:27 PM
so indon sini pon positive covid lps tu lari ke sane. yg tu lari nk balik. belum lg yg lain. sampai  ...

Btol....pi mai pi mai tang tu jgk...hehehe
Quote Mulotkoyak 6-2-2021 03:50 PM
So funny dgr citer ni.  Weols rilex and aman2 je ni Malaysia ni. Rakyat diorg gelabah tetek nk lari ke negara org naik tongkang.  
Quote ina_na 6-2-2021 04:24 PM
Senang je citer.. Dah x nk sgt tembak je la... Langsung x dpt msk
Quote spankee_fili 6-2-2021 05:57 PM
Lahai sian
Yang kat forum ni beriya2 mengaku bangga keturunan indon, hebat segala2 berbanding Malaysia
Hujung2 orang tak bagi balik sana
Sehauk2 Malaysia ni gigih jugak kutip rakyat sendiri mana yg ada masalah nak balik
Quote Artemesiaa 6-2-2021 06:00 PM
Ramai je yang balik ikut jalan tikus bukan senang nak kawal kalau pihak di kedua2 sempadan tak mainkan peranan.
Quote mejaputih 6-2-2021 06:23 PM
spankee_fili replied at 6-2-2021 05:57 PM
Lahai sian
Yang kat forum ni beriya2 mengaku bangga keturunan indon, hebat segala2 berbanding Malay ...

Trisna la tu ye.
Quote Trumpettt 6-2-2021 06:25 PM
Yg bersepah kt mesia dgn covid ni pun indon gak..kami pun tak mau aihhh...
Quote Pamelaloba 6-2-2021 06:30 PM
Menyusahkan betul rakyat ko tu
Quote notM 6-2-2021 08:23 PM
Hasil Wak Yidin melawat Indon

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.135572 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top