CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kecam Game Streamer Promosi Judi Online Dan Bersikap Rasis

6-2-2021 02:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3420| Komen: 9




Bermain permainan video kini bukan lagi sekadar hobi buat muda mudi di seluruh dunia. Industri ini berkembang menjadi salah satu sukan yang mendapat perhatian ramai sehingga terdapatnya pertandingan serta banyak pasukan profesional wujud saban tahun.

Mereka bukan sahaja menjana pendapatan yang lumayan ketika memasuki pertandingan, malahan mampu menambah pendapatan dengan live streaming di media sosial. Dengan teknik permainan yang cekap serta petah membuat ulasan sepanjang bermain, game streamer ini mampu menarik ramai peminat yang tersendiri dan juga dikenali ramai.

Kalau anda nak tahu, ada juga game streamer yang mampu memiliki kereta mewah hanya dengan bermain game sahaja.

Bila dikenali ramai, sudah pasti saja setiap tindakan dan perbuatan yang dilakukan mereka akan diikuti oleh para peminat dan netizen-netizen di negara kita.

Baru-baru ini, industri game streaming dikejutkan dengan kehebatan seorang streamer, Abah Boss yang mampu menjana views lebih daripada 30,000 tontonan untuk satu video sahaja. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat kerana agak mustahil untuk mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini mampu meraih tontonan yang sebegitu ramai untuk satu video.

Kepetahan Abah Boss berbicara mampu menarik minat ramai penonton untuk melayan videonya. Walau bagaimanapun, dalam satu video streaming baru-baru ini, Abah Boss telah melakukan kontroversi di mana beliau telah menyiarkan aksinya sedang bermain game judi online. Bahkan, kata-kata yang bersifat rasis telah dilontarkan sepanjang beliau membuat streaming.



Mungkin itu adalah karektar yang ingin dibawa oleh beliau ketika dihadapan kamera, iaitu sering marah-marah dan caci maki. Dan terbukti dengan berkelakuan begini, beliau mampu meraih banyak tontonan.

Harus diingatkan bahawa apabila seseorang itu telah mempunyai ramai pengikut atau menjadi seorang influencer, segala gerak geri serta perbuatan yang dilakukan akan menjadi ikutan bagi sesetengah pengikutnya. Video yang ditonton pula boleh jadi melangkau pelbagai lapisan umur, daripada budak-budak sekolah hinggalah golongan dewasa. Sekiranya kelakuan influencer itu menunjukkan sifat negatif, maka tidak mustahil pengikutnya akan berkelakuan sama.

Apa pun, Abah Boss telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya. Diharap agar perkara seperti ini dapat dikawal pada masa hadapan. Benar, agak sukar untuk mengawal kata-kata dan perasaan ketika sedang membuat ulasan live secara spontan, mungkin beliau dapat memperbaikinya secara perlahan-lahan.


Sekiranya anda terlepas dan inginkan rumusan daripada kejadian ini, boleh tonton penerangan lanjut dalam video di bawah.



Sumber: Odisi

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaka_tima 6-2-2021 08:50 AM
Oo si sapit rogayah ni.. kalau maki orang mmg takde filter dah mulut dia.. tapi kaka pelik kenapa pakai contact lens pastu pakai spek lagi. Teruk sangat ke rabunnya
Quote Carcosa 6-2-2021 09:29 AM
kaka_tima: Oo si sapit rogayah ni.. kalau maki orang mmg takde filter dah mulut dia.. tapi kaka pelik kenapa pakai contact lens pastu pakai spek lagi. Teruk sang ...



Rogayah kah beliau kaka?
Quote saviour_09 8-2-2021 08:24 AM
lol

dah tau jiwa sensitif tak tentu arah mudah sentap, ko gi tengok buat apa?

kesian budak2 skrg fragile namampos

mat ni download apps , bukan real pun

mesti tak tengok dia streaming tp bila org hamun ko pun sama naik kheeennn?

tipikal bawang meleis

racist celah bedah mana dia maki meleis jugak keling???bukan indian pun yg kena

pfffttttt so called millenial
Quote annehuda 8-2-2021 12:17 PM
saviour_09 replied at 8-2-2021 08:24 AM
lol

dah tau jiwa sensitif tak tentu arah mudah sentap, ko gi tengok buat apa?

kalau semua kaum pun dia kutuk, racist la namenye tu. ko paham ke idok maksud racist tu?
Quote saviour_09 8-2-2021 12:29 PM
annehuda replied at 8-2-2021 12:17 PM
kalau semua kaum pun dia kutuk, racist la namenye tu. ko paham ke idok maksud racist tu?

ko tengok live dulu la baru cerita sis

dia berhuha2 dengan follower live streaming, netizen macam ko pulak sentap'

kenal tak apa tak, label org racist

semata2 perkataan keling which he use it to his own follower yg bduk berhuha2 dgn dia

mentaliti bodoh senang2 label org racist










Quote annehuda 8-2-2021 12:49 PM
saviour_09 replied at 8-2-2021 12:29 PM
ko tengok live dulu la baru cerita sis

dia berhuha2 dengan follower live streaming, netiz ...

takyah la nak kutuk orang lain mentaliti bodo la ape la. yang bodo tu melayan live orang, yang dapat duit tu orang lain yang melayan tu bazir masa bazir data. orang lain pun banyak kerja lain dik daripada nak layan live macam ni. yang melayan tu ntah2 spender pun pakai duit makbapak lagi.  racism is racism. tu kalau kata racist dengan followers je pun tu maksudnye followers pun sama je racist.  kat online bleh la korang nak maki-maki orang cam tu, cer kat luar, mau kene makan penumbuk orang
Quote saviour_09 8-2-2021 12:56 PM
annehuda replied at 8-2-2021 12:49 PM
takyah la nak kutuk orang lain mentaliti bodo la ape la. yang bodo tu melayan live orang, yang dap ...

kutuk org racist takpe pulak kheennn

tu la cakap ko kena tengok live dulu baru cerita itu ini sebelum jadi acik bawang nak hamun2 org racist

oh bukan streamers je dapat benefit bila live streaming ye

& bukan games semata2 je yg ada

pfftttt

aku kawan keliling kaum ada, huha2 dalam medsos, lepak mamak, takde hal ko panggil aku keling, aku panggil ko belacan, ko panggil aku sepet

selagi dalam circle of frens @ strangers yg tak sentap lgsg, wtf are we nak label org itu ini?



Quote stinger.baik 8-2-2021 08:06 PM
aku pun pelik nape ramai sngt suka abah bos ni

mulut dia tipikal anak mami penang kelas hujung mencarut

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.102243 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top