CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rupanya Dr Say Kenal Wanita Ini. Penjelasannya Mungkin Akan Buat Mereka Yang Kecam Akan Terdiam

4-2-2021 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10036| Komen: 76



Sejak beberapa hari lalu orang ramai hangat memperkatakan satu video tular seorang wanita membuat U-turn berbahaya dan kemudian memaki pemandu lain hanya kerana beliau di hon.

Lebih menarik perhatian apabila warganet mengorek latar belakang wanita terbabit yang dikatakan bekerja sebagai seorang doktor.

Bercakap mengenai kisah tular itu, pengacara Tanya Doktor, Dr. Say akui mengenali wanita yang bergelar doktor tersebut.

Meskipun mengenali wanita tersebut, namun Dr. Say tidak berniat untuk mengulas mengenai apa yang berlaku sebaliknya menjelaskan tugas insan yang bergelar doktor sememangnya penat sejak di peringkat pengajian lagi.

Bukan sahaja penat malah Dr. Say akui menjadi seorang doktor pada awalnya telah menerima tekanan yang hebat.


” Harini viral kisah seorang doktor di Twitter. Saya kenal doktor tu tapi leave it at that jela eh.

” Saya nak cerita yang penat sebenarnya jadi doktor ni. Penat kenapa? Belajar dah penat, 5 tahun medical school yang mana pembelajarannya menyeluruh kena tahu pasal badan manusia dan pnyakit-pnyakit A sampai Z.

” Habis belajar penat kerja pula, 2 tahun housemanship yang mana tekanan kerjanya toksah cakap, ramai kawan se-houseman saya dapat depression, anx1ety malah ada yang bunuh diri masa housemanship ni,” katanya.



Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan pemandu kereta yang melakukan pusingan U hingga mengakibatkan kesusahan pemandu lain.

Menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fadzli Amin, dia mendkwa bahawa pemandu tersebut merupakan seorang doktor dan telah melakukan provokasi kepadanya selepas melakukan pusingan U.

Meskipun penat, Dr. Say berkata bukan alasan untuk wanita itu mencalarkan kerjayanya sebagai doktor dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

” Kerja private sector pun penat sebab kena sentiasa jaga tutur kata, jaga perilaku, jaga air muka kang orang cakap “sombong doktor tu tak tengok muka I pun” atau “doktor tu tak check papepun, terus bagi ubat”.

” Sebab orang pandang tinggi profession serang doktor ni. Kalau motivator saIah cakap “cv-rang itu izin Allah” atau artis saIah perilaku lompat dari balkoni pukul 3 pagi, sekejap je orang move on.

” Tapi kalau doktor buat semua ni, kena dengan netizen satu hal, satu hal lagi kena tindakan tatatertib yg mungkin jeopardize career dia as a doctor,” jelasnya lagi.

Bukan tujuan untuk mengeluh atau menyesal dengan kerjaya doktor yang dipilih namun Dr. Say akui doktor juga mansuai biasa tak terlepas dari membuat kesilapan.

” Saya tak complain sebab saya yang pilih profession ni. Cuma saya nak rakyat tahu yang doktor juga manusia biasa.

” Kami punyai perasaan, kami merasa penat dan kadang-kala kami tak lepas dari melakukan kesaIahan.

” Janganlah terlalu cepat menghukum kami. I know the power is in your hands to blame us, to viral us, to retweet about us but instead of doing all that why don’t u let us know if we are lacking in certain areas so that we can improve ourselves to serve u better?

” Ya saya mengaku yang video itu agak keterlaluan tapi we never know what shes been through lagi-lagi di kala COVlD-19 ni.

” Instead of bIaming why don’t we focus on getting the COVlD numbers down k peeps?” nasihatnya.



Sumber : Gempak

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 4-2-2021 04:11 PM
Kali ni iols setuju dgn dr say.

But i most certainly don't condone marah2 jenis maki ni. I don't believe in using profanities. Marah pun jarang sangat. Hehe
Quote otai_g 4-2-2021 04:20 PM
Ah lanchow. Abeh org yg keje komando, buruh binaan, food panda tu x penat?
Ko keje penat gaji lebat. Org lain keje penat gaji cukup makan.
Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 04:31 PM
ada orang paksa jadi doctor ke?dah tahu kerja tu penat buat apa ambil? sendiri pilih sendiri tanggunglah . tak perlu nak mengeluh harapkan empathy masyarakat.

kerja lain lg penat. takde pun kami mengeluh.

( sista vokuru kerja kira bulu singa afrika)
Quote lavendernovella 4-2-2021 04:43 PM
Housemanship tu apa yg teruk sangatnyer, marhaen macam iol teringin nak tau .. cer share citer ..  
Quote makneng 4-2-2021 04:47 PM
Perlu ke mamat say ni bersuara? Say no more Say.
Quote cikatilia 4-2-2021 04:57 PM
pi keje kebun la say
keje buat bangunan kaahighway ka
keje kedai fast food pon jadilah

korg ingat korg aje penat??
Quote tagas 4-2-2021 04:59 PM
Mcm la doktor sorang yg kijer n stress

kat doniah nih
Quote EvieWanKenobi 4-2-2021 05:04 PM
cer kalau Dr Say yang dihamun?
Quote songhara1226 4-2-2021 05:05 PM
Edited by songhara1226 at 4-2-2021 05:06 PM

Mak Pak kau acu pisau kat leher kau ke waktu pilih UPU ambik medic ni???

Iyolahhh, Medik je lah subjek paling tersusah subjeknya banding ngan subjek lain

Keje dr lah pling susah dlm dunia ni, sebab tu ada tiket utk mencaci org lain utk lepaskan stress
Quote awanysss 4-2-2021 05:07 PM
CiliPadiSedap replied at 4-2-2021 04:31 PM
ada orang paksa jadi doctor ke?dah tahu kerja tu penat buat apa ambil? sendiri pilih sendiri tanggun ...

ntah.. mcm ada org letak pisau kat leher dia..
Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 05:18 PM
mcm lah kerja doctor sorang kena buli senior? orang lain steady je kena buli takde mengadu bagai. mcm lah kerja doctor paling penat.
Quote Mulotkoyak 4-2-2021 05:22 PM
Topic nye skg.. Attitude pompuan tu kurang ajar.. Waima skali pun die.. Tp kalo dh kurang aja tetap kne maki dgn netizen.
Quote Artemesiaa 4-2-2021 05:22 PM
Dah nama kerja semua jenis pekerjaan pun boleh buat orang rasa penat tak kira apa jenis pekerjaan pun.  Duduk lepak tak buat apa2 bila dah terlalu lama pun boleh jadi penat juga.  Yang bezanya macam mana orang tu control situasi.  Kalau benar2 penat pun tak ada alasan nak lepaskan kepenatan pada orang dengan cara lepas marah ikut suka.  Semua ada adapnya mana boleh main ikut suka sendiri bila ianya melibatkan orang lain dan masyarakat.
Quote dua_chzy 4-2-2021 05:40 PM
Takat hamun ok lagik.

Ni pi tunjuk stetoskop pehtu siap doa kena Covid, kenapa? Dasar keturunan jahat kan?
Quote outcast 4-2-2021 05:44 PM
cikatilia replied at 4-2-2021 04:57 PM
pi keje kebun la say
keje buat bangunan kaahighway ka
keje kedai fast food pon jadilah

Hahaha btol wei. Penat dia je dia kira. Penat org lain?org keje buruh ?? Org keje penjaja makanan?
Quote Zirara99 4-2-2021 05:51 PM
Adab seseorang kenapa nk kaitkan dengan profesion? Ha Dr Say? Hng sembang apa ni? Moh ler sembang pasal adab makcik tu. Profesion is profesion. Adab is adab. Hng pasaipaaa??
Quote Redmyvi 4-2-2021 06:02 PM
Dr Say konon2 bersuara mewakili doc2 di dunia la yer.. yela, mmg betul la tu keje doc stress sbb sy pi jumpa doc pn stress gk sebab tgu punya lama berjam2 skali masuk bilik check tak smpai 5 minit, ok siap boleh pi amik ubat.. 100 melayang
Quote SayaSayangMama 4-2-2021 06:06 PM
Edited by SayaSayangMama at 4-2-2021 09:10 PM

Iols percaya je diorg stress kerja doc. Bukan semua boleh kerja doc. Apo la nk banding dgn kerja food panda. Doc boleh amik alih kerja food panda sebulan tp food panda belum tentu boleh kerja jd doc even sehari pun
Quote Kurex 4-2-2021 06:28 PM
Muka doktor tu macam bibik kelas bawahan

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.079981 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top