67 individu melibatkan penghuni dan pekerja rumah perlindungan Baitus Solehah di Skudai disahkan positif COVID-19 hari ini (semalam) selepas beberapa siri ujian calitan dijalankan, sejak 28 Jan lepas.
Pengurusnya, Muna Liza Ismail berkata, antara yang positif ialah 22 bayi berusia antara 10 hari hingga setahun serta 37 remaja dan wanita berumur 15 hingga 32 tahun. Katanya, beliau dan suaminya serta pekerja rumah perlindungan itu turut dijangkiti wabak berkenaan. “Saya meminta maaf kepada mereka yang terkesan. Ketika ini, semua penghuni yang positif telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan Hospital Permai di sini,” katanya. Menurutnya, kes positif COVID-19 itu mula dikesan di rumah perlindungan berkenaan pada 28 Jan lepas apabila seorang daripada penghuni memaklumkan dirinya berasa lemah sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
“Dari mana sumber (punca) COVID-19 di Baitus Solehah ini masih dalam siasatan. Kami tidak keluar ke mana-mana, hanya ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Kami juga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard termasuk memakai pelitup hidung dan penjarakkan fizikal,” katanya. Sumber: BERNAMA |
bluebutter replied at 3-2-2021 09:42 AM
I rasa semua kita ni dah kena dah connnvid ni. Just if pergi buat swab test dgn tak je.
chilly replied at 3-2-2021 09:46 AM
Itulah. Aku pon rasa macam tu. Kalau swab test confirm positif.
Nnasda53 replied at 3-2-2021 10:28 AM
Banyak kes dah tak tau dari punca..benda ni pun dah memang bersepah dalam komuniti.
Semoga semuanya ...
cadarblogsot replied at 4-2-2021 07:52 AM
kekadang terfikir dh mcm penyakit kena zombie pulak. But, agree.. kita semua yg tak da symptom p ...
ADVERTISEMENT