CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM, Portal Kerajaan Johor 'Disentuh' Anonymous Malaysia

2-2-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5143| Komen: 23

Dua portal milik kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) dan portal kerajaan Johor, digodam penggodam laman sesawang bergelar Anonymous Malaysia.

Selain dua portal itu, empat lagi portal pendidikan turut digodam iaitu Politeknik Melaka, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Idris Shah dan Universiti Kebangsaan Malaysia.




Dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook Anonymous Malaysia, mereka memberi masa untuk mengemas kini sistem sebelum digodam sekali lagi.

“Untuk membuat skrip dan pentester profesional, jika anda cukup mahir, hidupkan alat recon dan fuzzer domain anda untuk mencari pengganti.

“Untuk Sysadmin, tolong kemas kini sistem anda sebelum dicop lagi. Dark Army memberi anda 24 jam sebelum diserang sekali lagi,” jelas kenyataan status yang dimuat naik di Facebook milik Anonymous Malaysia itu. 







Kredit foto: FB Anonymous Malaysia


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 2-2-2021 01:17 PM
X dapek duit pun hack website bodoh2 mcm ni.
Quote depresio 2-2-2021 01:21 PM
otai_g: X dapek duit pun hack website bodoh2 mcm ni.

Boleh Dpatlah
Kalau dah admin web contact tanya dia
Dia boleh caj dorg kalau nak tau camne nak buat supaya  tak kena hack
Quote depresio 2-2-2021 01:22 PM
Haish apesallah waktu2 macm ni ko pilih nak huru harakan lagi negara kita ni?
Quote ChildrenOfBodom 2-2-2021 01:32 PM
dah ok dah pon, maybe level hack tahap caprut
Quote lattehazelnut 2-2-2021 01:46 PM
Bile nk tangkap?
Quote jalfa 2-2-2021 01:51 PM
Halah halah..x de kerja lain ko..ko ingat raykat nak angkat ko jadi hero ke dgn buat kerja babe time time org struggle nak hidup ni..pergi mampos la..setakat hack web politeknik je mampo..kalo da hero sgt gi hack pentangon ke...rumah biru ke..rumah putih keee..baru level intenasional
Quote nanies 2-2-2021 02:56 PM
jgn ko hack bank punya website je. habis duit kita semua dalam tu nnt
Quote Tinot7 2-2-2021 04:15 PM
betui ka ni? website ok ja la ni
Quote Ain_h 2-2-2021 06:24 PM
Tak kecoh pon
Quote giyomi 2-2-2021 06:56 PM
yes hacker darjah low jer kot ni belajar dari youtube. klu hacker yg pnh menggegarkan dunia satu masa dulu, cry apa ntah, harus terduduk menangis kat bucu katil siang malam meratap hiba
Quote underground 2-2-2021 07:53 PM
nanies replied at 2-2-2021 02:56 PM
jgn ko hack bank punya website je. habis duit kita semua dalam tu nnt

bank memang macam mustahil, melainkan dari dalam.
aku pernah join team security propose design kpd sebuah local bank.

terus meeting dgn pengerusi kat penthouse bangunan HQ kat atas tu.

Firewall dan intrusion detection punya berlapis2..




Quote underground 2-2-2021 07:57 PM
otai_g replied at 2-2-2021 01:17 PM
X dapek duit pun hack website bodoh2 mcm ni.

maybe hacker diupah oleh IT security contractor yg tersakiti?
mesti ada dalang yg berkepentingan di belakang. ofcoz for money.




Quote tungkai 2-2-2021 07:57 PM
Setakat deface website aje? Prrffhhh...
Quote lattehazelnut 2-2-2021 08:08 PM
tungkai replied at 2-2-2021 07:57 PM
Setakat deface website aje? Prrffhhh...

Tu la mcm indon da byk kali buat mcm ni kan..
Quote JokesCop 2-2-2021 08:15 PM
Pada yg tak tau. Meyh sembang sikit pasal anon punya style dalam kes ni.

Memang ada orang lagu ni yg ceroboh system untuk tanam awarness betapa pentingnya security system dalam satu orgasasi. Maybe sebab ramai IT still underpaid dalam bab security.

For example, ko boleh upah 10 guard dekat bangunan kerajaan katalah 10K sebulan, tapi bila bab security cyber, ambik fresh grad tibai 1,4K. Atau bila senior exec minta gaji katalah 8k sebulan, ko cakap dia melampau etc. Di sini berlaku pencabulan hak asasi. Padahal, harta physical dan online, 2-2 penting. Jadi aware. Selalu IT security practices dekat Malaysia letak atas tanggung jawap programmer atau sys admin. Which ada betul, banyak yg salah. Perlu orang yg pakar. Contoh mcm ko suruh stockeeper jadi guard sebab derang stockeeping.

Orang2 yg harmlessly masuk system orang untuk letak stamp mcm ni buat keje amal. Derang jarang mintak duit, kalau betul2 ikhlas, biasanyalah ikhlas, sgt terpuji. Perangai mcm ni, kita gelar white hat cracker (term 90an) aku xtahu kalau skrg maybe dah tukar. Lebih kurang mcm Cracker Tradition jugak. Movement ni satu dunia.

Korang boleh tgk youtube mana untuk sebar awarness, satu mamat Canada ni crack-in CCTV orang dan beritahu, update password or pasang password.

Hacker ni negatif intonasi untuk kerja2 mcm ni. As long as dia xbreach lebih2, dan salah guna kepakaran dia. Orang tu xlayak di panggil hacker.
Contoh, mcm locksmith, xke pelik kalau kita panggil locksmith datang rumah, bukak pintu lepas tu kita cakap "thank you abang perompak!! Abang nampak cool dgn porch bag Supreme downtown abang"

Malam tu, locksmith datang balik rompak rumah ko.


Quote Itzy 2-2-2021 08:24 PM
JokesCop replied at 2-2-2021 08:15 PM
Pada yg tak tau. Meyh sembang sikit pasal anon punya style dalam kes ni.

Memang ada orang lagu n ...

Hacker ni ada dua jenis whute dengan dark kalau tak silap pernah baca dulu. Yg jenis white ni memang dia tak langgar undang2, dia cuma nak bagi kesedaran. Anon malaysia ni jarang buat hal. Kalau jenis level hack nak bagi kesedaran ni ok lg. Kalau anon luar negara memang jahanam, habis data dijual digodam untuk dilingkupkan.
Quote notM 2-2-2021 08:27 PM
Johor.gov.my elok je boleh Buka

Moh.gov.my tu je tak boleh.
Quote otai_g 3-2-2021 12:02 AM
underground replied at 2-2-2021 07:57 PM
maybe hacker diupah oleh IT security contractor yg tersakiti?
mesti ada dalang yg berkepentingan ...

So mmg bodoh la kontraktor tu. Da lah sakit x dpt payment pastu kena keluar duit lg nak upah hacker plk.
Quote wajibalQuyub 3-2-2021 11:30 AM
menggelabah tets la sysadmin gomen sekalian. selama ni dok buat keja pasang projector ja hahahaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.177148 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top