CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Guys, Agak-agak La" - Ini Reaksi Budak Ijat Bila Elvina Digelar Pelacur Kerana Ruhila!

2-2-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4767| Komen: 14

Description: Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam mengawal emosi terutamanya ketika menonton drama terbaru arahannya, Takdir Yang Tertulis.
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam mengawal emosi terutamanya ketika menonton drama terbaru arahannya, Takdir Yang Tertulis.

Jelas Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, dia berasa agak kesal selepas mengetahui ada yang menggelarkan pelakonnya, Datin Elvina Mohamad sebagai pelacur gara-gara watak Ruhils yang dibawakan.



Kredit foto: IG Elvina/Budak Ijat

Guys. Korang pun agak agak la. Ya memang betul apa yg Ruhila buat tu salah. Tu abam setuju. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Korang kena tengok sampai habis okie,” tulisnya.

Respon tersebut dikongsikan Budak Ijat menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.

Katanya lagi, drama ini sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dan salah satu daripadanya adalah untuk tidak terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.


“Drama ni abam harap sedikit sebanyak boleh mendidik kita supaya menjadi empati dan jangan bersikap judgemental melulu. Kadang-kadang abam tak faham dengan kita semua ni,” katanya lagi.



Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan padangan yang sama selain turut memuji drama terbaru arahannya itu.

Drama, Takdir Yang Tertulis kini sedang ditayangkan di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda.

Selain Elvina, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong dan banyak lagi.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-2-2021 10:09 AM
Take it as a compliment aje kak...Ko sedar tak ko pelakon?
Quote Kurex 2-2-2021 10:13 AM
Peliknya senyuman izati
Quote Belibis 2-2-2021 10:55 AM
Aku paling terkesan cuma tengok ketua kominih dalam filem Bukit Kepong jer..drama2 lain cuma tengok gitu2 jahh
Quote chinta89 2-2-2021 11:28 AM
Ape benda duk abamm abammm... X leh eja abang ke
Quote lattehazelnut 2-2-2021 12:43 PM
Patut bangga la kau bawak watak menjadi sgt sampai dibenci..
Quote azie5zoe 2-2-2021 01:01 PM
Kekadang tak faham dengan orang yang merempan2 lepas tengok drama2 cemtu, sendiri tengok sendiri sakit hati dan sendiri darah tinggi. Nasib ler iols ni  waktu2 begitu suka layan pada zaman dahulu dgn upin ipin. Ada takde geram dengan raja gajah ke, raja buaya ke, ular sawa ke, monyet ke.
Quote Yunbin 2-2-2021 01:45 PM
Belibis: Aku paling terkesan cuma tengok ketua kominih dalam filem Bukit Kepong jer..drama2 lain cuma tengok gitu2 jahh



Kalau zaman nenek moyang dulu dorang cite pelakon salleh kamil, memang dekat luar pon orang benci..padahal dia berlakon je pon
Quote hidet 2-2-2021 01:48 PM
Datin pun chill chill la...biasalah netizen...dah geram, mcm mcm la kuo..bagus le kira Datin berjaya bawak watak.. kalau datin taktahan.off je comment, jangan baca komen kat tempat lain..tak pun xyah la berlakon lagi..datin dok umah goyang kaki je..tapi sayang la..datin pandai berlakon..dah la pandai acting, cantik,..muda muda dah datin..appooo
Quote pngky 3-2-2021 07:52 AM
belum tengok drama ni, best sangat ker?!
Quote Redmyvi 3-2-2021 08:09 AM
Maksudnya watak yg kau bawak tu berjaya laa smpai dibenci umah netizen.. Kira mcm compliment jugakla secara tak lgsung.. Lepas ni mtk la watak innocent mcm mira pijah lak utk disukai ramai..
Quote nanies 3-2-2021 02:42 PM
eh aku bc kat komen dia takde pun yg ckp pelacur ke hape. syok sendiri eh?
Quote Ain_h 4-2-2021 01:28 AM
X Lyn sgt drama ni
Quote bedahmenjuyah 4-2-2021 08:09 AM
Kurex replied at 2-2-2021 10:13 AM
Peliknya senyuman izati

Tak cair ke tgk semyuman tu rex
Quote Kurex 4-2-2021 09:18 AM
bedahmenjuyah replied at 4-2-2021 08:09 AM
Tak cair ke tgk semyuman tu rex

Senyuman lebar, nak cair apa. Dia kan bottom

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051332 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top