CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ebit Lew Dikecam 'Tukar Agama Orang Lain Melalui Bantuan Kebajikan Tindakan Hina'

2-2-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29027| Komen: 239

Ada pihak tidak senang dengan berita mengenai pendakwah Islam Ebit Lew membantu masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah menjadi muslim dan mengenal Tuhan secara beramai-ramai.


Kredit foto: FB


Di Twitter, ada individu mendakwa Ebit menggunakan pendekatan ‘aku beri kau makanan dan kau perlu masuk Islam’.

Dia mempersoalkan nilai pengajaran dan unsur kemanusiaan yang disampaikan oleh Ebit.

“Syabas Ebit! Sistem barter yang terbaik. Mangsa banjir 'saya memberikan makanan kepada anda tetapi anda perlu menjadi Islam'.

“Apakah nilai pengajaran dan kemanusiaan ini? Pengalaman bermakna, jangan mempercayai mana-mana misionaris atau pendakwa. Layanan tidak beretika dalam perdagangan kepercayaan dan identiti anda,” kata individu terbabit.



Dia bukan satu-satunya yang menuduh kononnya Ebit menjadikan bantuan kemanusiaan untuk menukarkan agama pihak yang dibantu.

Seorang wanita tanpa menyebut nama Ebit berkata, tindakan menukar agama individu dan masyarakat lain melalui bantuan kebajikan adalah tindakan hina.

Dia malah menuduh melalui penjajahan negara lain, mubaligh agama Kristian dari Barat pernah melakukan strategi yang sama.

“Tindakan menukar sekumpulan orang yang berada dalam kesusahan sebagai pertukaran pertolongan adalah hina tanpa mengira penyebar agama. Mubaligh Kristian hina dalam hal ini, seiring dengan misi penjajah,” katanya.



Seorang lagi pengguna Twitter turut mengecam Ebit. Beliau tidak faham bagaimana menolong kaum Bajau Laut menjadi Islam dapat membantu masyarakat tersebut.

Beliau merasakan tindakan Ebit tidak memberikan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat berkenaan sebelum membantu mereka menjadi Islam adalah tidak tepat.

“Juga, perkara dengan E*it L*w. Ia meninggalkan rasa tidak sedap pada perasaan saya. Bagaimana menukar agama orang yang memerlukan bantuan mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik? Kerana saya belajar menyembah Tuhan hari ini, saya akan kenyang dan tidur lena di bawah bumbung esok? Tolonglah.

“Tidak kira agama apa itu; Saya tidak merasakan bahawa menukar orang yang tidak diberi maklumat / berpendidikan adalah betul.

“Saya tidak merasakan bahawa menukar orang yang terdesak untuk bertahan adalah betul. Ini tidak adil bagi mereka, walaupun mereka tidak memikirkannya seperti itu,” katanya.



Seorang individu yang merupakan wartawan kontroversi turut melontarkan pandangan secara sinis.

Lelaki tersebut mendakwa apa yang dilakukan oleh Ebit merupakan kaedah yang digunakan oleh kumpulan pendakwa moden.

“ICYMI (sekiranya anda terlepas) pertunjukan evangelisme dan mubaligh moden: Ebit Lew, seorang pendakwah Muslim yang telah disambut sebagai wira selama bertahun-tahun kerana tindak balasnya yang cepat kepada orang miskin, mendedahkan bahawa dia telah menukar beratus-ratus orang gipsi laut asli (termasuk di bawah umur) setelah menghulurkan sedikit bantuan.



“Untuk konteks, di Malaysia, umat Islam bebas berdakwah dan menukarkan agama orang lain, tetapi jelas dilarang dan salah dari segi undang-undang bagi orang lain untuk melakukannya kepada orang Islam,” kata wartawan beragama Islam di Twitter peribadinya.


Kredit foto: Twitter

Sebelum ini Ebit di laman sosial berkongsi pengalamanya membantu sekumpulan 157 masyarakat Bajau Laut yang tidak mempunyai pegangan apa-apa agama memeluk Islam.


Loading FB Post...

Kumpulan tersebut memeluk Islam selepas bertanya mengenai kewujudan Tuhan kepada pendakwah Islam tersebut yang hadir memberikan bantuan kepada merka.

Semalam Ebit turut berkongsi pengalamannya membantu 490 lagi kaum Bajau Laut di empat perkampungan menjadi muslim ketika menghulurkan bantuan kepada mereka.



Ebit yang juga ahli perniagaan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa menghiraukan pegangan agama atau perilaku kumpulan masyarakat tersebut.

Dia dilaporkan turut memberi bantuan kepada masyarakat bukan Islam, rumah ibadat tanpa mengira agama dan golongan transgander.-SM

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • girlfridayz

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 2-2-2021 09:56 AM
Panas bontot dah sorang2
Quote rosasen 2-2-2021 09:57 AM
dia ni dh twist ape yg ust ebit ceritakan... abaikan aje
Quote KIM.K 2-2-2021 09:58 AM
Taktau camne nak komen sebab mubaligh kristian memang buat benda ni even tak masuk news. Bila kena idung agama sendiri unfair nak kutuk EL

Pada masa yg sama EL ni pendakwah kontroversial yang banyak ditegur orang melayu. Dia tak peduli asalkan ikut resepi kejayaan dia



Quote dua_chzy 2-2-2021 09:58 AM
Betul la kan. Sama jah dengan missionary Kristian yang korang kecam bagi duit untuk tarik orang lain masuk Kriste tu. Hindu ngan Buddha ja buat hal sundri takda sebok soh orang lain masuk agama dia.
Quote jalfa 2-2-2021 10:02 AM
Dia berdakwah kepada yg tidak beragama yg aku paham...kalo dia berdakwah kpd yg dah beragama beramai ramai mcm tu lg teruk ebit kena.apa apa pun lepas ni ebit kena rajin la turun sana,bukan setakat mengislamkan mereka,tp kenalah bertanggungjawab ajar mereka lebih mengenai islam
Quote jalfa 2-2-2021 10:10 AM
Tak baik tau tipu ebit..dah muslim pon nak covert muslim lagik...pelik pelik
Quote miszclassique 2-2-2021 10:20 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

Amboi uol bercopy copy uol paste...kikiki
Tapi tu lah, harapnye ebit lew janganlah post apa2 info kalau tak confirm lagi.. Dulu kes kedah tu pun sama, tak pasal2 org zakat dituduh..
Memuslimkan org ni adalah tanggungjawab yg sgt besar, kena pastikan dia dpt dibimbing lepas ni... Tapi kes ebit lew ni dah keluar statement katanya memang muslim mcm yg uol tepek tu sooo hmm tgk lah harap2 jgn berdrama ala2 victim mcm kes bas haritu...kalau jabatan agama sana tak bimbing dorang, biar mereka yg terima akibat
Quote mamajawie 2-2-2021 10:22 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

ape kebenda aku baca ni??aku baru la nak bekap si EL sbab bab2 mengislamkan tu amalan mulia tapi kalu dorang tu da sememangnya Islam tetiba berlakon konon nk peluk Islam I am truly speechless..
Quote gideoncross 2-2-2021 10:22 AM
Tringat kat thread hri tu yg stu Chinese family rmai2 pluk ugama Islam slepas brjumpa dgn UEL ni msa dorg tngh brniaga. Musykil gak, kali ni stu puak yg mngandungi bratus2 org, sngnya UEL ampuhkn dorg.
Quote MontanaHannah 2-2-2021 10:28 AM
Mubaligh Kristian pun ramai cari org asli utk dikristiankan tp amalan kristian habuk apa xde.

Penat saja.

Bila Islam datang , di ajar , diberi kehidupan dna diangkat darjat mereka lanats mereka sujud menyembah Allah yg Esa.
Quote toxicated 2-2-2021 10:48 AM
Kalau mmg takde agama ok la islamkan.
Tp siapa nak berterusan bimbing utk kekal dlm agama nanti.
Kalau mmg dh muslim asal pulak kenapa ckp takde agama.
Sgt berlapik pihak yg tegur tu punya bahasa, bagusla.

Quote toxicated 2-2-2021 10:50 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

Geng bajau laut ni mmg sejenis amek kesempatan juga. Contoh pelancong dtg bg ape2, dorg dh dpt pun mintak lagi.
Quote Trumpettt 2-2-2021 10:52 AM
Padan muka depa tergugat...selama ni mubaligh mubaligh kristian berleluasa tukar agama org kt sana tak bising pulak...Go ustaz...
Quote brownstone 2-2-2021 11:01 AM
So, Rohingya duduk dlm bot tu patut kita karamkan aje???...sebab dah Islam....syahid.

Bajau Laut pula kita umpan dengan makanan.

Gila!
Quote mamajawie 2-2-2021 11:18 AM
makadek replied at 2-2-2021 10:31 AM
Tu aku hairan bila tgk mama berlembut hati..iolss ttp berburuk sangka..hajha

iollss bab akidah ni lembut hati la mak oiii..sbab iollss pun xmampu nk mengajak kengkawan kafir iollss kembali fitrah which is I am totally respect on him..tapi bila dpat tau sume ni lakonan demi sesuap content iollss kembali hati hitam la..weyhhh bab akidah nak bawak main2 ni apa citaa??modus operandi terkini kaaa??

Quote noor2 2-2-2021 11:21 AM
Yang mengelupor ni kafir ke....ada ke dia paksa sorang2 solat... lagi hina sebab nk makanan sanggup tukar agama..puik
Quote zaitun_0123 2-2-2021 11:22 AM
Biak la puak misionaris menyalak. Teruskan usaha mulia anda Ebit. Yg penting mencari reda Allah. Puak tu bila tang Islam memang menggelupur. Cortes takluk kaum Maya dan paksa  mrk masuk kristian secara kekerasan tidak mengapa. Maggellan datang ke Filipina dan mengkristiankan seluruh penduduk pulau pun tak mengapa......asalkan bukan Isle. Di Timur Leste pun misionaris kristian aktif mengumpan penduduk dengan wang dan makanan. Jadi biar mereka menyalak. There is no medicine to cure hate.
Quote noor2 2-2-2021 11:24 AM
Aku ada je tengok dia bg bantuan pada bangsa cina non muslim...x de pula dia paksa sekor2 peluk agama islam....
Quote mrsLucky 2-2-2021 11:25 AM
Bukan bajau laut Sabah asal Pilipin tiada negara tu memang Islam dari dulu? Ramai kot di Semporna bajau laut yang ada IC. Memang Islam pun.

Lihat semua komen(239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.157719 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top