CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Yakin Kau Buat Ini Semua Sebab Dah Rasa Syurga Neraka Tu Jelas"

1-2-2021 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4602| Komen: 4

Sebelum ini tular video mengenai pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang sebak dan menangis selepas mengikuti jemaah tabligh mendapat reaksi positif daripada netizen.


Kredit foto: IG Nabil


Malah, penampilan terbaru isterinya iaitu Zira Ayub pula meraih perhatian apabila dia dilihat mengenakan hijab dalam beberapa perkongian gambar di Instagram.

Sementara itu, seorang bekas pelakon Azuan Mazlan turut meluahkan rasa kagum kepada pasangan tersebut yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama. Azuan memuji sikap Nabil yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri serta keluarga mendalami ilmu agama.

Azuan turut berkongsikan gambar yang diambil ketika pasangan itu menyertai jemaah masturat. Kata Azuan lagi, tanda suami sayangkan keluarga bukan hanya memberi nafkah tetapi membimbing untuk ke syurga.



“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengorbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.


Kredit foto: IG Azuan

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.


Sumber: RotiKaya

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 1-2-2021 11:52 AM
I dari zmn raja lawak mmg suka bambil ni. Warga porem benci bambil pon i tetap suka sbb mmg ada soft spot utk nabil. Rasa dia ni jenis baik2 cuma mulut je kdg2 buat lawak tu auto terkeluar. Zmn dia dgn ungka je xsuka sbb mcm lost masa tu.

Zira tu jgn ckp la mmg suka sbb cantik sgt n nmpk baik. Netizen kecam mcm2 sbb dia seksi tp dia diam je xde buat justifikasi pnjang2. Hrap2 istiqamah la
Quote nordin84 1-2-2021 03:37 PM
harap dgn mulut sekali la ea msk tabligh
Quote Beautynlove 1-2-2021 05:45 PM
Alhamdulilah.. ni mesti Berkat doa netizen yg doakan yg baik2 je
Quote helicornia 10-2-2021 07:38 AM
zira ni bertudung plak ke
dah berapa kali pakai bukak sampai tk tau status dia bertudung ke tak skrg

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.489003 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top