CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Skandal Dengan Suami Orang Lagi?

29-1-2021 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26001| Komen: 97

Pelakon filem Wira, Fify Azmi sekali lagi terpalit skandal 'suami orang' apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor, Kodi Rasheed.

Sebelum ini, nama Fify pantas mencuri perhatian ramai apabila dikaitkan sebagai punca perpisahan aktor, Rashidi Ishak dan bekas isterinya, Vanidah Imran, yang disahkan bercerai pada Ogos 2018.


Namun, Fify menafikan sekeras-kerasnya menjadi orang ketiga, manakala Rashidi pula menganggapnya sebagai rakan sekerja apabila tampil dalam video iklan minyak keluarannya.

Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi turut mengakui sudah mempunyai kekasih.

Foto: IG

Kini, Fify dilihat rapat dengan Kodi selepas bergandingan dalam drama Ryan Aralyn, tahun lalu. Mereka sekali lagi bekerjasama menerusi drama Skuad JPJ arahan Pali Yahya yang menjalani penggambaran di Melaka, baru-baru ini.


Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Fify menafikan hubungan rapat dengan Kodi umpama ada udang di sebalik batu.

"Saya tak tahu nak beri reaksi bagaimana terhadap dakwaan ini. Asalkan rapat sahaja keluar kisah dongeng dan skandal, sedangkan saya rapat dengan semua pelakon.

"Saya belum buta mata dan hati mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kodi sudah berkahwin, tak baik mereka-reka cerita yang tidak betul.

"Lagipun, saya sudah mempunyai kekasih, sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan cinta," katanya kepada BH Online.



Bekas finalis program Dewi Remaja 2014/2015 itu berkata, dia berada di Melaka bagi melunaskan baki penggambaran filem Roh 100 Hari untuk Astro First, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan.

"Secara kebetulan, Pali dan pasukan kerjanya berada di Melaka, awal tahun ini. Saya pula berada di sana untuk penggambaran filem Roh 100 Hari.

"Jadi, saya dan pelakon Skuad JPJ seperti Kodi, Fiza Thomas dan Saharul Ridzwan menyambut hari lahir Pali di sebuah restoran. Ada pelakon lain sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk meraikan Pali.



"Namun, ada yang salah anggap terhadap saya dan Kodi. Tak baik curiga terhadap hubungan rapat kami," katanya.

Sementara itu, Kodi berkata, dia dan Fify sekadar rakan seperjuangan dalam industri hiburan.

"Saya dan Fify berkawan sahaja. Hubungan kami tiada membabitkan perasaan. Kami jadi rapat kerana sudah dua kali bergandingan bersama.

"Saya akui, kami banyak berkongsi soal kerjaya. Banyak juga yang dikongsikan mengenai pengalaman berlakon.

"Saya, Fify dan Riz Armin juga buat bisnes produk kesihatan bersama. Mungkin disebabkan itulah ada yang menganggap hubungan kami rapat lain macam," kata yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahgempal 29-1-2021 02:27 PM
geli plk baca your bad boy tu..huihuihui sgt..bila tk seiring dgn muka..hehehe
Quote dudaberhias 29-1-2021 02:28 PM
Ada forumer pernah buka thread haritu check in hotel kat melaka katanya. Betul la kot kerjee
Quote adelea 29-1-2021 02:30 PM
kodi ni mmg laki org ke ?
cepatnya heols kawen
Quote hyie 29-1-2021 02:31 PM
memula ingatkan fify azmi ni adik kandung jihan ok...sebab karakter dan muka dah nak dekat sama...tak silap masa The Mask Singer Malaysia...pastu dia berlakon kat tv3 petang2...drama apa entah dia jadi minah gangster
Quote Orix 29-1-2021 02:31 PM
badboy hapa rupa mcm tu
Quote caprut 29-1-2021 02:38 PM
Orix replied at 29-1-2021 02:31 PM
badboy hapa rupa mcm tu

Yg nizam tu sedap
Quote MadameOnion 29-1-2021 02:44 PM
fify ni try hard nak nampak comel
Quote asmara_me 29-1-2021 02:47 PM

Nizam zaidi kan, tu mmg sedap haha
Quote lifeline 29-1-2021 02:52 PM
fify ni dia ada kembar ke?
selalu nmpk ke explore dia ngn kembar la kot kan muka sama
tp rambut pendek ala2 pengkid skit
Quote sharlenetexas 29-1-2021 02:53 PM
Aura rempit kuat sangat.

Quote fadz84 29-1-2021 02:54 PM
Muka biasa2 je fify ni. Sesuai jd watak kawan heroin je
Quote alieyrina 29-1-2021 02:56 PM
Sapa plak ni..no idea whoryu
Quote asma87 29-1-2021 03:01 PM
Fifty ni air muka dia iras cam air muka anak kaza...
Quote AmandaRollins 29-1-2021 03:05 PM
Mcm muka bangla je kodi ni...
Quote awenda507 29-1-2021 03:10 PM
Dua2 ni pun aku tak kenal
Quote miss_perfect 29-1-2021 03:26 PM
Serius la dia finalist Dewi Remaja???

I mean... dia comel la jugak, tapi nak kata sampai tahap cantik jelita atau exotic sampai layak masuk beauty pageant tu macam... errr....
Quote mamajawie 29-1-2021 03:29 PM
homaigaddd..tasteless nyehhh ko ni fify...
Quote chinta89 29-1-2021 03:32 PM
dudaberhias: Ada forumer pernah buka thread haritu check in hotel kat melaka katanya. Betul la kot kerjee

Seriuss?????{:question
Quote niena90 29-1-2021 03:41 PM
Kodi ni berlakon best, pandai bawa watak. Tu je nak cakap haha

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.047350 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top