CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Pulang Buku Teks Sekolah, Ramai Cikgu Panas Hati -Sweet Qismina Minta Maaf

29-1-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10620| Komen: 78

Tindakan pelakon Sweet Qismina menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai sistem pemulangan buku teks sekolah adiknya baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.


Tampil membuat permohonan maaf, Sweet berkata luahannya itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak terutamanya guru.



Sebaliknya, dia hanya mempersoalkan mengenai sistem pemulangan buku teks di sekolah adiknya yang kurang praktikal dan tidak selaras dengan sekolah lain.

"Untuk cikgu-cikgu, saya minta maaf jika kapsyen sebelum ini membuatkan cikgu terasa. Saya ada balas satu komen seorang guru dan memberitahu saya tidak menyalahkan cikgu.

"Sebab itu saya bertanya semua sekolah macam ni ke? Kalau ya, kenapa ada yang kata sekolah dia tak sama. Itu adalah satu soalan. Saya tag Kementerian Pendidikan untuk lakukan sesuatu dan bukan cikgu.

"Isunya orang tua yang ada risiko tinggi dan yang tak larat nak pergi (sekolah) kerana ada yang mengadu dekat saya kerana peraturan di sekolah adik saya yang tegas... bayangkan saya penjaga ni pun tak bagi masuk!” katanya.


Kredit foto: IG

Pelakon drama Bidadari Salju ini menjelaskan mengenai aduannya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Pada Selasa lalu, Sweet menulis luahan tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah adiknya kerana hanya membenarkan ibu bapa dan penjaga sahaja yang boleh mengambil dan memulangkan buku teks.



Dia terpanggil bersuara tentang hal tersebut semasa mengambil buku teks sekolah kepunyaan adiknya yang berusia 17 tahun dan sepatutnya sudah boleh dilakukan sendiri tanpa perlu kehadiran ibu bapa.

Ini kerana tidak semua ibu bapa atau penjaga sihat tubuh badan dan mampu bergerak ke sana sini di bawah cuaca terik.

Dalam pada itu, Sweet turut berterima kasih dengan usaha para guru yang bertungkus-lumus menjalankan tugas sebagai pendidik meskipun negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

"Saya masih dengan pendirian saya tapi bukanlah niat nak menyalahkan cikgu. Saya harap anda faham perkara ini.

"Saya menghargai jasa guru terhadap pelajar. Saya percaya ada jalan yang boleh kementerian buat. Sekali lagi untuk guru-guru, saya minta maaf, ” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lyshafull 29-1-2021 10:46 AM
Sian muda2 kuat meroyan
Quote vee_zara 29-1-2021 11:34 AM
Artis n kebodohan berpisah tiada.
Quote kookiechip 29-1-2021 11:35 AM
Jenis pendek akal.
Meroyan tak ingat dunia lepastu minta maaf. Senang betul. Ni mesti penat baca makian rakyat malaysia.
Quote kookiechip 29-1-2021 11:35 AM
Jenis pendek akal.
Meroyan tak ingat dunia lepastu minta maaf. Senang betul. Ni mesti penat baca makian rakyat malaysia.
Quote alieyrina 29-1-2021 11:53 AM
Kwn aku ada sorg meroyan..sbb sekolah susun jadual amik buku teks hari lain..serahan hari lain
Quote pxlbb 29-1-2021 12:37 PM
Problem boleh solve dgn communication tak perlu bawak meroyan kat medsoc. Bodoh.
Quote newme11 29-1-2021 01:02 PM
kookiechip replied at 29-1-2021 11:35 AM
Jenis pendek akal.
Meroyan tak ingat dunia lepastu minta maaf. Senang betul. Ni mesti penat baca ma ...

Biasalah retis...
settle... mintak maaf..
Quote kucingitam 29-1-2021 01:05 PM
betul juga lah kan apa yg dia ckp.

dah 17 tahun, boleh hantar sendiri, tak perlu parents.
Quote YomiuriLandMae 29-1-2021 01:55 PM
tp mcm make sense jgk sbb dia x blame cikgu2 pun tp cikgu2 ni plak yg kuat sentap.. tabley tgk issue ni as big picture..
Quote mily 29-1-2021 01:58 PM
Masalahnya masih Pkp... Hanya ketua keluarga shja yg blh keluar. Adik ko tu ketua keluarga ke?
Bkn saje2 arahan.. Kang jgn marah plak sbb kena baya rm1k keluar rumah
Quote haruslah 29-1-2021 02:01 PM
I stuju je bab budak 17thn boleh pulang buku seniri
Parents kdg byk lg urusan nak selesaikan
Mcm sekolah anak i, 3org tiga2 tarikh lain2 utk bayar yuran. X boleh hari yg sama. Kami dah la keja, kena la 3hari spend masa utk 1jenis skolah je tu...belum skolah lain lg.
Tp xde la meroyan, telan jer lah sbb kita ni bukan cikgu....ckp lebih nanti kena kecam
Quote asamfish 29-1-2021 02:01 PM
Cikgu2 ni punnnn
Pantang la org jentik sikit
Macam la kerja dorang tu yang paling molia
Cikgu2 ni pun org biasa mcm pekerja2 lain la jugak
Ada yang baik budi pekerti jujur
Tapi ada la jugak yang culas dan macam hampas
So toksah la nak terlebih sentap bila kena tegur
Quote talapia 29-1-2021 02:07 PM
apa yg dia kata tu betul la jugak.. concern pada parents..  budak dah 17 kot.. buku teks bukan sikit2 nak suruh parents yg hantar n amik.  Boleh je bagi option parents / murid yg amik. Biasanya kt sekolah nnti kt pak guard akan bagi number.. 10 org dlm 1 masa.. so xdenya bebudak ni nak berhuha.. tak sempat nya..

budak dah form 5.. lainla budak sekolah rendah
Quote outcast 29-1-2021 02:24 PM
Tp kalau apa2 jadi while pulang buku teks.. mesti parents salahkan sekolah lak.. lgpun bawah 17 masih under penjaga/parents.. so Sweet mmg  tak berapa cerdik
Quote nolya 29-1-2021 02:34 PM
Apb  peraturan dibuat kemudian berlaku pertelingkahan bererti  peraturan dibuat tanpa  teliti.  Pihak yg menggariskan peraturan trs, kenapa tak perhalusi kesulitan yg bakal dihadapi  oleh  parents  or penjaga  jika mereka shj yg diperbolehkan  memulangkan dn mengambil  agihan SPBT.

Soal hanya ketua keluarga  saje yg boleh pergi ke sekolah,  kenapa terlalu rigid sangat.  Kalau ke  supermarket bolehlah diketatkan peraturan trs.  Ini ke sekolah, sekolah  wei....nak ambik buku dn pulangkan buku.  Kenapa guru2 tak boleh  gunakan budibicara  membolehkan  mereka yg  sudah 17thn ambik sendiri.  Rasionalnya di mana?  or mungkin kementerian pendidikan akan buat aturan U-turn pulak?
Quote adelea 29-1-2021 02:41 PM
cikgu skrg mmg bangang
sorry to say laaa
org marah specific cikgu
pastu , cikgu cikgu lain wemua terasa ...
bongok ya rabbi

aku baca post si qis ni pon aku paham
dia tuju kat sekolah adik dia and KPM
Quote amira_safia 29-1-2021 02:56 PM
kucingitam replied at 29-1-2021 01:05 PM
betul juga lah kan apa yg dia ckp.

dah 17 tahun, boleh hantar sendiri, tak perlu parents.

betul tu ... 17 tahun besar dah ...
Quote nolya 29-1-2021 03:02 PM
haruslah replied at 29-1-2021 02:01 PM
I stuju je bab budak 17thn boleh pulang buku seniri
Parents kdg byk lg urusan nak selesaikan
Mcm s ...

Sistem digital/on-line kian marak skr ini.  Dlm keadaan sekalian orang dibatasi pergerakan mereka ke sana-kemari, apakah Kem. Pendidikan tak nak fikir memperkenalkan sistem membayar yuran sekolah anak2 secara digital, on-line. Binalah satu sistem dgn senarai nama sekolah2 di sluruh M'sia dn cara bayaran dibuat, atau parents boleh bayar yuran sekolah anak mll bank mereka sendiri (cara ni boleh tak?), dn kemudian bukti pembayaran di e-mailkan atau di sms ke kementerian dn ditembuskan (cc) ke sekolah2 anak berkenaan. Pihak sekolah pula perlu ada sistem nama murid2 mengikut abjad dn tahun/darjah yg diduduki murid. Mana2 murid yg sudah membayar yuran, nama mereka dicatat BOLD atau di boldkan untuk memudahkan semakan antara yg sudah membayar dgn yg belum. Ini bukan cik gu yg buat ttpi kerani sekolah yg perlu uruskan dn guru2/guru besar berkaitan sewaktu2 boleh semak mll paparan skrin komputer pc mereka.
IT telah membuka peluang memudahkan urusan/pentadbiran manusia dlm banyak hal. Hanya manusia perlu bijak berfikir mencari cara bagaimana kemudahan digital ini boleh dimanfaatkan. Our alertness yg harus dikedepankan supaya rungutan2 remeh dpt diminimisekan.

Quote TomyamPuteh 29-1-2021 03:07 PM
Habeh la hang sawit kismunah. Drama2 hang habeh boikot dgn cikgu2 la lps ni

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.176106 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top