CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Nah, Ambik Penerajang Ni...' Lelaki Nekad Tendang Babi Hutan, Berjaya Selamatkan Dirinya

27-1-2021 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8224| Komen: 56



Parit Buntar: Tindakan nekad seorang lelaki menendang seekor babi hutan sehingga terjatuh ke dalam longkang berjaya menyelamatkannya daripada terus diserang haiwan liar itu, Isnin lalu.

Menceritakan kejadian di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang, dekat sini, mangsa, Mohd Ramli Putih, 49, berkata dalam kejadian 11 pagi itu, dia menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli sekampit simen di Pekan Tanjung Piandang.

Menurutnya, kira-kira 300 meter sebelum sampai ke rumahnya, secara tiba-tiba seekor babi hutan datang dari sawah padi dan merempuhnya dari arah kanan.

"Berikutan itu, saya terjatuh bersama motosikal dan ketika cuba bangun, sekali lagi babi hutan itu 'merodong' belakang badan saya dan menyebabkan saya terhempas kali kedua di atas jalan.


"Tanpa menghiraukan kesakitan, saya gagahkan diri untuk bangun dan ketika babi itu cuba menyerang sekali lagi, saya beranikan diri menerajangnya sehingga terjatuh ke dalam longkang," katanya.



Dia ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar, Md Nayan Salleh yang tampil menghulurkan bantuan, hari ini.

Mohd Ramli berkata, babi itu tidak dapat naik dari longkang dan dia berlari ke rumah mengambil sebatang besi dan memukulnya sehingga mati.

Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang babi itu akan mencederakan orang lain khususnya kanak-kanak atau kaum wanita.

"Selepas haiwan itu mati, saya menghubungi seorang rakan berlainan agama dan menyerahkan babi itu kepadanya.

"Saya perasan ada satu tali di kaki babi itu dan ia dipercayai terkena perangkap dipasang seseorang sehingga cedera lalu naik minyak dan menyerang saya," katanya.

Mohd Ramli yang juga pesawah berkata, kejadian menyebabkan dia cedera di tangan kanan dan belakang badan akibat dirodong haiwan itu.

Menurutnya, dia kini masih trauma dengan kejadian itu dan tidak boleh melakukan kerja berat.

Kejadian menimpa Mohd Ramli turut mendapat perhatian pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menziarahinya, semalam.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 27-1-2021 11:45 PM
suka la kawan dia dapat babi hutan...  depan rumah bapak aku selalu je dengar kereta berdentum ngan babi hutan...  tak sampai sejam, ada la datang cina dengan 4wd amek...  
Quote CiliPadiSedap 27-1-2021 11:47 PM
Kalau jumpa babi hutan jgn lari. Cuba buat tarian tiktok, sbb kunci mengelak babi ada dalam tarian tiktok

Syaratnya kt tepi tu ada longkang
Quote MontanaHannah 27-1-2021 11:48 PM
kalau dia  dikenalpasti seawal usia ,dia dengan tendangan yg menghumban babi hutan ke longkang ini adalah amat tidak mustahil mampu menjaringkan gol dalam arena bola sepak ,nama dia mungkin lebih harum dari cristiano ronaldo

This man coming from Parit Buntar ,,sepak babi hutan staright to the longkang....woooooooo PADU !
Quote epal21 27-1-2021 11:55 PM
Kesian pulak bila tahu babi tu kena perangkap. Cepat tindakan refleks abg ni. Bagus.
Quote namemysoul 27-1-2021 11:59 PM
MontanaHannah replied at 27-1-2021 11:48 PM
kalau dia  dikenalpasti seawal usia ,dia dengan tendangan yg menghumban babi hutan ke longkang ini a ...

Setuju.....1st time dgr org tendang b***
Quote akies 28-1-2021 12:15 AM
Ada terbaca kat mana ntah..auntie ni ada kebun.
Babi banyak dan rosakkan kebun dia.
Dia geram dan pasang perangkap macam nak tangkap rimau tu.

Oklah kan..perangkap mengena.
Dpt la 2-3 ekor.
Babi ni kalau dibiarkan, habis semua disondol.

Mujur pakcik ni kuat kudratnya tendang babi tu.
Quote Normabaru 28-1-2021 07:42 AM
Babi kaki dua pon kuat sondol juga.
Sondol laki org
Quote Cassieopeia 28-1-2021 08:07 AM
Babi hutan ni ganas lain mcm kan..nsb xde pape
Quote lampor 28-1-2021 08:11 AM
Hebat abang ni... Mesti masa dia tendang tu, sambil maki.... BABi KAU BABI!!!!
Quote Scintilla 28-1-2021 08:12 AM
babi2 hutan ni bagi kat zoo negara kan dapt kurangkan kos pengurusan zoo....lepas sekor2 dlm kandang rimau ke singa ke dubuk ke, baru binatang2 ni sihat & cergas sbb dpt exercise kejar2 babi mcm nature dia kat hutan tu......ni tak, hari2 mkn ayam pangkung sejuk kejung mana la rimau2 ni nak sihat
Quote Redskin 28-1-2021 08:31 AM
Scintilla replied at 28-1-2021 08:12 AM
babi2 hutan ni bagi kat zoo negara kan dapt kurangkan kos pengurusan zoo....lepas sekor2 dlm kandang ...

Khabarnya haiwan2 karnivor rimau singa
kat Zoo Negara tu ramai yg Muslim.
Quote dizekni 28-1-2021 08:44 AM
Jangan buat main dengan babi hutan jantan

dah beberapa kali aku nampak yang besar gila, ada yang tingginya lebih paras pinggang
aku yang 176cm ni, waktu memandu

lintas jalan raya

ada sekali tu kereta belakang langgar.. dummm.. brrrttt.. tak tumbang2 jugak

lari masuk hutan, kereta MPV ka SUV ka tu pulak teruk rosak dan tercabut bumper depan

mujur tak terbabas je


Na'uzubillah
Quote Scintilla 28-1-2021 08:58 AM
Redskin replied at 28-1-2021 08:31 AM
Khabarnya haiwan2 karnivor rimau singa
kat Zoo Negara tu ramai yg Muslim.

babi pun sekolah.....ikut peraturan lalu lintas[youtube]hhO2-cWTZOE[/youtube]
Quote b_n_c 28-1-2021 09:08 AM
kuatnya abang ni trajang babi,...
Quote kakakpositifker 28-1-2021 09:40 AM
Dia naik minyak sebba di peranvkap. Sian dia. Sian abg ni jugaa{:childlike
Quote Artemesiaa 28-1-2021 09:40 AM
Kuat juga tendangannya tu tapi kalau dia tak bertindak cepat pasti membahayakan dirinya
Quote jazaa100 28-1-2021 09:44 AM
MontanaHannah replied at 27-1-2021 11:48 PM
kalau dia  dikenalpasti seawal usia ,dia dengan tendangan yg menghumban babi hutan ke longkang ini a ...

kat sini dah bgtau dia keja pesawah wlupun bdn dia sado.....tak de yg komen kata pecah obari lah, sanggup pi minang lah .....

kan Hannah kannnn
Quote jazaa100 28-1-2021 09:46 AM
Redskin replied at 28-1-2021 08:31 AM
Khabarnya haiwan2 karnivor rimau singa
kat Zoo Negara tu ramai yg Muslim.

oook....muallaff ek?....
Quote helicornia 28-1-2021 09:55 AM
apa benda merodong? rodong koi tau la. merodok kot istilah tepat

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064431 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top