CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merompak Sebelum Kahwin, Lelaki Terpaksa Nikah Dalam Tahanan

27-1-2021 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2161| Komen: 12

Description: Seorang lelaki di Makasar, Indonesia ditahan semasa merompak empat hari menjelang hari bahagianya.
Seorang lelaki di Makasar, Indonesia ditahan semasa merompak empat hari menjelang hari bahagianya. 

Dia didapati bersalah dan terpaksa meneruskan perkahwinan yang telah ditetapkan.



Kredit foto: Voi.id

Difahamkan, tarikh perkahwinannya ditetapkan pada 20 Januari 2021 dan kad jemputan juga telah diedarkan untuk meraikan kedua-dua pengantin tersebut.

Namun, semuanya berubah apabila dia ditangkap kerana merompak dan empat hari sebelum tarikh perkahwinan mereka, lelaki itu ditahan dan dibawa ke sel tahanan di Panakkukang, Kota Makassar. 

Disebabkan hari perkahwinan sudah ditetapkan, dia terpaksa menikahi kekasihnya di Ibu Pejabat Polis Panakkukang. 

Perkara itu didedahkan Ketua Awam Polis Panakkukang, Makassar, Bripka Ahmad Halim yang berkata, proses pernikahan lelaki berkenaan dan kekasihnya dilakukan di hadapan beberapa keluarga pengantin lelaki termasuk anggota polis di Ibu Pejabat Polis Panakkukang.


"Kami memakai pakaian tradisional Bugis-Makassar. Proses pernikahan juga berjalan lancar dan telah dipimpin oleh seorang imam tempatan."

Itulah ungkapan lelaki tersebut usai urusan perkahwinannya. Setelah selesai urusan pernikahan, dia dibawa pulang ke penjara sementara isterinya dibawa pulang ke rumahnya. 

Berdasarkan artikel 356 mengenai pencurian ganas, hukuman berkaitan kes ini adalah sehingga lima tahun penjara.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 27-1-2021 05:57 PM
Masih nak teruskan juga, pasangan bodoh mana tu sebelah lelaki ke perempuan. Dajjei betul ,melahirkan keturunan perompak nakharom .
Quote missyL 27-1-2021 06:04 PM
MontanaHannah replied at 27-1-2021 05:57 PM
Masih nak teruskan juga, pasangan bodoh mana tu sebelah lelaki ke perempuan. Dajjei betul ,melahirka ...

Asal berlaki kot kekdah nye.
Quote syaz_lina 27-1-2021 06:05 PM
Adududu mbak kenapa terusin nikah sama maling ini..kok mau keturunan perampok
Quote Cassieopeia 28-1-2021 08:08 AM
Kalau kne penjara 5 taun jenuh.. kawinpun mcm xkawin ke la
Quote Manjahati 28-1-2021 08:22 AM
5 tahun penjara pun nk teruskan juga ..
Quote lampor 28-1-2021 08:45 AM
Makanya malam pertama berimaginasi je la... Hahaha
Quote Rob07 28-1-2021 11:57 AM
Setia hingga ke jannah betol pompuan tuh{:love
Quote nanies 28-1-2021 01:24 PM
hukaloh, tak faham haku. ko teruskan jugak pasal apa? dah kawen, satu keje pulak ko nk melawat dia kat penjara besok
Quote Roan 28-1-2021 02:09 PM
Aku rasa ni mesti terikat dengan perjanjian tunang yang merapu zaman sekarang jika lelaki yang putuskan sekian-sekian denda yang perlu dijelaskan oleh pihak lelaki kepada pihak perampuan.. begitu juga sebaliknya.. atau memang dah cinta mati
Quote Ain_h 28-1-2021 02:20 PM
Boleh eh mcmniiii
Quote lattehazelnut 2-2-2021 01:49 PM
Asalkan berlaki.. tahniah lah..
Quote jalfa 2-2-2021 01:53 PM
Ko kanape dek sanggap batang perampokkk..mak rela digelar andartu dek dari kawen perampok

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.118009 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top