CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Takkan Semua Nak Harap Pada Dia" - Pemimpin Politik Diseru Contohi Ebit Lew

27-1-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3960| Komen: 25

Pemimpin politik khususnya wakil rakyat perlu mencontohi pendakwah bebas, Ebit Lew dalam melakukan kerja kebajikan dan membantu rakyat yang memerlukan, bukan asyik berpolitik semata-mata.



Malah, ketika cukup ramai memerlukan kemudahan untuk proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), wakil-wakil rakyat di semua kawasan perlu mencari inisiatif membantu golongan tersebut.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, sesetengah ahli politik ketika ini dilihat terus bertelagah pada saat rakyat sangat memerlukan perhatian mereka terutama dalam berhadapan cabaran ekonomi berikutan pandemik Covid-19.

Katanya, dalam memenuhi keperluan rakyat khususnya berkaitan kemudahan melalui proses PdPR, wakil-wakil rakyat perlu mencari inisiatif atau dana sekurangnya-kurang boleh menyalurkan 5,000 sehingga 10,000 komputer riba atau peranti sesuai kepada keluarga yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.


“Takkan semua hendak harap dekat Ebit Lew, sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah oleh rakyat, mereka perlu melakukan sesuatu dalam menjaga kebajikan rakyat

“Kebajikan dan keperluan rakyat perlu diberikan keutamaan dan ahli-ahli politik cukup-cukuplah bertelagah atau bermain politik pada saat rakyat sangat memerlukan perhatian mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Baru-baru ini, Ebit memuat naik gambarnya dalam media sosial bersama 100 tablet untuk diberikan kepada murid dan pelajar yang benar-benar memerlukan peranti tersebut untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

Bantuan dan sumbangan Ebit itu menimbulkan persoalan, di manakah peranan wakil-wakil rakyat, adakah mereka tidak ambil kisah masalah yang sedang dihadapi masyarakat?

Tambah Kamarul Azman, pada masa ini, ramai mengeluh mengenai kesukaran anak-anak mereka belajar secara dalam talian kerana tidak mempunyai kemudahan peranti seperti komputer riba dan telefon bimbit.

“Bagaimana anak-anak boleh menyertai PdPR jika mereka tidak ada peranti sesuai malah ramai juga terpaksa berhadapan masalah capaian internet yang lemah khususnya di kawasan-kawasan luar bandar?

“Perkara-perkara ini perlu diberikan perhatian. Saya percaya kalau pemimpin-pemimpin politik ini boleh berusaha mencari dana, insya-Allah sekurang-kurangnya kita dapat membantu ribuan anak-anak yang memerlukan ini memiliki komputer riba,” katanya.


Sumber: UTUSAN ONLINE

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 27-1-2021 04:29 PM
beli mecedes
Quote c===8 27-1-2021 04:32 PM
takkan wakil rakyat nak luakkan gaji sendiri
Quote Denco 27-1-2021 04:40 PM
Walaun2 politik ni timbul masa nk pru je.. time mcm ni msg2 menikus tebalkan tembolok sendiri je
Quote aHoi83 27-1-2021 04:40 PM
c===8 replied at 27-1-2021 04:32 PM
takkan wakil rakyat nak luakkan gaji sendiri

Buat cam syed saddiq pun dh ok. Org2 ternama ni byk pengikut n mudah kalau nk wujudkan dana. Tak kisahla niat politik ke ape janji keperluan tu sampai pada yg memerlukan
Quote JunkMail 27-1-2021 04:48 PM
Buat ebit je lah jadi PM. Takyah ada jemaah menteri. Tak berguna sesen pun
Quote Tinot7 27-1-2021 05:17 PM
aritu SS pun tak dpt nak salurkan byk ni..

Katanya, dalam memenuhi keperluan rakyat khususnya berkaitan kemudahan melalui proses PdPR, wakil-wakil rakyat perlu mencari inisiatif atau dana sekurangnya-kurang boleh menyalurkan 5,000 sehingga 10,000 komputer riba atau peranti sesuai kepada keluarga yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.
Quote highcastle 27-1-2021 05:35 PM
Tunggulah PRU nak dekat nanti... Kalah Ebit Liew keprihatinnya ahli poliTAIK kita...........
Quote Trumpettt 27-1-2021 05:37 PM
Mana org org yg masuk list richest person in mslaysia tu..ceo2 conglomerate ..tak tolong ke rakyat negara sendiri..kata Malaysian.
Quote lavendernovella 27-1-2021 06:31 PM
Den lama dah pangkah-mati ahli2 politikustik ni. Menghabiskan boreh jo. Apa manafaat pun tak tau lah. Rasuah makin menjadi-jadi, hidup bermewah2 bermegah2 macam tak wujud hari akhirat.

Dulu jumpa atuk tua uzur terbaring atas tilam kat station bas. Tolonglah sikit apa yg patut. Pastu email maklumkan yb/adun kawasan tersebut. Email tersebut dijawab.

Jawapannya? Sila report kat jkm sendiri.

Lupa, sebelah station bus tu ada pejabat ahli parlimen.
Quote lavendernovella 27-1-2021 06:33 PM
Trumpettt: Mana org org yg masuk list richest person in mslaysia tu..ceo2 conglomerate ..tak tolong ke rakyat negara sendiri..kata Malaysian.


Uol pernah bergaul dgn geng2 conglomerate? Dorang ni jenis tak pandang kiri kanan , if you know what i mean. Pure capitalist tak peduli apapun. More money more power.
(Ada lah sikit yg baik lurus, ciput sgt)

Quote white_musk 27-1-2021 06:49 PM
lavendernovella replied at 27-1-2021 06:33 PM
Uol pernah bergaul dgn geng2 conglomerate? Dorang ni jenis tak pandang kiri kanan , if you know  ...

Jadi tak perlu kagun wow sangat dengan tiyle terkaya apa segala kerana kekayaan bukan datang sekali dengan  keptihatinan ya adik adik sekalian alam
Quote lavendernovella 27-1-2021 06:57 PM
white_musk replied at 27-1-2021 06:49 PM
Jadi tak perlu kagun wow sangat dengan tiyle terkaya apa segala kerana kekayaan bukan datang sekal ...


Betul. Kalau difikir dalam2 gemerlapan yang diidam2kan ramai orang tu tak der maknanya unless disalur dan diguna kepada kebaikan dan manafaat utk semua. Kalau tak, kaya raya tapi hidup kosong... mati , tinggal la harta berkoyan-koyan tu.
Quote ufc214 27-1-2021 07:26 PM
Sekurang kurangnya konsep melantik pemimpin secara demokrasi dpt membentuk ahli politik yg kapitalis. Tak sia2 pihak penjajah datang membawa ideologi sebegini
Quote giyomi 27-1-2021 07:36 PM
wakil rakyat jual tshirt bertanda tangan, ada yg watdunno tp time nak dekat mengundi berpusu2 berlakon amik cangkul amik paip air bagai. ko ilih lah yg mana pon, teap sama perangai nya
Quote Purplehag 27-1-2021 08:27 PM
Apa kata Datuk Siti, Dt Vida, Alif Syukri berkolaborasi dengan Ustaz Ebit Liew.. Tentu gabungan meletup..
Quote TOPwind 27-1-2021 08:49 PM
Edited by TOPwind at 27-1-2021 08:55 PM

tak saorang pun orang kapir masuk islam zaman nabi2 masih diguna nama asal , mereka guna sepenuhya nama Islam.

lagi pun saorang Perdana Menteri Mesti dari ISLAM MELAYU.
Quote tripleid 27-1-2021 08:50 PM
Edited by tripleid at 27-1-2021 09:03 PM

Sayang,Malaysia  menteri ramai tp tak berguna

[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/1827309350780907[/fbp]
Quote ejans 27-1-2021 08:54 PM
Jgn buruk sangka sgt dgn org kaya jutawan ni. Sebenarnya rmi je org kaya jutawan derma kearah org susah.. kot2 rmi je funding kt ebit lieww jee. Ebit liew pon bukan guna duit dia je.. dana pon dr funding. Tgk masjid tu je lah. Sekali dpt funding tiap jumaat beriban. Nampak masjid dkt kampong naik gah gah. Ada org fund berjuta skali..
Cemburu dgn org kaya ni. Sbb boleh buat amal jariah mcm tuu..

Berbalik pd topik.
Ye. Betul. Ahli politik setiap dun parlimen patot contohi ebit liew and syed sadiq. Jaga kawansan masing2 tayah sebuk2 negeri kawasan org lain.. cari org susah sampai dpt jgn asa tertinggal.. kalau sumer paham tanggungjawab mcm ni. In shaa Allah. Zero kemiskinan
Quote JayJet 28-1-2021 12:00 AM
mohon jangan lagakan ahli2 politik dgn Ustaz Ebit guys. Kalau tak boleh nak smoking Tampa laga2 kan dgn ahli2 politik, just leave Ustaz Ebit alone with his mission...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051214 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top