CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 12,400 Penerima Suntikan Vaksin Pfizer-Biontech Masih Dijangkiti Covid-19

24-1-2021 12:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2063| Komen: 6



TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech.

Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19.

Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun.

"Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. 


Sumber - Agensi/SinarHarian


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-1-2021 01:54 AM
Ah sudah
Mcmn ni
Dh order berapa billion dh
Xkn nk kensel plk

Quote kakikuDibibirmu 24-1-2021 06:55 AM
Vaksin sejuk sangat kot
Quote auntieagony 24-1-2021 06:57 AM
Suntikan vaksin tu cuma usaha jer.
Yg menyembuhkan adalah Allah swt.
So this findings proved it.
Quote MontanaHannah 24-1-2021 08:44 AM
Tel Aviv mmg mcm itu.

hahahhahahahahhaha
padan muka
Quote iman_kasih 24-1-2021 09:30 AM
Kenapa highlight pada 6.6% tu je?  Kenapa tak fokus jugak pda 93.4% yg tak dijangkiti tu?

Quote edee_91 24-1-2021 09:57 AM
auntieagony replied at 24-1-2021 06:57 AM
Suntikan vaksin tu cuma usaha jer.
Yg menyembuhkan adalah Allah swt.
So this findings proved it.



Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.257832 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top