CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kain Rentang ‘Kawasan Wabak Covid -19’ Di Depan Premis Jejaskan Perniagaan

23-1-2021 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2725| Komen: 18




KETEREH – Peniaga di sekitar daerah ini merayu agar Majlis Daerah Ketereh (MDK) segera mencabut kain rentang bertulis ‘Kawasan Wabak Covid -19’ yang dipasang di hadapan premis mereka.

Kebanyakan peniaga berpendapat bahawa pemasangan kain rentang itu menjejas pendapatan mereka yang sudah semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada minggu lalu.

Ada antara peniaga mendakwa pendapatan mereka terjejas hampir 70 peratus lebih-lebih lagi pelanggan kini tidak boleh duduk dan makan di kedai.

Seorang peniaga kedai makan, Mohd. Alamin Hamzah, 48, berkata, pemasangan kain rentang berhampiran premisnya sekali gus menyebabkan pelanggan takut untuk berhenti dan membuat pesanan makanan.


“Saya tidak menghalang pemasangan kain rentang kerana memang kawasan berhampiran ini berisiko, namun lebih baik ia di pasang jauh dari premis perniagaan.

“Ini boleh menimbulkan keraguan terhadap orang ramai yang hendak membeli makanan kerana mereka makin takut dengan penularan wabak Covid -19 yang semakin meningkat di negeri,” katanya ditemui Kosmo! di sini hari.

Mohd. Alamin berkata, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada MDK berhubung masalah berkenaan agar ia di pasang di kawasan yang betul.

Katanya, dia berharap kawasan perniagaan tidak perlu dipasang kain rentang itu kerana ramai peniaga yang sudah buntu selepas menanggung kerugian semasa PKP.

Dia mencadangkan agar kain rentang itu dipasang di tepi jalan-jalan utama yang merupakan laluan pengguna jalan raya. 



Sumber – K! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 24-1-2021 12:00 AM
Sape la g dajal pasang tu.
Quote batmana 24-1-2021 07:59 AM
Majlis daerah tmpt lain xde pn psg cmni.skalipun kwsn merah
Quote zidane_ziege 24-1-2021 08:01 AM
Kerajaan lobai gagal total..
Quote sarajevo 24-1-2021 08:25 AM
FB_IMG_1611447779471.jpg

Merata tempat dipasang banner covid19
Quote mejaputih 24-1-2021 08:36 AM
batmana replied at 24-1-2021 07:59 AM
Majlis daerah tmpt lain xde pn psg cmni.skalipun kwsn merah

Kwsn iolls psg borad u r entering red zone.
Quote MontanaHannah 24-1-2021 08:43 AM
memang patut dipasang sebegitu.


mmg wabak corona bermaharajalela

nak tegah ko berniaga xboleh kanggg ko kata lempar tahi dalam pinggan makan ko pula

tp kerajaan persekutuaan atau kerajaan negeri ada hak untuk mengingatkan masyarakat setempat tentang bahaya wabak corona ini.

Jangan halang tugas kerajaan ye.

Majlis tempatan menjalankan tanggungjawab mereka,

jgn fikir pendapatan ko sahaja , jika mendapat corona lagilah ko mendapat.
Quote estidot 24-1-2021 08:43 AM
Time tak ada orang ..g je potong tali tu. simple
Quote mijot 24-1-2021 08:47 AM
kt tempat kita org ada pasang banner "anda berada di zon merah covid-19"
Quote zorrro_03 24-1-2021 08:49 AM
apa salahnya banner mcm tu?  biar semua orang takut nak keluar.  
Quote LadyCarefree 24-1-2021 08:58 AM
sarajevo replied at 24-1-2021 07:25 AM
Merata tempat dipasang banner covid19

Bagus. Patut pasang banyak lagi.
Quote LadyCarefree 24-1-2021 08:59 AM
MontanaHannah replied at 24-1-2021 07:43 AM
memang patut dipasang sebegitu.



Sokong Kakanah!!!!!!!
Quote MontanaHannah 24-1-2021 03:33 PM

                              bangkai
Quote supernaturalee 24-1-2021 07:26 PM
MontanaHannah replied at 24-1-2021 08:43 AM
memang patut dipasang sebegitu.



Kann

Bg nmpk terang2 spy btl2 patuh sop
Bknnya larang meniaga atau msk ke kwsn tu
Cuma amaran

Quote Firenzza 24-1-2021 07:37 PM
Bukan ke kkm x bagi kecoh2 rumah ka kawasan yg ada kobid sbb nk elak stigma msyrakat
Quote sekngucing 24-1-2021 07:48 PM
serba salah...tak bg keluar kena makan juga.. org pun nak carinduit dgn berniaga.. tp keluar kang covid pukak
Quote MontanaHannah 24-1-2021 11:32 PM
supernaturalee replied at 24-1-2021 07:26 PM
Kann

Bg nmpk terang2 spy btl2 patuh sop

Betul
Quote rogayahtop 25-1-2021 12:52 AM
Lmao elok la rentang pun, kurang sikit org bodoh tak reti nak bersop
Quote nanies 25-1-2021 03:47 PM
benarnya dorg nk sekat org awam kuar, bagus la kain rentang tu supaya org tak kuar.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070819 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top