CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendapatan Terjejas, Ezzaty Abdullah Terpaksa Jual Mi Udang

23-1-2021 12:05 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12300| Komen: 69|Original author: Oleh: Saiful

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 4 Februari menyebabkan Ezzaty Abdullah terpaksa meneruskan semula perniagaan mi udang.

Katanya beberapa projek lakonan ditangguhkan dan dia perlu mencari pendapatan sampingan.


Kredit foto: IG

"Saya baru mula meniaga semalam (Jumaat) selepas ramai buat permintaan. Lagi pun bosan duduk rumah tak buat apa-apa, jadi lebih baik kalau saya buat sesuatu yang boleh tampung pendapatan sepanjang PKP ini.

"Sebelum ini saya berniaga pes mi udang, ramai pula yang tertanya-tanya kenapa tak buat yang dah siap... itu yang datang balik idea nak fokus semula jual mi udang tu, cumanya sehari dua ni tempahan tak ambil banyak kerana pergerakan terhad nak hantar ke rumah pelanggan.


"Dalam keadaan sekarang, daripada tak buat apa-apa, lebih baik kita cari jalan jana pendapatan lain... sebab kita pun tak tahu sampai bila PKP ini. Pengalaman lepas mengajar untuk kita lebih bersedia," katanya kepada mStar.



Isteri kepada Azwan Kombos ini juga mengakui pendapatannya terjejas disebabkan PKP.

Tambahan pulan dia terpaksa menanggung kos operasi spa miliknya.



"Spa kami hanya sempat buka sekejap sahaja, terpaksa tutup balik... rugi yang dahulu pun tak boleh cover lagi! Memang terjejaslah pendapatan sebab nak kena tanggung kos operasi dan sebagainya.

"Sewa kedai pun dah naik harga, tapi nak buat macam mana terpaksalah bayar... insyaAllah kita cuba cari cara untuk bertahan sebab sayang nak lepaskan spa tu!




"Dalam keadaan sekarang ni kita cuba ikhtiar jalan terbaik dan besar harapan agar pandemik ini segera berakhir dan kita semua boleh bekerja seperti biasa." 

Ada yang pernah rasa mi udang Ezzaty tak? -CARI




Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • mamajawie


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiahbosan 23-1-2021 02:02 PM
Dia ni memang jual mee udang ke masa PKP tahun lepas...rasa macam laku je berpuluh2 kotak sehari..tak payah cakap terpaksa laaa just jual aja tu pun punca rezeki jugak...
Quote fealefea 23-1-2021 02:06 PM
Laki dia mmg bertuah dpt ezzati ni. Cantik dan berbakat. Langsung x kisah laki die cam househusband kt rumah.
Quote idril 23-1-2021 02:09 PM
buruknya baju jumpsuit tu..... apa cayor jer mee udang tu? ke mee udang memang gitu?
Quote izat123 23-1-2021 02:11 PM
fealefea replied at 23-1-2021 02:06 PM
Laki dia mmg bertuah dpt ezzati ni. Cantik dan berbakat. Langsung x kisah laki die cam househusband  ...

Laki dia kerja apa? Sebab dia ni lawa. Dulu masa dia kahwin dengan kombos ni macam tak percaya hahaha
Quote per706 23-1-2021 02:27 PM
Bguslaa,fizz fairuz plak dok jual laksa.nmpak sedap jugak laksanya
Quote cruz2 23-1-2021 02:28 PM
Weols satu fmly pernah satu lift kat ikea dgn couple ni sblm depa kawin.manis jer si ezzaty ni senyum dekat my mom.azwan pon nmpk sopan jer angguk kepala dekat my father.both tak gedik nmpk sepadan.
Quote asma87 23-1-2021 02:56 PM
Muka dia ni manis. Xjemu pandang.
Quote Belibis 23-1-2021 04:09 PM
per706: Bguslaa,fizz fairuz plak dok jual laksa.nmpak sedap jugak laksanya

Ingatkan SS jer jual laksa.dah berjangkit ehh?
Quote sugarlovebutter 23-1-2021 04:16 PM
Alhamdulillah rezeki die..tp awat kuah die cair jahh..xpe bgoslah buat bisnes..moga berjaya
Quote beta_carotene 23-1-2021 04:19 PM
ezzaty ni sgt lawa bagi meols. berlakon pun ok.

ntah di mana silapnya. mgkn kesenduan husand tu berjangkit.
Quote irvene 23-1-2021 05:24 PM
sari yanti pun berniaga sekarang
Quote Asdira 23-1-2021 05:30 PM
cruz2: Weols satu fmly pernah satu lift kat ikea dgn couple ni sblm depa kawin.manis jer si ezzaty ni senyum dekat my mom.azwan pon nmpk sopan jer angguk kep ...


kapel ni mmg ok dari mula kawen..
Quote lasagna 23-1-2021 05:36 PM
spa dia kat mana ek?
Quote Pamelaloba 23-1-2021 05:42 PM
izat123 replied at 23-1-2021 02:11 PM
Laki dia kerja apa? Sebab dia ni lawa. Dulu masa dia kahwin dengan kombos ni macam tak percaya hah ...

iols pun baru nak tanya laki dia ni keje ke? Mcm dah lama tak nampak berlakon even sebelum pkp pun
Quote Nenasketum 23-1-2021 08:32 PM
Satu dunia hadapi benda ni. Retis ada banyak points kalau menjual dari marhaen tapi kalau tak sedap, sekali jer lah orang beli.
Kapel ni sopan, sedap mata mandang. Dari kombos dengan si kangkang kan. Semuga sukes kepada kapel nih. Azwan boleh jer jual bebarang seafood dari Sabah on the side.
Quote auza_chiyoko 23-1-2021 08:50 PM
Bg aku dia mmg lawa n sweet..cuma tang mne ntah ada selekehnya..
Quote SalenaGomez 23-1-2021 08:50 PM
Nenasketum replied at 23-1-2021 08:32 PM
Satu dunia hadapi benda ni. Retis ada banyak points kalau menjual dari marhaen tapi kalau tak sedap, ...

Bape rm dia jual ya??

Kat insta SG baru lalu iklan syoklat johan ..,mahal ya ampun...rm28 ya...memula tgk 1 tub coklat tu ingat rm10 kot paling mahal rege

Mmg x leh accept lah ..ada sesapa dah rasa?? Sedap heaven sgt ke??
Quote nordin84 23-1-2021 08:55 PM
dia ngan azwan pun dtg dr family background education xslp.. dats y sopan2 gitu.. azwan ni nmpk mcm biawak tp iols xrse dia xbekerja.. mesti ade income jgk
Quote haifawehbe 23-1-2021 09:02 PM
suka dia ni nmpk humble, simple, x de bad gosip. jual mee udang pun biasa2 saja x de nk bertik tok bagai dgn cheap marketing plus hage yahudi mcm yg jual laksam

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.118247 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top