CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PdPR: RTM Bakal Lancar Program TV Pendidikan

22-1-2021 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4183| Komen: 35

Kuala Lumpur: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca Covid-19.


Gambar hiasan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, RTM sememangnya sudah ada pengalaman dalam menyediakan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008 dan pihaknya menjangkakan saluran baharu itu dapat disediakan pada suku pertama tahun ini.

"Semasa (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama juga kita ada kelas di rumah dua sesi iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang menggunakan saluran TV Okey.

"RTM sebenarnya sekarang ini pun sedang bersedia dan sudah pun membuat ujian saluran baharu. Isi kandungan dalam saluran televisyen itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan," katanya kepada pemberita selepas sidang media penutupan Mesyuarat Menter-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1) yang berlangsung secara maya, di sini, hari ini.




Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 22-1-2021 09:24 PM
TV Pendidikan Seks ke ???


Boleh juga ...
Quote Tinot7 22-1-2021 09:25 PM
Masa kecik2, iols suka tgk tv pendidikan. Semoga dapat dimanfaatkan oleh generasi baru.
Quote c===8 22-1-2021 09:32 PM
learning english is lots of fun lots of fun

bong & bing
Quote testly 22-1-2021 09:41 PM
Masalahnya time tv pendidikan tu bersiaran, time tu jugak kelas online berjalan. Tak masuk kelas online cikgu nak kehadiran n mengajar n bg latihan,how lah mcm ni...
Quote ninja9 22-1-2021 09:49 PM
Lambatlah.. lambat.. patut dah lancar pun. Kalau dapat, guna semua cadangan yang masih praktikal untuk bantu pendidikan yang dah jadi chaos sekarang... ada yg tak boleh pakai tenet boleh tengok tv
Quote missbigrockstar 22-1-2021 09:52 PM
Tinot7 replied at 22-1-2021 09:25 PM
Masa kecik2, iols suka tgk tv pendidikan. Semoga dapat dimanfaatkan oleh generasi baru.

Kisah sang kancil, sang buaya, monyet. Ulang 10 kali pun tak boring.
Quote exclusive_vvip 22-1-2021 10:07 PM
bleh tak nak request diorg ulang jugak siaran tv pendidikan yg dulu2 tu..rindu plak
Quote kakikuDibibirmu 22-1-2021 10:16 PM
Zon Ilmu   
Quote 3480 22-1-2021 11:11 PM
Jangan monyet.. jangan..
Aku x kira.. aku nak juga..
Monyet pon makan cili..
Keluaq asap kot telinga
Quote Lengkong 22-1-2021 11:24 PM
3480 replied at 22-1-2021 11:11 PM
Jangan monyet.. jangan..
Aku x kira.. aku nak juga..
Monyet pon makan cili..

Huhuhu...ingat sebijik2 dialognya...


Quote shernazz 22-1-2021 11:24 PM
Harap kekalkan lagu tekno mcm mcm.dedolu....
Suka dengor bila dah habis program pendidikan tu..
Apa tah tajuk Lgu tu
Quote cik.peah 22-1-2021 11:40 PM
bagus la. sila cepatkan sikit.
kalau boleh jangan yang bosan2 sangat content.
bagi kreatif sikit, tak payah la parent nak kena keluar duit beli laptop, tablet apa semua.

teringat masa kecik suka tengok tv pendidikan.
Quote izwan_izi 23-1-2021 12:25 AM
jgn lupa tayang sekali animasi Filem Negara Malaysia tu seperti :

- Samg Kanchil Dan Buaya
- Sang Kancil Dan Monyet
- Gagak Yang Cerdik
-Singa yang tamak
-Sang Kancil dan Kerbau
- Si Arnab dan Kura-Kura

Sebab tgk kanak2 sekarang banyak didedahkan dgn animasi lawak bodoh seperti yg terdapat di channel Niklodeon , Animax, Cartoon Network.
Quote orglama 23-1-2021 03:10 AM
c===8 replied at 22-1-2021 09:32 PM
learning english is lots of fun lots of fun

bong & bing

Lama sgt ni
Quote Tinot7 23-1-2021 05:09 AM
missbigrockstar replied at 22-1-2021 09:52 PM
Kisah sang kancil, sang buaya, monyet. Ulang 10 kali pun tak boring.

Ha ah betul..
Quote hayrin86 23-1-2021 08:56 AM

BINA MINDA tidak harus lupa sekali.. Pernah bersiaran setiap Khamis jam 12.00 tgh hari.. Elok aje TV Pendidikan dulu-dulu.. Menumpang kat RTM (1972-1999) dan Astro (2000-2006) masing-masing terus-menerus bersiaran selama beberapa jam..

Quote hayrin86 23-1-2021 08:59 AM
izwan_izi replied at 23-1-2021 12:25 AM
jgn lupa tayang sekali animasi Filem Negara Malaysia tu seperti :

- Samg Kanchil Dan Buaya

Aku layan anime Jepun aje yang padu-padu.. Apapun, ok la nih kalau TV Pendidikan ada siaran tersendiri..

Quote Artemesiaa 23-1-2021 09:00 AM
Usaha yang bagus dikala ramaio pelajar ada masaalah untuk dapat capaian internet kurang2 kat kebanyakan rumah ada je tv.
Quote Lula2 23-1-2021 10:09 AM
testly replied at 22-1-2021 09:41 PM
Masalahnya time tv pendidikan tu bersiaran, time tu jugak kelas online berjalan. Tak masuk kelas onl ...

Tv pendidikan rasanya bukan utk org yg ada fasiliti yg baik. Tv pendidikan more to student yg takde gajet/access internet. Hrp2 semua org ada tv la

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.208083 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top