CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awal Ashaari Tuntut Naz Empire Bayar Ganti Rugi RM750,000

22-1-2021 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4767| Komen: 14

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari memfailkan tuntutan balas terhadap syarikat hiasan dalaman yang menyamannya tahun lalu berhubung isu pengubahsuaian rumah.

Melalui tuntutan balas yang difailkan pada 30 Disember tahun lalu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari menuntut ganti rugi sebanyak RM750,000 daripada Syarikat Naz Empire Sdn. Bhd. atas kegagalan syarikat itu melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya seperti yang telah dipersetujui.



Kredit foto: IG Awal

Dalam tuntutan balas itu, Awal mendakwa telah menarik balik tawaran untuk mengadakan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Sunway Damansara sebaliknya menerima tawaran Syarikat Naz Empire Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pengubahsuaian bagi rumahnya yang lain di Sri Hartamas.

Awal mendakwa, lakaran bentuk yang telah dipinda pada 28 Jun 2019 tidak pernah diserahkan, sebaliknya hanya ditunjukkan melalui paparan skrin komputer milik syarikat itu.


Lakaran itu juga sekali lagi tidak mempunyai sebarang ukuran atau perincian yang membolehkannya mengenal pasti butiran maklumat perincian yang diperlukan.

Dakwa Awal lagi, syarikat tersebut bersetuju untuk menaja kos kerja-kerja perkayuan bagi bilik tidur utama rumah Sri Hartamas dan turut menawarkan untuk menaja sebahagian daripada kos kerja-kerja pengubahsuaian dapur hartanah terbabit.

Sebagai balasan, atau pertimbangan untuk tajaan tersebut, Naz Empire mencadangkan Awal, untuk mengiklankan serta mempromosikan kerja-kerja pengubahsuaian oleh syarikat itu hanya selepas kerja-kerja pengubahsuaian dapur disempurnakan dalam akaun media sosial milik Awal.

Melalui suatu kontrak antara Awal dan syarikat itu, pada 25 Julai 2019 kerja-kerja pengubahsuaian melibatkan  dapur kering, ruang keluarga, ruang tamu, dapur basah, ruang solek, foyer (serambi) dan dapur tambahan yang perlu diselesaikan pada 8 Februari 2020.

Bagaimanapun, sehingga 18 Oktober 2019, Awal mendakwa syarikat gagal memberikan segala dokumen berkaitan seperti sebut harga terkini ekoran terdapat beberapa kerja-kerja pengubahsuaian tambahan, lukisan beserta ukuran dan perincian kerja-kerja pengubahsuaian.

Namun pada 25 Oktober 2019, Awal telah mengarahkan Naz Empire untuk menghentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan dapur selepas Naz Empire tidak memberikan kerjasama dalam menangani masalah kerja-kerja tersebut.

Berikutan itu, Awal telah memberikan dua pilihan terhadap syarikat tersebut samaada menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian dapur atau menghentikan kerja-kerja tersebut tanpa sebarang pembayaran tambahan.

Sehubungan itu, Awal menuntut semula wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan selain kos baik pulih sebanyak RM650,000 beserta faedah lima peratus dari tarikh tuntutan balas difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.


Sumber: K!ONLINE

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Adrif

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 23-1-2021 05:15 PM
Wahhh. Xde sp nak komen ke {:run
Quote jalfa 23-1-2021 05:19 PM
X hagak hagak walopon sbhgian adalah tajaan
Quote c===8 23-1-2021 05:19 PM
Anak dia dah tak jadi model iklan lagi ke?
Quote aechae 23-1-2021 05:33 PM
c===8 replied at 23-1-2021 05:19 PM
Anak dia dah tak jadi model iklan lagi ke?

Ank dia yg dlm perut isteri dia skarang on dh ada rancangan kt astro tau...
Quote monsterwife 23-1-2021 06:47 PM
Baguslah anak first dah besar may be kurang menjana pendapatan maka guna yg bakal lahir plk
Sbb tu bila netizen gelar psngan urban i hmm...ajelah
Parents urban kaya raya takdenya nak gunakan anak2 atau exposed pada public.
Quote MissVixen 23-1-2021 07:13 PM
Padan muka. Kalau marhaen takde modal nak saman, banyak kontraktor kerja cincai je. Iklan babi boleh terbang.
Quote lasagnaklcc 23-1-2021 07:27 PM
So naz carpentry kalah kes ke mcm mana? Sbb dia offer taja id rumah yg lain pulak tapi awal yg taknak.
Quote sarahmirza 23-1-2021 11:10 PM
tak faham la kes dia ni...
kata di taja tapi ada pulak payment ada pulak nak itu ini...
lantak korang la
Quote JunkMail 23-1-2021 11:17 PM
Ubahsuai seluruh rumah kot ni. Pastu ditaja bahagian bilik utama. Lain2 tu bayar. Pastu tak siap2 kalau aku pun angin satu badan.
Quote jiwasemangat 24-1-2021 09:01 AM
..bawak saja ke mahkamah..present kat sana.. Kalau kat socmed.. bias, extreme positif, extreme negatif, terlebih kesian, sided... semua ada..
Quote Tinot7 24-1-2021 09:46 AM
Iols nak tunggu dia bawak kavadi je..
Tahun ni tak jadi takpe.. iols sanggup tunggu tahun depan.
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2021 09:49 AM
[youtube]BoUEfFmpUfQ[/youtube]
Quote LadyCarefree 24-1-2021 09:56 PM
Bestnya kalau menang dan dapat duit dekat sejuta camtu je
Quote toxicated 25-1-2021 02:46 AM
Mcm byk je juga naz tu sponsor kan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.100495 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top