CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Suka Tengok Video Bergelek Menari, Netizen Minta Wani Kayrie Banyakkan Amal Ibadah

22-1-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5023| Komen: 23

Tindakan penyanyi Wani Kayrie memuat naik video tarian di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen di laman tersebut.

Salah seorang pengikut menegur aksi tarian yang dilakukan oleh Wani dan meminta penyanyi berusia 20 tahun itu melakukan amalan yang boleh mendatangkan faedah ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19 ini.


Menjawab kritikan itu, Wani berkata dia tidak perlu berkongsi hal berkaitan ibadah kerana perkara itu merupakan urusannya dengan Allah SWT.


"Biarlah ibadah itu secara ikhlas bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Allah sahaja tahu ibadah hambanya!” balas Wani.

Sebelum itu, penyanyi lagu Magika ini berkongsi video tarian dan meminta peminatnya untuk kekal berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

"Semua negeri dah PKP kecuali Sarawak, jadi apa je aktiviti korang dekat rumah tu?

"Buat jelah apa-apa yang boleh menghiburkan diri yang penting tak keluar rumah tanpa urusan penting! Kita jaga kita dan jaga kesihatan sentiasa!" tulisnya pada ruangan kapsyen.


Kredit foto: via mStar

Bagaimanapun, seorang pengikut kurang bersetuju dengan tindakan Wani berkongsi video tarian dan memuat naik di laman sosial.

"Ni Covid-19 lebih baik buat perkara yang dapat pahala, solat, mengaji dan lain-lain ibadah... mungkin awak buat macam tu dipuji orang tapi di mata Allah?

"Saya tak kata saya baik tapi lebih elok awak habiskan masa PKP dengan amal ibadah, ” komen netizen itu.

Menerusi laporan mStar pada April tahun lalu, Wani mengakui dia minat menari dan video yang dihasilkan hanyalah suka-suka untuk pengikut.

Kredit foto: IG

Justeru itu, Wani berkata dia memilih untuk mengabaikan sebarang bentuk komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen.

Malah, jika keterlaluan, dia bertindak memadam dan menyekat akaun pengguna tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 22-1-2021 09:56 AM
Kalau aku la mcmni..dah lama kena penerajang dengan mak aku.
Quote Kurex 22-1-2021 10:11 AM
Aku dah google, dah dengar lagu dekat laptop. Jujur aku tetap tak kenal dia siapa & aku lantakkan je dia
Quote LadyCarefree 22-1-2021 10:26 AM
Xkanlah asyik doplopat jam baca quran je. Biaq pi dia nk happy.
Quote woven11 22-1-2021 10:29 AM
Org nama2 wany ni mmg sepesen eh muka...
Quote nanasno 22-1-2021 10:50 AM
tapi ok je dia joget tak la menghairahkan pun. lagi teruk si shila amzah tu joget ya ampun.
Quote Nnasda53 22-1-2021 11:15 AM
tak kenal pun dia ni.
Quote Fafaaisa 22-1-2021 11:26 AM
Ingt cantik buat mcm tu
Dia ni nyanyi lagu apa??
Quote aloyah89 22-1-2021 12:07 PM
buat apa pun still nampak desa
Quote sarah82 22-1-2021 12:59 PM
Citer dia senang.. Data dia bayar.. Jadi lantak la..
Quote kakakpositifker 22-1-2021 03:41 PM
adoiiii. kalau tak suka scroll lah ke lain.
Quote kakakpositifker 22-1-2021 03:42 PM
Kurex replied at 22-1-2021 10:11 AM
Aku dah google, dah dengar lagu dekat laptop. Jujur aku tetap tak kenal dia siapa & aku lantakkan je ...

hahahahahahahaha. tak effect walau sekumis kat hati kurex ye tak
Quote Kurex 22-1-2021 04:05 PM
kakakpositifker replied at 22-1-2021 03:42 PM
hahahahahahahaha. tak effect walau sekumis kat hati kurex ye tak


Ye... Tetap bukan tandingan iols
Quote Didi_dido 22-1-2021 04:09 PM
Ok je dia menari..xde la over mana pun.
Quote awenda507 22-1-2021 04:09 PM
BBNU kan.ape nk expect. Asalkan dia bahagia x kacau org dah la
Quote chipsmoremore 22-1-2021 09:22 PM
Nasib baik acik x kenal.... so acik ignored je la gosip murahan ni
Quote MontanaHannah 22-1-2021 09:27 PM
susah nak cari perempuan yg tahu malu sekarang ni.
Quote beatgirlX 23-1-2021 08:29 AM
Itu biasa....anak2 lain pun Ada lagi teruk dari ni
Quote asma87 23-1-2021 01:41 PM
Badan kecik molek camni xsakit sgt mata kalau mengelinjang pon..budak muda lagi neh..kalau niqobis yg buat tarian gini harus disumpah! Plus mak budak
Quote cHimo 23-1-2021 01:46 PM
Biasanya yang suka tegur acah2 ahli sorga tu perangai lagi celaka daripada yang ditegur... Dah nampak banyak spesis camtu...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053415 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top