CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Drama Rahimah Tanpa Rahim Jadi Bahan Jenaka, Penerbit Tampil Beri Penjelasan

22-1-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15640| Komen: 95

Biarpun belum menemui penonton, judul drama terbaharu di slot Akasia TV3, Rahimah Tanpa Rahim sudah menerima kecaman serta menjadi bahan gurauan ramai di media sosial.

Drama bersiri lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah yang mula ditayangkan esok 'diperlekehkan' berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai.

Ada dalam kalangan netizen mempermainkan judul itu dengan menukar kepada judul lain yang membawa maksud lucah.

Malah, seorang pelakon popular menerusi Facebook turut melakukan perkara sama dengan menukarkannya kepada judul lain yang berunsur lucah.

Penerbitnya, Jalena Rejab berkata, drama bersiri 28 episod itu bukan hanya berkisar mengenai wanita yang lahir tanpa rahim semata-mata.


Jalena Rejab, Foto: Harian Metro


"Memang ia mengangkat kisah seorang wanita bernama Rahimah yang dilahirkan tanpa memiliki rahim. Tapi bukannya kita nak persembahkan cerita ini 100 peratus mengenai rahim.

"Rahimah Tanpa Rahim mengangkat kisah Rahimah yang turut dilanda masalah keluarga dan cinta manakala sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) yang dihadapi Rahimah hanyalah subplot kepada jalan cerita ini.

"Menerusi drama ini juga, saya ingin tekankan masalah sebenar yang dihadapi kaum hawa di dunia ini khususnya di Malaysia yang lahir tanpa rahim. Saya pertahankan judul drama ini pun sebab nak didik masyarakat mengenai apa kejadian kehidupan Rahimah yang selama ini hidup terseksa," katanya.



Jalena berkata, dia tidak ambil peduli terhadap gurauan yang dilemparkan netizen di media sosial media, namun kecewa apabila ada segelintir penggiat seni turut memperlekehkan judul drama terbabit.

"Netizen boleh komen dan kritik sebab mereka tidak tahu apa-apa mengenai jalan cerita drama ini, tapi apa yang menyedihkan apabila orang-orang industri yang bijak pandai memperlekehkan judul naskhah ini tanpa menonton drama ini terlebih dahulu.

"Walaupun ia dianggap satu promosi terbaik, tapi drama ini sarat dengan mesej yang ingin disampaikan. Janganlah kita mengguris hati kaum wanita yang memiliki sindrom ini sebaliknya kita perlu memberikan sokongan dan memahami isi hati mereka," katanya.



Sindrom MRKH adalah keadaan seorang wanita dilahirkan tanpa memiliki rahim dan saluran vagina serta tidak boleh hamil.

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Rahimah Tanpa Rahim arahan Eoon Shuhaimi mula ditayangkan jam 7 malam esok di TV3. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 22-1-2021 09:26 AM
Walaupun Awesome TV dah ada tapi tetap la ramai yang kekal dengan drama TV3 jam 7 dan 10 malam.. Mujur anime Kickers yang masih lagi bersiaran di Awesome TV tidak bertindih dengan drama TV3 dan Astro..
Quote akumak 22-1-2021 09:28 AM
Semoga mesej positif sampai kpd masyarakat
Quote Fly_over 22-1-2021 09:30 AM
poster cantik
Quote tricomonas 22-1-2021 09:38 AM
Edited by tricomonas at 22-1-2021 09:40 AM

mula mula RAHIMAH TANPA RAHIM.lepas ni ada drama ZAKARIA TANPA ZAKAR  pulak...
Quote Lula2 22-1-2021 09:51 AM
Aku baca komen2 kt twitter aku rasa macam lahaiii macam ni je ke level pemikiran budak twitter ni.
Diorang tak tahu ke rahim tu apa?
Tengok tajuk dah tahu cerita sedih. Ada pulak yg cakap tajuk kelakar.
Quote one_aiman 22-1-2021 10:04 AM
sekarang ni tajuk drama, senarai pelakon memainkan peranan..kalau tajuk tak best, pelakon ada kontroversi, orang tak tengok la..walaupun storyline best macam hadiah dari tuhan tu, kalau ada pelakon yg dibenci mesti tak ramai yg tengok..

dalam kes ni, tajuk pulak tak best..kalau tajuk lain sikit mungkin orang suka la..
Quote nazzse 22-1-2021 10:12 AM
hayrin86: Walaupun Awesome TV dah ada tapi tetap la ramai yang kekal dengan drama TV3 jam 7 dan 10 malam.. Mujur anime Kickers yang masih lagi bersiaran di Awes ...

Awesome TV ada dkt mytv je & tak semua org pakai mytv.. But channel dia best, pkuln7 tengok drama korea kat channel ni
Quote SayaSayangMama 22-1-2021 10:17 AM
Hadiah dr tuhan tu bukan cerita cinta sgt tp org xtengok gak.  Citer anak dato gak netizen highlightkan. To dah mmg pelakon xbest. Pelakon tah spe spe. Yg ni hero pulak xbest. Mnyampah pulak dgn azlee khairee ni asal penerbit suka dia eh. Sbb disiplin kot ke cepat hafal skrip
Quote ais_kosong 22-1-2021 10:17 AM
tricomonas replied at 22-1-2021 09:38 AM
mula mula RAHIMAH TANPA RAHIM.lepas ni ada drama ZAKARIA TANPA ZAKAR  pulak...

ni lawak
Quote royaldanish 22-1-2021 10:18 AM
akumak replied at 22-1-2021 01:28 AM
Semoga mesej positif sampai kpd masyarakat

DP Mark Prin cuols guna lebih menarik perhatian iols
Quote LadyCarefree 22-1-2021 10:21 AM
Ecah lh elok pakai tudung
Quote slyfynx 22-1-2021 10:21 AM
Rahimah tanpa Rahim tinggal Ah aje.
Hihihihi.

BTW, tajuk tu bukan x betul, cume x berapa sedap. Tetibe dok pikir Angie berlakon cite Wombless Tomb Raider.
Quote LadyCarefree 22-1-2021 10:22 AM
tricomonas replied at 22-1-2021 08:38 AM
mula mula RAHIMAH TANPA RAHIM.lepas ni ada drama ZAKARIA TANPA ZAKAR  pulak...

Titiek Puspa tanpa tetek
Quote MadameOnion 22-1-2021 10:40 AM
Aku tak rasa lucah pun..bukannya tajuk Rahimah tanpa cik pap
Quote anak_minang 22-1-2021 10:54 AM
MadameOnion replied at 22-1-2021 10:40 AM
Aku tak rasa lucah pun..bukannya tajuk Rahimah tanpa cik pap


Quote kucingitam 22-1-2021 10:58 AM
tang mana yang lucahnya? tak tau lak rahim tu maksdu lucah.. lainlah kalau tajuknya Rahimah Tanpa Vjayjay
Quote enot_sibudak 22-1-2021 11:17 AM
Iols ok jer.... Dengan drama ni bru ada yg tahu, ada yg lahir xdak rahim.... Buat kelakar batak lps ni cita zakaria td tanpa zakar.. Xkelakar
Quote bakingsoda 22-1-2021 11:48 AM
MadameOnion replied at 22-1-2021 10:40 AM
Aku tak rasa lucah pun..bukannya tajuk Rahimah tanpa cik pap

rasanya yg melucah tu ummah twitter, contoh mcm kat atas kot buat tajuk zakaria tanpa zakar
Quote jeruklimau 22-1-2021 12:03 PM
tricomonas replied at 22-1-2021 09:38 AM
mula mula RAHIMAH TANPA RAHIM.lepas ni ada drama ZAKARIA TANPA ZAKAR  pulak...

Haha.. Tersembur milo aku.. Sape yg sanggup jd lead actor??

Pasni RAMBUTAN tanpa RAMBUT...
DURIAN tanpa DURI..

Haaa.. Sambung..

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.104278 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top