|
Seorang wanita mengesyaki sesuatu hidup di dalam rumahnya kerana susun aturnya berbeza, lalu menelefon pihak polis Setelah polis membuat pemeriksaan, mereka mengesahkan bahawa ada tanda seseorang telah menumpang di atas loteng di kediamannya di Rockhampton, Australia. Monica Green berasa aneh apabila pulang ke rumahnya pada 18 Januari lalu apabila mendapati penghawa dingin terpasang, pintu belakang terbuka dan nugget berada di atas peti sejuk. Berkata kepada akhbar Courier Mail, dia berasa terancam dengan situasi tersebut memandangkan suaminya terpaksa bekerja di luar kawasan dan dia hanya bersama tiga anak kecilnya.
Dia percaya yang penceroboh tersebut mencuri kunci rumahnya lalu 'menumpang' di situ sejak beberapa hari lalu. Pelbagai persoalan bermain di mindanya sama ada penceroboh itu mahu menculik anak-anaknya atau lebih berat, membunuh mereka. "Keluarga menemani saya beberapa malam, tetapi sekarang hanya saya dan anak-anak, bimbang penceroboh itu akan kembali." Pihak polis turut memberitahu media bahawa kejadian sama pernah berlaku di mana penceroboh menjadikan loteng sebagai tempat tinggalnya dalam satu jangka masa sebelum ianya diketahui tuan rumah. - CARI
|
any42 replied at 22-1-2021 02:00 PM
Mcm cter within ke ape tah yg bdk jntan dduk dlm dinding rumah tu pastu smua pnghuni kna bnuh
ingt berita hantu ketuk2 pintu jer main tunjuk2 ni.Artemesiaa replied at 22-1-2021 07:12 PM
Dah macam dalam pilem Korea Parasite. Nasiblah beliau dan anak2nya tak diapa2kan.
star_karat replied at 22-1-2021 08:02 PM
Ceiling tu klu salah pijak kayu atau papan memang menorobos ke bawah. Siang hari gelap, mlm lagi gel ...
ADVERTISEMENT