CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Ada Sesetengah Manusia Mampu Mendengar Suara Roh Orang Yang Sudah Meninggal Dunia?

21-1-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2700| Komen: 1

Hantu adalah makhluk halus yang wujud dan hanya boleh dilihat oleh sesetengah orang. Tidak pasti itu kelebihan atau bala, namun untuk mendengar cerita hantu daripada mereka yang mempunyai pengalaman berjumpa secara berhadapan, ia adalah momen yang seram sejuk dan menyeronokkan.


Di beberapa negara, termasuk Malaysia, ada sebahagian orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mendengar suara makhluk halus atau roh orang yang sudah meninggal dunia.

Orang ini selalunya dianggap luar biasa dan sering menjadi ikutan untuk khalayak umum duduk mendengar mereka bercerita. Kerana pengalaman melihat, berjumpa atau mendengar suara makhluk halus ini tidak dimiliki oleh semua orang, hanya yang ‘layak’ dan berani sahaja diberi kelebihan ini.


Kredit foto: CNN


Dalam mengkaji kelebihan yang ada pada mereka dan persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya, para saintis kini sedang melakukan kajian bagaimana seseorang itu mampu mendengar suara orang yang sudah meninggal dunia.

Menurut kajian yang dilakukan, terdapat beberapa faktor mengapa seseorang itu mempunyai kelebihan untuk mendengar suara orang sudah mati, termasuklah pengalaman mistik yang tidak dapat difahami pada masa kanak-kanak dan halusinasi yang menjadikan deria telinga lebih tajam daripada orang biasa.

Hasil akhir kajian ini akan dapat membantu kita untuk lebih memahami bahawa halusinasi pendengaran mampu memberi kesakitan kepada sesetengah orang disertai dengan penyakit mental seperti skizofrenia.

Selain itu, pengalaman kerohanian mengenai clairvoyance dan clairaudience – pengalaman melihat atau mendengar sesuatu tanpa rangsangan luaran dan dikaitkan dengan roh orang sudah mati – benar-benar menarik perhatian para penyelidik untuk membedahnya secara ilmiah, di mana mereka mula mengkaji halusinasi patologi.

Secara khusus, para penyelidik ingin memahami lebih lanjut mengapa sebilangan orang yang mempunyai clairaudience sering mengaku mempunyai pengalaman paranormal, sementara yang lain mengaku tertekan dan didiagnosis dengan masalah kesihatan mental.

“Spiritualis (paranormal) cenderung melaporkan pengalaman pendengaran yang tidak biasa, bermula di awal kehidupan yang kemudian mereka dapat mengawal (kemampuan mereka),” jelas Peter Moseley, seorang psikologi di Universiti Northumbria di England.

“Memahami bagaimana perkembangan ini penting kerana dapat membantu kita memahami lebih banyak tentang pengalaman mendengar suara yang mengganggu atau tidak terkawal.”

Dia dan rakannya, Adam Powell, dari Durham University di UK merekrut 65 orang yang mempunyai clairaudience dari Kesatuan Nasional Spiritualis di UK. Mereka juga disertai oleh 143 orang biasa bagi menentukan apa yang membezakan kumpulan yang mempunyai pengalaman paranormal dengan masyarakat umum.

Secara keseluruhan, 44.6 peratus mereka yang mempunyai clairaudience mengaku mendengar suara orang sudah meninggal dunia setiap hari, dan 79 persen mengatakan bahawa mendengar suara orang yang sudah mati adalah perkara biasa dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Manakala sebahagian besar dari mereka mengatakan bahawa mereka mendengar suara orang yang sudah mati dalam fikiran mereka, dan 31.7 peratus mendengar suara orang yang sudah mati yang datang dari dalam dan luar fikiran mereka.

Berbanding dengan orang biasa, mereka yang mempunyai clairaudience mempunyai kepercayaan yang lebih tinggi terhadap makhluk halus dan cenderung untuk tidak peduli dengan cara orang lain melihatnya.

Secara keseluruhan, mereka mula memiliki kemampuan untuk mendengar suara orang yang sudah mati pada usia muda sekitar 21 tahun, di mana mereka mengaku bahawa ketika itu pendengaran mereka menjadi semakin sensitif.

Saintis melihat situasi ini sebagai tekanan yang menyebabkan perubahan kepada hidup atau keadaan mental seseorang itu dengan mula mengabaikan persekitaraannya walaupun terdapat bunyi-bunyi yang menyeramkan.

Kumpula clairaudience juga mengakui bahawa mereka lebih kerap berhalusinasi. Para penyelidik menyatakan, kumpulan ini tidak mendengar dari pengalaman orang untuk mencari jawapan, tetapi sebaliknya mereka mengalami atau berhalusinasi dengan perkara mistik itu sendiri sambil mencari jawapan.

Bagi masyarakat umum pula, tahap pendengaran yang sensitif mempunyai kaitan dengan kepercayaan dengan dunia ghaib, walaupun mereka memiliki halusinasi yang sedikit atau tidak.

Hasilnya, para penyelidik menyatakan bahawa mendengar suara orang yang sudah meninggal dunia bukanlah disebabkan oleh tekanan, hubungan sesama manusia atau taksub dengan dunia ghaib. Sebaliknya, individu-individu yang mempunyai kelebihan ini menemui Spiritualisme melalui pengalaman yang luar biasa dalam hidup mereka.

“Penemuan kami menunjukkan banyak hal mengenai ‘belajar dan keinginan.’ Bagi para peserta kami, prinsip-prinsip Spiritualisme dapat dilihat dengan memahami pengalaman masa kecil yang luar biasa serta fenomena pendengaran yang sering mereka alami sebagai medium latihan,” kata Powell.

“Tetapi semua pengalaman itu mungkin disebabkan oleh kecenderungan tertentu atau kemampuan awal dan bukanlah hanya sekadar mempercayai kemungkinan untuk menghubungi orang yang sudah mati jika seseorang berusaha cukup keras.” -CARI

Sumber: The Vocket
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 21-1-2021 01:12 PM
orang dah mati, mati la. roh dia kat alam kubur tu, alam barzakh. dah dunia lain. kiamat nanti baru dibangkitkan semula.

yang dengar benda pelik-pelik ni, tu setan. dah nama tugas dia menyesatkan manusia. dia menyamar la, cakap pelik-pelik. sampai manusia keliru dan sesat.
termasuk jin.

dari sudut lain pulak, secara klinikalnya, schizophrenia. penyakit mental.

dari sudut sains lain, manusia yang wujudkan corak, pattern dan kaitkan dengan sesuatu walaupun benda tu tak ada apa-apa yang pelik. Diperdaya dek otak sendiri.
ianya berkait rapat dengan apa orang tu pernah dengar, cerita mulut, atau baca buku, atau tengok, movie, tv, etc. idea-idea ni yang mencelarukan minda orang. mind trick. ilusi.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034471 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top