Jempol: "Pendapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.
Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini. Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak. "Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir. Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam. Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal. "Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah. "Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya. Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan. "Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tagas replied at 20-1-2021 02:18 PM
laki mana
seblum ni dok mane
True-X replied at 21-1-2021 06:28 AM
bantuan rm100 sorang pon kene buat majlis ade banner bagai?
monreyes: kat kampung kan banyak umah tinggal.. umah makcik aku bagi org duduk free je.. asal tolong kemas semak samun.. air letrik bayor sendiri
ADVERTISEMENT