DALAM satu hadith RASULULLAH S.A.W. pernah memberitahu bahawa, antara salah satu tempat yang paling disukai oleh para jin adalah sungai ataupun laut. Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W. memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari Jin, dengan membaca : - “ALLAHUMMA inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its.." MAKSUDNYA - "YA Allah, aku memohon perlindungan dari gangguan JIN lelaki dan JIN wanita.." UNTUK makluman, populasi golongan Jin adalah lebih banyak daripada populasi manusia.. MALAH kalau dibukakan hijab untuk melihat alam mereka, kita akan dapat lihat begitu banyak Jin di sekeliling manusia. JIN ada banyak jenis, ada yang tinggal di darat, ada juga yang tinggal di air, di udara dan ada juga yang tinggal dalam tanah.
HANTU air adalah merupakan Jin yang tinggal di air, jin yang tinggal di dalam air juga bukan satu jenis sahaja malah beratus.. FIZIKAL mereka juga beraneka rupa.. ADA yang bentuk macam ikan, macam buaya, macam ular tapi berkepala manusia dan sebagainya. BANGSA Jin juga suka tinggal seperti di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan atau tempat-tempat terpencil lainnya.. NAMUN jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda!! PERKONGSIAN TERUTAMANYA UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM.. DI dalam SUNGAI mahupun di LAUTAN, sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutamanya "Jin Kafir".. JANGAN sesekali ketika anda mahu masuk ke dalam sungai, melafazkan ayat seperti ini : "TOK, Cucu Tumpang Masuk Sungai Ye, Tolong Jangan Kacau!!".. TOLONG Jangan Sekali-kali!! SYIRIK Hukumnya..!! AMALKAN ayat ini ketika masuk ke dalam sungai dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali.. SETIAP langkah di baca doa ini : "SALAMUN a'la sulaiman fil a'lamin" - MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Sulaiman.." SESUNGGUHNYA Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda.. AMALKAN ayat itu, InsyAllah dengan izin ALLAH, tidak akan ada sebarang gangguan ke atas diri anda.. AMALAN doa yang ini juga sangat-sangatlah di galakkan dibaca terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam sungai.. بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim.. "DENGAN nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.." BARANG siapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad): MARILAH sama-sama kita mengamalkannya.. SENTIASA mulakan dengan bacaaan doa, bukan hilai ketawa sebelum masuk sungai!! DOA tambahan untuk mengelakkan dari haiwan buas atau binatang berbisa.. "SALAMUN a'la nuhin fil a'lamin" - MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Nuh.." SEMOGA kita sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T tidak kira dimana jua anda berada.. Aamiin.. Sumber : MuslimGuide
|
ADVERTISEMENT