CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Dan Anak Nazri Aziz Dijangkiti Covid-19, Jalani Kuarantin Di Villa Kelantan

20-1-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16608| Komen: 93

Peningkatan kes Covid-19 menyaksikan beberapa figura politik negara termasuklah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz disahkan positif wabak itu pada Isnin baru-baru ini.

Terbaharu, isteri kepada Ahli Parlimen Padang Renggas itu, Datin Seri Haflin Nazri Aziz memaklumkan bahawa dirinya, anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dan seorang pembantu turut disahkan positif Covid-19 pada tengah hari Selasa.

Menerusi temubual eksklusif bersama mStar, Haflin mendedahkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.

Foto: mstar

"Saya baik-baik saja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari.


"Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif... bagi vitamin, minum banyak air dan buah-buahan.

"Saya yang bawa Datuk Seri (Nazri) ke hopsital pada malam tiga hari lepas. Saya cuba buat saringan, hubungi semua hospital di Kota Bharu tapi hari dah malam.

"Jadi saya perlu tunggu sehinga esok pagi. Semua pembantu, pemandu saya bawa sekali buat saringan. Tengah hari Selasa saya disahkan positif," ujarnya.

Foto: mStar

Kata Haflin lagi, dia sendiri yang menjemput Nazri dari lapangan terbang sejurus dia kembali dari ibu negara baru-baru ini.

Tambahnya lagi, keadaan Nazri juga menunjukkan perkembangan yang bagus dan mereka baru sahaja berhubung melalui panggilan telefon pada Rabu pagi.

"Baru bercakap pagi tadi. Datuk Seri puji Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu. Memang first class katanya.

"Sudah tentu saya dijangkiti daripada Datuk Seri sebab saya bersamanya sejak dia pulang. Lepas habis sidang media, Datuk Seri balik ke Kota Bharu.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah. Jadi saya dengan staff kuarantin dalam kawasan villa yang dah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebelum tahu kena Covid-19, saya sempat berkuda di tepi pantai, buat aktiviti bersenam. Syukur kawasan ini agak luas, jadi kakitangan yang negatif pun dapat kuarantin dalam bilik masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, Haflin sempat menitipkan pesanan buat masyarakat di luar sana agar kekal aktif sepanjang tempoh PKP demi memastikan kesihatan diri terpelihara.

Foto: mStar

"Walau apapun situasi, penting untuk kita kekal sihat dan aktif. Walaupun duduk di rumah, boleh buka YouTube dan buat senaman.

"Perlu minum banyak air, elakkan makanan berminyak dan sebagainya. Badan kita kena sentiasa aktif," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Nazri memaklumkan dia menjalani ujian saringan selepas mendapati dirinya merupakan kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 yang menghadiri sidang akhbarnya pada 12 Januari. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 20-1-2021 02:59 PM
mmg la first class bukannya kena bergelimpangan sebelah menyebelah marhaen kan?
Quote kucingitam 20-1-2021 03:11 PM
tahnya......
Quote lady_bonia 20-1-2021 03:11 PM
Syok ar...kuarantin dekat villa
Quote merrissa 20-1-2021 03:14 PM
villa...ingat sebelah warga asing
Quote natrahn 20-1-2021 03:15 PM
bakingsoda replied at 20-1-2021 02:59 PM
mmg la first class bukannya kena bergelimpangan sebelah menyebelah marhaen kan?

untung la VVIP..rakyat marhaen bersumbat kat MAEPS
Quote mamajawie 20-1-2021 03:16 PM
so so so????dah ko kayangan nak plak ko dok kat maeps sesak2 kan??
Quote juliesha 20-1-2021 03:17 PM
cash lah kot kan? minggu lepas kemain kondem kerajaan abah siap hashtag kerajaan pintu belakang lah apa lah... sekarang tuhan bayar cash
Quote mieymiey 20-1-2021 03:18 PM
Level kayangan, mana nak sama dengan level marhaen.
Quote nuno 20-1-2021 03:20 PM
pegi la masuk MAEPS
Quote batusembilan 20-1-2021 03:22 PM
kkm pun beri kelonggaran skrg unt kuarantin di rumah masing2 asalkan rumah cukup luas dan perlu disiplin. tp risiko kesihatan makin teruk tu kena tanggung sendiri la kot.
Quote sharlenetexas 20-1-2021 03:24 PM
Syukurlah kuarantin kat villa bukannya bersesak kat dewan mpkb.

Quote JunkMail 20-1-2021 03:32 PM
Nazri Aziz kawen dgn anak dia ke?
Quote kelapaparut 20-1-2021 03:36 PM
kuarantin org kaya boleh menyeksi..cube kuarantin dgn rakyat pakai baju hijau duduk bgelimpangan dlm dewan
Quote aint 20-1-2021 03:36 PM
nazri tu mmg poyo... tp lg poyos si haflin... bkn asal dr family aristokrat pun.. cheappp sgt...

camne la di nazri tu blh nikAh dgn dia... ptt cari pompuan lain dr golongan bangsawan yg cantik & educated...
Quote irish_ieka 20-1-2021 03:48 PM
baru la senyap dua ekor ni kalau tk isteri die dok menyalak hentam2 govt wat darurat. ha dh kene kt keluarga sndiri baru pandai diam
Quote caprut 20-1-2021 03:52 PM
aint replied at 20-1-2021 03:36 PM
nazri tu mmg poyo... tp lg poyos si haflin... bkn asal dr family aristokrat pun.. cheappp sgt...

...

Lelaki. Ko letak prempuan mcm sajat pon dorg kongkek malam2. Hari2 biasa kutuk la prempuan mcm sajat.
Quote anwarzashly 20-1-2021 04:06 PM
Perlu ke villa diulang2 10 kali Tu la ko tu vvip..bukan rakyat biasa2
Quote atira 20-1-2021 04:24 PM


.....................................
Quote manehnya 20-1-2021 04:28 PM
lawa dan seksi, tp sayang... suami tua..

ermmm neddy x kata apa ka, adik n papa dia kobid

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070576 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top