CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin Lagi, Norynn Aziz Dah Tak Fikir Nak Tambah Anak

20-1-2021 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7158| Komen: 20

Description: Kembali memegang status isteri pada Oktober tahun lalu, penyanyi Noryn Aziz berkata dia tidak meletakkan keutamaan untuk memperolehi zuriat pada perkahwinan kali ini.
Kembali memegang status isteri pada Oktober tahun lalu, penyanyi Noryn Aziz berkata dia tidak meletakkan keutamaan untuk memperolehi zuriat pada perkahwinan kali ini.

Menurut Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 45, buat masa ini dia dan suami mahu memberi fokus dalam membesarkan anak daripada perkahwinan terdahulu sebaik mungkin.


Kredit foto: IG

"Mendapatkan zuriat bukanlah keutamaan saya dan suami di kala umur saya sudah mencecah 45 tahun.

"Saya dah ada seorang anak lelaki, Umar dan suami pun ada seorang anak perempuan yang berusia 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu suami)... jadi kami dah ada sepasang anak.

"Kalau boleh di usia begini, kami nak menjalani kehidupan yang lebih tenang dan fokus membesarkan anak-anak yang ada.

"Tapi, kita hanya merancang, rezeki Allah kita tak tahu kan," katanya kepada mStar.



Noryn diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 49, pada 13 Oktober tahun lalu di Damansara, Selangor.

Juara program Gegar Vaganza musim kelima itu juga berkata dia bersyukur dikurniakan suami yang memahami kerjaya seni yang sudah diceburinya sejak 25 tahun lalu.

"Saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami kerjaya seni saya, jadi bila saya nak bekerja itu semua perkara jadi mudah.

"Tiada sebarang tekanan atau masalah yang akan timbul sebab dia seorang yang memahami, Alhamdulillah," ujarnya.



Sebelum ini, Noryn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun berpisah pada 2018.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia tujuh tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-1-2021 02:43 PM
Tudung makin terbang ke?

Quote mamajawie 20-1-2021 02:51 PM
hebat dia ni lelaki yang jadi somi dia sume jenis berduit berkepok-kepok
Quote anony-mous 20-1-2021 03:00 PM
mamajawie replied at 20-1-2021 02:51 PM
hebat dia ni lelaki yang jadi somi dia sume jenis berduit berkepok-kepok

Org cantik uols. Sb tu i rasa rugi nya jd cantik tp xkahwin orka
Quote bakingsoda 20-1-2021 03:03 PM
bekas laki tak memahami kerjaya kan?
Quote anwarzashly 20-1-2021 03:54 PM
Suka tengok dia..manis jea
Quote ctamira 20-1-2021 03:57 PM
tahniah le..org cantik senang je dpt pengganti
Quote Zazama 20-1-2021 04:18 PM
Semoga kali ini berkekalan hendaknya.. Amin.
Quote laksmanabentan 20-1-2021 04:56 PM
ctamira replied at 20-1-2021 03:57 PM
tahniah le..org cantik senang je dpt pengganti

rezeki tu uollsss...
Quote Belibis 20-1-2021 04:59 PM
bakingsoda: bekas laki tak memahami kerjaya kan?

Awal2 kawin memahami. Cuma setelah sekian lama baru tak memahami.
Quote tagas 20-1-2021 08:05 PM
Belibis replied at 20-1-2021 04:59 PM
Awal2 kawin memahami. Cuma setelah sekian lama baru tak memahami.

baru2 jinak mendengar kata

lama2 makin degil & liar
Quote theotherfriend 22-1-2021 09:51 PM
Rajin betul kahwin dia ni
Quote jerukkedondong 23-1-2021 12:06 AM
theotherfriend replied at 22-1-2021 09:51 PM
Rajin betul kahwin dia ni

Berapa kali dah dia kawin ye..
Tapi rasanya natasha hudson tetap mendahului carta..
Quote bintangct 23-1-2021 01:08 AM
eh rasanya aritu nmpk mcm dia preggy je.. ke org lain
Quote newyork 23-1-2021 08:25 AM
Dia ni kalau pakai tudung proper cantik ni, tetaplannak berturban..
Quote imanjannah 23-1-2021 08:52 AM
anony-mous replied at 20-1-2021 03:00 PM
Org cantik uols. Sb tu i rasa rugi nya jd cantik tp xkahwin orka

u cakap gini, teringat ada satu kakak. kat kg aku dulu2, dalam tahun 80an dulu, punyalah cantik kakak ni, dlm sekolah tu, aku rasa dia paling cantik, cikgu laki bujang pun ramai nak tackle dia, tapi jodoh akhirnya kahwin tukang kebun sekolah aku, muka mmg la biasa sangat, tapi balik kg baru2 ni terjumpa, comel ank2 nya..
Quote yum3 23-1-2021 09:40 AM
mamajawie replied at 20-1-2021 02:51 PM
hebat dia ni lelaki yang jadi somi dia sume jenis berduit berkepok-kepok

setuju.. dpt tgkap jerung2 aje... tapi idak le cantik mana.. emmmm. rezeki dia  kan...
Quote Incanto 23-1-2021 10:20 AM
ni 3rd marriage dia

aku selalu ingat dia ada anak dgn 1st husband dulu, aku silap orang kot
Quote annadonna 23-1-2021 01:44 PM
45 boleh lagi tu sissss
Quote theotherfriend 30-1-2021 01:42 AM
jerukkedondong replied at 23-1-2021 12:06 AM
Berapa kali dah dia kawin ye..
Tapi rasanya natasha hudson tetap mendahului carta..

Siyes la chuols? Ni yg ke3 kot

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.309000 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top