MARANG - Masjid Sentul Patah yang dibina sejak enam tahun lalu dan sepatutnya boleh digunakan tahun ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan siap sepenuhnya, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk setempat. Setiausaha JKKK Sentul Patah, Mohd Ghazali Mat Amin berkata, kerja pembinaan masjid berkenaan yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu seolah-olah ditangguhkan pihak kontraktor. Mengaku sedikit kecewa dengan perkembangan itu, Mohd Ghazali berharap kerja pembinaan dapat diteruskan kerana ia telah mengambil masa terlalu lama bagi menyiapkan sebuah masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah itu. “Kami harap kerja-kerja akhir pembinaan masjid ini dapat disiapkan segera sebab jika berterusan tidak digunakan, akan berlaku kerosakan di beberapa tempat. Malah kami juga bimbang jika barangan dalam masjid ini dicuri orang,” katanya. Mohd Ghazali berkata, hampir semua kemudahan di masjid berkenaan sudah boleh digunakan, tetapi entah mengapa pihak kontraktor tidak meneruskan kerja-kerja pembinaan akhir, menyebabkan ia tidak dapat beroperasi secara rasmi. Menurutnya, masjid terletak di tepi jalan utama itu sepatutnya boleh digunakan paling lewat tahun ini kerana tiga lagi masjid yang dibina serentak sudah siap dan telah pun digunakan. “Tiga masjid itu ialah Masjid Kampung Raja di Chendering dan dua lagi di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan serta di Kampung Surau Haji Mat Zain, Bukit Payung,” katanya. Sehubungan itu, JKKK Sentul Patah memohon kerjasama pihak kontraktor supaya menyiapkan segera masjid di kampung mereka. Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak kontraktor mengenai kelewatan menyiapkan masjid berkenaan, namun panggilan dibuat tidak berjawab.
|
4
Bagus |
1
Marah |
11
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:03 PM
Aku dah pergi semua negeri kat semanjung, terengganu rasa juara masjid paling banyak dan paling besa ...
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:17 PM
Cantik, zaman idris jusoh banyak bina masjid besar nie, so kira masjid baru lah...
Juadah posted on 1-11-2013 04:31 PM
Sape pernah pegi Jerteh, Besut ??? .. Situ ada satu masjid baru namanya Masjid Ulul Albab. Pada i ma ...
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:03 PM
Aku dah pergi semua negeri kat semanjung, terengganu rasa juara masjid paling banyak dan paling besa ...
ADVERTISEMENT