CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4707|Reply: 46

[Tempatan] Enam tahun bina masih tak siap

[Copy link]
Post time 1-11-2013 03:35 PM | Show all posts |Read mode


MARANG - Masjid Sentul Patah yang dibina sejak enam tahun lalu dan sepatutnya boleh digunakan tahun ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan siap sepenuhnya, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk setempat.

Setiausaha JKKK Sentul Patah, Mohd Ghazali Mat Amin berkata, kerja pembinaan masjid berkenaan yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu seolah-olah ditangguhkan pihak kontraktor.

Mengaku sedikit kecewa dengan perkembangan itu, Mohd Ghazali berharap kerja pembinaan dapat diteruskan kerana ia telah mengambil masa terlalu lama bagi menyiapkan sebuah masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah itu.

“Kami harap kerja-kerja akhir pembinaan masjid ini dapat disiapkan segera sebab jika berterusan tidak digunakan, akan berlaku kerosakan di beberapa tempat. Malah kami juga bimbang jika barangan dalam masjid ini dicuri orang,” katanya.

Mohd Ghazali berkata, hampir semua kemudahan di masjid berkenaan sudah boleh digunakan, tetapi entah mengapa pihak kontraktor tidak meneruskan kerja-kerja pembinaan akhir, menyebabkan ia tidak dapat beroperasi secara rasmi.

Menurutnya, masjid terletak di tepi jalan utama itu sepatutnya boleh digunakan paling lewat tahun ini kerana tiga lagi masjid yang dibina serentak sudah siap dan telah pun digunakan.

“Tiga masjid itu ialah Masjid Kampung Raja di Chendering dan dua lagi di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan serta di Kampung Surau Haji Mat Zain, Bukit Payung,” katanya.

Sehubungan itu, JKKK Sentul Patah memohon kerjasama pihak kontraktor supaya menyiapkan segera masjid di kampung mereka.

Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak kontraktor mengenai kelewatan menyiapkan masjid berkenaan, namun panggilan dibuat tidak berjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 03:42 PM | Show all posts
Marang tu daerah dalam terengganu kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:45 PM | Show all posts
leylapple posted on 1-11-2013 03:42 PM
Marang tu daerah dalam terengganu kan??

yep. dlm tganu gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:48 PM | Show all posts
lamanya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:49 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-11-2013 03:45 PM
yep. dlm tganu gak

hmm...patutlah tak siap2...

maybe masa nak hand over tu, bumbung bocor, siling pecah, paip pecah dalam simen...

so kene hack balik and buat semua..

kebarangkalian jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:50 PM | Show all posts
tapi, takkanlah bagi EOT sampai 6 tahun..selalu buat masjid nie paling lama pun 18 bulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 03:52 PM | Show all posts
apa yg tak siapnyer???nampak ok saja siap cat baru lagih??? ka tak siap bahagian dlm???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:52 PM | Show all posts
lamanya nak siap...nanti bila siap, baru beberapa bulan guna dah roboh lagi naya...list masjid roboh ditrengganu dah berjela panjangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 03:52 PM | Show all posts
pepatah melayu besut ade mengatakan
biar tak siap-siap..dari siap pas tu runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:00 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-11-2013 03:45 PM
yep. dlm tganu gak

Terengganu tuh negeri diperintah umno bn kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:03 PM | Show all posts
Aku dah pergi semua negeri kat semanjung, terengganu rasa juara masjid paling banyak dan paling besar, biarpun kebanyakan sosioekonomi rakyat dia agak mundur banding negeri lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 04:05 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:03 PM
Aku dah pergi semua negeri kat semanjung, terengganu rasa juara masjid paling banyak dan paling besa ...

owh yeke? mesti cantik2 eh masjid kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:17 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-11-2013 04:05 PM
owh yeke? mesti cantik2 eh masjid kat sana

Cantik, zaman idris jusoh banyak bina masjid besar nie, so kira masjid baru lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 04:27 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:17 PM
Cantik, zaman idris jusoh banyak bina masjid besar nie, so kira masjid baru lah...

tu lah. tengok masjid dlm gambar ni cantik walau tak siap sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:30 PM | Show all posts
kontraktor banyak job kot..itu yang tertangguh
yelah sini sapu sana sapu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:31 PM | Show all posts
Sape pernah pegi Jerteh, Besut ??? .. Situ ada satu masjid baru namanya Masjid Ulul Albab. Pada i masjid tu cantik dan unik. Ada ciri2 tradisional. diperbuat drpd kayu. Masa i pegi situ terasa mcm masuk bangunan muzium.


ni  la Masjid Ulul Albab. memang bnyk masjid gah kat Terengganu nih.



ni dalam masjid. siling dia tinggi juga..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2013 04:33 PM | Show all posts
Juadah posted on 1-11-2013 04:31 PM
Sape pernah pegi Jerteh, Besut ??? .. Situ ada satu masjid baru namanya Masjid Ulul Albab. Pada i ma ...

cantiknya masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:36 PM | Show all posts
Sejid banyok.. tapi makmum dok ramai wat nape boh??
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:40 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 1-11-2013 04:03 PM
Aku dah pergi semua negeri kat semanjung, terengganu rasa juara masjid paling banyak dan paling besa ...

tengok tempat gak la kalau kemaman ekonomi sana pesat membangun..situ daerah minyak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:40 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 1-11-2013 04:36 PM
Sejid banyok.. tapi makmum dok ramai wat nape boh??

betul tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071037 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list