Aktor senior Indonesia Ari Wibowo akhirnya terbuka berkongsi cerita mengenai perjalanan peribadinya murtad atau pindah agama. Ari yang kini berusia 50 tahun dilahirkan dan merupakan Muslim beragama Islam. Beliau dilahirkan di Jerman dan berpindah menetap di Indonesia selepas berusia 10 tahun.
Namun, beliau yang cukup terkenal pada era hujung 80-an dan 90-an membuat keputusan menukar agama kepada Kristian. Tanpa menyebut dengan lengkap pada usia berapa beliau menjadi penganut Kristian, Ari mengaku menjadi murtad selepas mengunjungi sebuah gereja kecil di Jerman dan telah 'bertemu' Tuhan. "Sebenarnya, saya lahir sebagai Muslim, ikut agama Islam bapa saya. Saya kan lahir di Jerman, jadi sewaktu di sana walaupun saya beragama Islam, saya pernah mengunjungi sebuah gereja kecil di Konstanz," ujarnya di saluran YouTube Daniel Mananta.
Dia yang juga seorang model berkata, saat masuk ke gereja itulah dirinya 'bertemu' dan 'disapa' Tuhan Jesus. "Tuhan seperti pertama kali memperkenalkan dirinya kepada saya," katanya. Ari yang pernah membintangi sebuah filem Malaysia berjudu Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami pada 2010 itu kemudian memberitahu dia kembali mengunjungi gereja sama dan memperkenalkan tempat beliau murtad kepada isterinya, Inge Anugrah semasa berlibur ke Konstanz pada 2006. Sumber: Gempak |
Aikiko: Sayang betulla...nape eh retis2 indon nie cepat sangat murtad, ramai dah bukan setakat sorg 2Setahu me, pelakon permpuan ayat2 cinta 1 pun da murtad, ...
husna_amal replied at 20-1-2021 09:56 AM
Rugi lah tak sedar islam ni agama yang benar.
ADVERTISEMENT