CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Pemain Bola Boleh, Kenapa Saya Tak Boleh Sujud Syukur?" - Zoey Rahman

20-1-2021 04:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6406| Komen: 23

Tindakan pelakon dan pengacara Zoey Rahman sujud syukur selepas melihat papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya baru-baru mengundang kecamanan warganet.


Kredit foto: IG Zoey

Ditambah pula apabila dalam hantaran dimuat naik itu, Zoey menyatakan susah jumpa papan iklan produk lokal di lokasi sama.

Menjelaskan perkara itu, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.

"Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.

"Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.


"Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua. Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif," katanya.

Mengenai sujud syukur yang dibuat, Zoey berkata tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.



"Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.

"Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.

"Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okey saja," katanya.


Sumber: Harian Metro

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-1-2021 05:34 AM
Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan


Xpernah eh orang tanya nape ko x sujud syukur bile billboard nail. Batak sgt aih.
Quote pxlbb 20-1-2021 06:49 AM
sujud syukur
ngaji quran
bapak hanger
solat pegang anak

semua ni kena ditunjukkan kat medsoc yach tuan puan kalau tak, takde bukti KPI untuk pahala chuols masuk ke saham akhirat

aaagitew
Quote missmeornot 20-1-2021 07:24 AM
Products dia lepas masuk watson so mmg ok la ye..ada ke sesape kt porum ni yg guna products dia..bagus ke
Quote kiah_mai_pulak 20-1-2021 07:27 AM
ketahian apa kah innehhh???
Quote makneng 20-1-2021 07:34 AM
Boleh bukan tak boleh.. Ko nak buat solat sunat dua rakaat kat depan billboard ko tu pun boleh noks!
Quote Redmyvi 20-1-2021 07:45 AM
tak tnjuk pun tak paa.. tak dak sapa pun pertikai.. hang ja insecure dan nak kan perhatian..

Aku kalau lalu highway nampak billboard produk tempatan bersepah tepi highway tak penah tergerak hati nak beli pun produk tu.. tapi kalau nampak billboard makanan kfc ka mcd dan2 lapaq
Quote Nenasketum 20-1-2021 07:54 AM
Ya awloh, rumah aku dekat ngan KLCC, haram satu bilboard aku tak perasan. Canner nak kenali produk ko dik?
Quote mieymiey 20-1-2021 07:59 AM
Okay la tu heshe sujud syukur kat rumput, jangan kang heshe sujud syukur dalam vellfire
Quote Kancilkering 20-1-2021 08:04 AM
tgk salah and mane buat....x salah pun....

Quote Mawar91 20-1-2021 08:53 AM
Edited by Mawar91 at 20-1-2021 08:59 AM
pxlbb replied at 20-1-2021 06:49 AM
sujud syukur
ngaji quran
bapak hanger


Husnuzon je la chouls..maybe mmg untuk kebaikan follower jadi inspirasi gituu
Quote BoongaKertas 20-1-2021 09:54 AM
iols suka mamat ni masa citer bong dulu. dgn ikhwan dj radio tu.
Quote husna_amal 20-1-2021 10:05 AM
Kalau keluar iklan kat tv macam mana lah gayanya pula.
Quote Boomibulat 20-1-2021 10:35 AM
Edited by Boomibulat at 20-1-2021 10:37 AM

Ni cara salah..
salah.png

Quote Kpoplovers 20-1-2021 10:37 AM
yelah,nape x boleh..peliklah
Quote Joysparta 20-1-2021 01:05 PM
byk duit dia..btw produk dia utk pompuan ke laki???
Quote kelapaparut 20-1-2021 01:10 PM
Boomibulat replied at 20-1-2021 10:35 AM
Ni cara salah..

btul la tu ape yg salahnye sujud tu..lainlah depannye tibe2 ade patung dewa gajah yg ade beratus tgn warne biru tu
Quote Boomibulat 20-1-2021 01:12 PM
kelapaparut replied at 20-1-2021 01:10 PM
btul la tu ape yg salahnye sujud tu..lainlah depannye tibe2 ade patung dewa gajah yg ade beratus t ...

Maksud saya nama beliau Mohamad Salah..
Quote Sagiez85 20-1-2021 01:37 PM
Pemain bola tu sujud syukur betul2 lepas baru jaringkan gol ataupon lepas reff bunyi wisel penamat. Reaksi spontan sesaat dua bila benda tu berlaku. Bukannya gigih siap cari port baik dulu, adjust position ape suma siap dengan amik video khas utk tunjuk ko tgh sujud syukur.
Quote amyfaha 20-1-2021 02:59 PM
Edited by amyfaha at 20-1-2021 03:03 PM

Dia ni mcm sendiri yg bayar reporter utk up citer.. dulu senyap je,skrg dandan konon asyik dikecam dirogol dicabul.bosan makin sangap perhatian.memang modul operandi orang2 bersifu berguru ni lebih kurang sama ke ye?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050666 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top