CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peruncit Diarah Hadkan Jual Minyak Masak Paket

19-1-2021 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2907| Komen: 9



GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengarahkan peruncit di negeri ini mengehadkan penjualan minyak masak paket satu kilogram bagi mengelak pembelian berlebihan.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata penjualan minyak masak dihadkan dua hingga lima paket seorang.

Beliau berkata, setakat ini, bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi.

"Kita sudah mengeluarkan arahan kepada peruncit supaya mengehadkan penjualan minyak masak bagi sekilogram.

"Cuma kita terima beberapa aduan mengenai kenaikan harga minyak masak dalam botol baru-baru ini dan sudah pergi ke semua peringkat termasuk kepada peruncit dan pemborong bagi meninjau keadaan," katanya kepada media di sini, hari ini.


Mohd Ridzuan ditemui selepas melakukan tinjauan harga barangan di sebuah pasar raya di sini.

Sementara itu Abdul Halim berkata satu Jawatankuasa Penggerak Pengguna Pulau Pinang akan ditubuhkan di peringkat negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan bekerjasama dengan KPDNHEP selain dianggotai oleh individu dalam bidang kepenggunaan.

"Ia akan ditubuhkan di semua 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) di Pulau Pinang," katanya.


Sumber ; Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-HBZ 19-1-2021 11:19 PM






GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengarahkan peruncit di negeri ini mengehadkan penjualan minyak masak paket satu kilogram bagi mengelak pembelian berlebihan.


Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata penjualan minyak masak dihadkan dua hingga lima paket seorang.


Beliau berkata, setakat ini, bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi.


"Kita sudah mengeluarkan arahan kepada peruncit supaya mengehadkan penjualan minyak masak bagi sekilogram.


"Cuma kita terima beberapa aduan mengenai kenaikan harga minyak masak dalam botol baru-baru ini dan sudah pergi ke semua peringkat termasuk kepada peruncit dan pemborong bagi meninjau keadaan," katanya kepada media di sini, hari ini.


Mohd Ridzuan ditemui selepas melakukan tinjauan harga barangan di sebuah pasar raya di sini.


Sementara itu Abdul Halim berkata satu Jawatankuasa Penggerak Pengguna Pulau Pinang akan ditubuhkan di peringkat negeri.


Jawatankuasa berkenaan akan bekerjasama dengan KPDNHEP selain dianggotai oleh individu dalam bidang kepenggunaan.


"Ia akan ditubuhkan di semua 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) di Pulau Pinang," katanya.




Sumber ; Berita Harian
Quote rocksteady 19-1-2021 11:26 PM
pkp punya pasal.semua dok rumah masak2 makan repeat. minyak habis gi kedai..kedai tak cukup stok,, pemborong pun mula lah main harga sebab banyak demand
Quote sharlenetexas 20-1-2021 12:01 AM
Dari dulu lagi memang had dua peket.

Quote Perawankota 20-1-2021 12:35 AM
Dah mula dah nak manipulate barang
Quote chinta89 20-1-2021 01:44 AM
Tak habis2 buat naya pengguna
Quote Catpaw 20-1-2021 02:42 AM
Dah nak raya cina ngan thaipusam
Quote makneng 20-1-2021 07:33 AM
Nak kena makan rebus2 and stim2 je ke camne ni? {:question
Quote mijot 20-1-2021 08:03 AM
minyak paket kt area aku memang dihadkan 2 paket/pelanggan...
kenyataan kpdnkk tak selari dgn kata menteri..menteri kata jgn risau brg mencukupi
Quote n3ar 20-1-2021 12:12 PM
dekat2 raya cina punya pasal ker camne....

selalu dekat2 raya mesti jadi isu ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.080556 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top