CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dibunuh Kerana Disangka Ibu Seekor Kambing

19-1-2021 05:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2089| Komen: 7

Bayi lapan bulan maut dipukul selepas ibunya mempercayai dia adalah seekor kambing.

Memetik Times of India, sejurus kejadian berlaku di daerah Ashok Nagar, India itu, wanita penduduk kampung Churari ditangkap berikutan laporan polis dibuat bapanya mengenai pembunuhan tersebut.


Menurut anggota keluarga suspek, wanita berkenaan, Rashmi Lodhi keluar rumah bersama bayi lelaki pada petang Sabtu sebelum pulang ke rumah dengan membawa bayi dalam keadaan berlumuran darah beberapa jam kemudian.


Gambar hiasan

Suspek berkata, "Dia seekor kambing dan saya telah menghantar di tempat sepatutnya dia berada".

Disebabkan panik, keluarganya pada mulanya ingin menrahsiakan perkara itu.

Ibu Rashmi membungkus mayat bayi itu dengan kain dan membawa mangsa ke hospital dengan mendakwa dia jatuh ketika menuruni tangga. Bagaimanapun, bapa Rashmi, Jankiprasad bertindak sebaliknya dengan membuat laporan di balai polis pada pagi Ahad.


Mayat mangsa kemudian dihantar untuk bedah siasat dan polis merampas sebilah kapak sebagai bahan bukti.

Hasil siasatan mendapati, suspek berkahwin dengan lelaki bernama Laxman Lodhi dua tahun lalu dan mereka tinggal di Indore. Dia kembali ke rumah orang tuanya di kampung berkenaan sekitar dua bulan lalu dan Rashmi disyaki mengalami gangguan mental. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-1-2021 08:30 PM
Kena penyakit meroyan?
Quote kuzaime 18-1-2021 08:42 PM
Gila meroyan lah kot ni, kalau dlm keadaan waras xkan dia tergamak utk bunuh anak sendiri
Quote raihaneem 18-1-2021 09:30 PM
Ibu baby ni ada mslh mental ni...kalau ya pun kambing..buatpa nak pukui smpai mati..
Quote ladyzens 19-1-2021 09:17 AM
mental problem ni
kalau normal takde bagi alasan nampak mcm kambing
Quote Bholatchomel 19-1-2021 06:07 PM
Kesian.. Meroyan ni.
Quote Artemesiaa 19-1-2021 06:10 PM
Gila meroyan sian family tak perasan dari awal kalau tak bayinya pasti dapat diselamatkan
Quote najib888 19-1-2021 06:25 PM
Cerita bab meroyan ni, aku pernah alami satu pengalaman yg agak menakutkan. Masa dok PJ, aku slalu gak jogging kat Taman Jaya. Ada satu petang tu, ada sorang kakak ni, berbaju kurung + mini telekung, sedang dukung anak. Dah 3 round pusing, baru kawan aku bagitau. Hang tak perasan ka pompuan tu? Awatnya? Hg tgk, dia bukan dukung baby, tapi dukung patung baby.

Dah le mekap tebal lain macam, lipstick merah menyala.. asyik senyum sorang2..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.147839 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top