CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Mak Lampir' Meninggal Dunia Akibat Covid-19

18-1-2021 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3735| Komen: 9

Aktres veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.


Kredit foto: IG cucu Farida


Lapor CNN Indonesia, berita kematian itu dikongsikan cucunya, Ify Alyssa pada Ahad menerusi Instagram.

“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.

Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.

"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.



Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.

Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SkinnyLejen 18-1-2021 03:27 PM
Innalillahi Wainna Illaihirojiun
Lejen ni. Peneman ketika zaman VCD mendonia. Memori waktu kecik.
Quote Kurex 18-1-2021 03:32 PM
Iols layan mula2 je mak lampir ni. Lepas tu makin mengarut, iols tak layan + rumah takde vcd
Quote Zazama 18-1-2021 09:58 PM
Semoga roh arwah dicucuri RahmatNya.
Quote ejans 19-1-2021 09:55 PM
Innalillah..
Dialog kerap mak.lampir
Tunggu pembalasann kuu
Quote Nenolen 19-1-2021 10:12 PM
Innalillah...mak lampir favorite vcd arwah mak dan abah...kaka khatam sekali nonton masa pantang anak pertama kat kg...Al Fatihah buat semua...
Quote liyamariska 20-1-2021 12:23 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote Artemesiaa 20-1-2021 07:05 PM
Takziah buat keluarga beliau
Quote any42 21-1-2021 03:47 PM
Salam takziah. Teringat zman skolah dlu smua sibuk dgn mak lampir smpai tido pun on lampu
Quote MadameOnion 21-1-2021 04:03 PM
wahhh ada iras mamazat perut sejuk telapak kaki suami..makna kata cantiklah kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.040497 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top