CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Lepas Suntik Tidur Saya Lebih Lena" Ariel Noah Antara Terawal Terima Vaksin Covid-19

17-1-2021 02:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3423| Komen: 9



Penyanyi kumpulan Noah, Ariel berkongsi pengalaman selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah hospital di sini, kelmarin.

Ariel berkata, dia bersyukur apabila tidak berdepan sebarang kesan buruk sebaliknya tidurnya kini lebih nyenyak.

"Setakat ini tidak ada kesan teruk berlaku. Ketika menerima suntikan saya tak rasa sakit, tapi selepas beberapa jam tangan sakit sekejap. Malah tidur saya juga lena. Bangun pagi semuanya baik-baik saja, sakit di tangan hilang, badan pun rasa normal," katanya. 

Ariel antara individu terawal yang menerima vaksin Covid-19 di Bandung. Dia dipilih sebagai salah satu daripada 10 tokoh di Bandung yang menerima suntikan vaksin. 

Menurut Ariel, dia tidak menerima sebarang layanan khas daripada pihak kerajaan mahupun individu kenamaan apabila dilantik menjadi orang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19. 

Ariel berkata, undangan itu datang dari pemerintah Kota Bandung kerana namanya didaftarkan sebagai penduduk Bandung.

"Saya dihubungi oleh pemerintah Kota Bandung untuk bersiap sedia untuk menerima suntikan vaksin. 

"Saya beritahu saya sudah bersedia, tetapi saya tetap ingin tahu jenis vaksin, apa yang bakal dilakukan serta kesan sampingan paling ringan dan teruk yang bakal saya terima nanti," katanya. 

Katanya, ada beberapa langkah yang harus diambil sebelum menerima vaksin iaitu bermula dengan mengisi borang sejarah kesihatan serta pemeriksaan keadaan tubuh badan. 

"Selang 14 hari kemudian saya akan disuntik sekali lagi untuk peringkat kedua," katanya. 


Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 17-1-2021 03:05 AM
luna dah suntik ke

harap ok lah.bahaya juga tiba2 rajin tido ..takut badan jadi lesu
Quote kakakpositifker 17-1-2021 08:49 AM
Cepat pula negara dia dapat suntikan ye. Malaysia masih dalam saringan.
Quote kaedahnya 17-1-2021 10:29 AM
hensem dia ni. lelaki kalau dia hensem & tau dia hensem, awek dia selalunya bukan beshe beshe.
Quote LadyCarefree 17-1-2021 11:27 AM
kakakpositifker: Cepat pula negara dia dapat suntikan ye. Malaysia masih dalam saringan.


Diorang ada agreement spesel dengan china
Quote adikfatin 17-1-2021 12:35 PM
Aku lepas tertengok image kat  google dia meluxah dgn 2 artis indo tu terus tak minat dah ariel ni. Cimpanzi betullll. Ehhhhh menyesal minat. Ehhh babinya
Quote Rahah 17-1-2021 01:14 PM
Ariel ambil vaksin negara mana... Takde dalam article...
Quote Cassieopeia 17-1-2021 10:14 PM
Amboi tercalon 10 tokoh bandung dia ni? Erm dde tokoh lg elok ke
Quote Analisaxx 2-2-2021 02:31 PM
kakakpositifker replied at 17-1-2021 08:49 AM
Cepat pula negara dia dapat suntikan ye. Malaysia masih dalam saringan.

Vaksin ni banyak brand & pengilang kakak. Indonesia ambik dari Sinovac China dan kita untuk clinical study 3rd phase tu dari China juga tapi different brand. Yang akan sampai dan untuk frontliners end Febuary dari Pfizer.
Apapun I agree with you, we are way behind them and many other countries
Quote farhani87 9-2-2021 09:03 AM
ohh orang bandung ke rupanya dia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.125048 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top