CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PKP Bertemu PKP, Kak Ogy Belum Setel Hutang Lagi - "Dia Memang Handal"

15-1-2021 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28120| Komen: 208

Kredit foto: IG Ogy


Sebelum ini, penerbit dan pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy pernah didesak untuk melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung. 

Walau bagaimanapun, pelakon itu akui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini.



Terbaru, penulis skrip teater tersebut, Aloy Paradoks sekali lagi tampil memaklumkan bahawa sehingga sekarang bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh pihak produksi Ogy Ventures & Network.

Menurut Aloy, bayaran bagi penulisan skrip olehnya masih belum diselesaikan walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. 




Sekitar Mei tahun lalu, Ogy didesak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa kru dan artis terbabit dengan pementasan teater tersebut antaranya pengarah teater Khir Rahman dan Syura Badron

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib penulis ini. Malah, Adibah Noor turut meninggalkan komen dengan meletak emoji kecewa.



Tak kurang juga yang meminta agar pihak seniman tampil membantu artis teraniaya ini. 


Kredit foto: Twitter

Terdahulu, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat yang juga pelakon teater itu pernah membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras berhubung isu ini kerana pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu.


Sumber: OhBulan


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 15-1-2021 03:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke org?
berdiri di atas bakat sndiri kurangkan kontroversi
zasssssssss cing
hahahaha
Quote newyork 15-1-2021 04:10 PM
star child tp tu lah  adik dia ke kakak dia yg selalu belakon drama tu ok ja tgk..guano dia ni bermasalah...
Quote anilanil 15-1-2021 04:53 PM
Apa bole buat... sejenis pe'el kuin tak jadi...
Quote Nenasketum 15-1-2021 04:55 PM
newyork replied at 15-1-2021 04:10 PM
star child tp tu lah  adik dia ke kakak dia yg selalu belakon drama tu ok ja tgk..guano dia ni berma ...

Adik dia tu Fazlina. Dia kawen mamak dan beranak 4-5 tah. Lakinya jaga dia, dia jaga laki. Anak dah besor baru dia berlakon balik. Dedulu hakaknya pernah amik berlakon dlm Ogy’s Production, kaku maku, pastu kawen.
Hakaknya si Ogy stuck in the past, dia primadona paling hot lah, Ag***g tergilakan dia lah. Semua tu betul tapi dah berlalu, move on lah and be humble macam the Azizs’ sisters Azlina & Lina.
Quote laksmanabentan 15-1-2021 04:58 PM
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 03:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...

kalau nak ulang2 pelakon terbaik wanita, da berlambak2 da pelakon terbaik wanita nih...
better repeat jer la anak saadiah dan ahmad daud, kan rare...

da itu aja modal yg ada... nak wat camna bro...


Quote kakakpositifker 15-1-2021 05:25 PM
kadang2 tgk dia ni ada gaya lagaknya juga
Quote lavendernovella 15-1-2021 05:31 PM
Bukan producer kena keluar modal siap2 ker baru kerja jalan. Mmg cenggini ker style industri hiburan kat malaysia. Takder bayar apa2 kerja jalan sampai siap..?
Quote pakwetizzaqyah 15-1-2021 05:40 PM
laksmanabentan replied at 15-1-2021 04:58 PM
kalau nak ulang2 pelakon terbaik wanita, da berlambak2 da pelakon terbaik wanita nih...
better re ...

hahahaa
boleh lak cmtu ye bro
harap jd kes tk bayor utang ni
move on la dri jaja diri tu anak saadiah ngn ahmad daud
dua2 tu pun dah arwah
generasi baru ni pun tk smpat tngk arwah berdua tu, tk kenal pun sapa kalau nenek atuk diorang cerita
aku ni smpat gak la tengk arwah ahmad daud tu berlakon drama tv masa aku kcik2 dlu
Quote pakwetizzaqyah 15-1-2021 05:41 PM
Nenasketum replied at 15-1-2021 04:55 PM
Adik dia tu Fazlina. Dia kawen mamak dan beranak 4-5 tah. Lakinya jaga dia, dia jaga laki. Anak da ...

agXXg?
btul ke?
huih dahsyat ahkak ogy
hahahahaha
Quote jijilaaa 15-1-2021 05:41 PM
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 03:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...

dak2 skang termasuk aku tak kenal pun dan tak tau pun kemahsyuran nama mak apaknya

dah tak relevan dah dok sebut menda tu je

ogy ni tak perasan ke? cite zaman mak apaknya bukan mcm cite p ramlee yang ditayang berulang kali smpai org nak kenal
Quote Tinot7 15-1-2021 05:43 PM
sapa mak  pak dia?
Quote pakwetizzaqyah 15-1-2021 05:46 PM
jijilaaa replied at 15-1-2021 05:41 PM
dak2 skang termasuk aku tak kenal pun dan tak tau pun kemahsyuran nama mak apaknya

dah tak rele ...

tapi lagu ahmad daud hari2 kluar radio klasik
ahmad daud penyanyi top
saadiah pelakon wayang top
tp tu dulu la
Quote sleepandream 15-1-2021 05:49 PM
sumpahla tak setel lagi?
haiyoooo rasanya aritu ramai gila orang tolong biznes sheols...
rakan2 artis promote sana sini...
lepastu sheols pun dpt job belakon...
masih tak setel?
Quote LadyCarefree 15-1-2021 05:50 PM
pakwetizzaqyah replied at 15-1-2021 02:40 PM
aku perasan ogy ni kalau mengacara msti nk jual yg dia tu anak saadiah ngn ahmad daud
heran sngt ke ...

Jual sambal pun guna nama mak
Quote TomyamPuteh 15-1-2021 05:51 PM
Kak ogy ni time muda2 dlu tersangat la cantiknya
Quote Nenolen 15-1-2021 05:54 PM
TomyamPuteh replied at 15-1-2021 05:51 PM
Kak ogy ni time muda2 dlu tersangat la cantiknya

Itulah...tersangat lah cantik dan manja gedik keletahnyer...awat lah jadi mcm nie...kak ogy depress ker...
Quote MontanaHannah 15-1-2021 06:05 PM
Xde berduit Ogy ni...org tua sengkek hutang merata.
Quote chinta89 15-1-2021 06:56 PM
X pernah suka dia ni {:nose
Quote laksmanabentan 15-1-2021 07:11 PM
sleepandream replied at 15-1-2021 05:49 PM
sumpahla tak setel lagi?
haiyoooo rasanya aritu ramai gila orang tolong biznes sheols...
rakan2 ar ...

jual sambal sebab nak meneruskan kehidupan sis...
zaman2 covid ni semua terkesan...

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top