CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamat Tinggal Masalah Beg Berat, Buku Teks Sekolah Kini Dalam Versi Digital

15-1-2021 01:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7082| Komen: 62




Kami yakin semua pasti setuju antara topik yang paling kerap dibangkitkan mengenai pelajar sekolah adalah isu beg yang berat disebabkan buku-buku teks. Malah isu ini sudah diperbincangkan bertahun-tahun lamanya.

Namun situasi ini bakal berubah bermula tahun 2021 ini selepas Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berjaya membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’


Aplikasi ini dijangka memudahkan para pelajar sekolah mendapatkan buku teks sekolah yang diperlukan mereka secara digital.


Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan kehadiran aplikasi ini akan memberi akses kepada buku teks sekolah secara digital buat murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan khususnya di kawasan yang sedang melaksanakan PKP hingga 26 Januari.

Tambah mereka lagi, aplikasi ini membolehkan murid mengakeses buku teks digital di mana-mana dan pada bila-bila masa dan sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).



Yang menariknya, mereka turut memaklukan bahawa capaian internet tidak diperlukan sekiranya aplikasi tersebut telah dimuat turun.

Perkara sama turut dikongsikan PKB menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka.

“Perbadanan Kota Buku berbesar hati untuk mengumumkan bahawa buku teks sekolah di bawah KPM kini boleh didapati dalam bentuk digital. Satu usahasama bagi membantu anak-anak pelajar mendapatkan akses secara mudah” katanya.



Dalam pada itu KPM turut memaklumkan yang pelajar juga boleh boleh mendapatkan buku teks digital yang diperlukan dengan memuat turunnya melalui portal DELIMa di lini : www.moe-dl.edu.my.

Aplikasi ini KPM eTextbook Reader boleh dimuat turun secara percuma dan dipasang ke dalam peranti pintar anda. Untuk pengguna Android tekan di sini dan manakala pengguna peranti iOS tekan di sini.

Namun hasil pemerhatian kami, aplikasi ini setakat ini hanya menawarkan buku teks digital bagi sekolah menengah iaitu untuk pelajar tingkatan 1 – tingkatan 5.

Jadi buat ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah, mungkin anda perlu menunggu sedikit masa lagi.



Sumber : Buzzkini
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsamz 15-1-2021 01:53 AM
Dunia pendidikan serba baru..takleh bayangkan apa terjadi utk anak2 kita 5 tahun akan dtg
Quote sikatkutu 15-1-2021 01:57 AM
maksudnya bila sekolah dibuka semua berlenggang kangkung je ke.. duhhh macam tak feel je ke sekolah macam tu. semangat tu terletak kat beg
Quote Perawankota 15-1-2021 03:01 AM
Maknanya kena ada laptop lah setiap student.. Kesian pada sapa yg x mampu
Quote pyropura 15-1-2021 03:30 AM
So, berapa  menteri dapat komisen nih?
Quote Adrif 15-1-2021 04:26 AM
sikatkutu replied at 15-1-2021 01:57 AM
maksudnya bila sekolah dibuka semua berlenggang kangkung je ke.. duhhh macam tak feel je ke sekolah  ...

masa kita sekolah dulu, bila eh.. 12 tahun lepas kut form 5.. rasanya
buku teks, pinjaman. tapi cikgu bukan guna pun. kecuali subjek sains dengan sejarah. itu je. yang lain, kami semua tinggal bawah meja.
bawa balik rumah buku tulis, buku latihan, buku amali, etc etc etc.

so, lenggang kangkung tu tak la kut. lagi2 homework bertulis bagai.
kita pun setuju buku teks jadi digital. nak baca slide je.
budak sekarang lain cara mereka. 10 tahun lagi nanti berubah lagi, nanti diorang pakai hologram je
Quote sukacactus 15-1-2021 06:53 AM
sikatkutu replied at 15-1-2021 01:57 AM
maksudnya bila sekolah dibuka semua berlenggang kangkung je ke.. duhhh macam tak feel je ke sekolah  ...

Buku teks tu kenkadang je buka
Yg byk buku kerja, buku tulis (1 subjek sampai 3,4 buku)
Quote dua_chzy 15-1-2021 06:57 AM
Adrif replied at 15-1-2021 04:26 AM
masa kita sekolah dulu, bila eh.. 12 tahun lepas kut form 5.. rasanya
buku teks, pinjaman. tapi c ...

Tu dulu. Buku teks sekarang dah haptudet, dah menarik. Cikgu2 memang guna 100% buku teks sekarang ni.
Quote Tinot7 15-1-2021 07:19 AM
Kena ada laptop kan?
Yg tak mampu camana?
Quote ninja9 15-1-2021 07:32 AM
Tinot7 replied at 15-1-2021 07:19 AM
Kena ada laptop kan?
Yg tak mampu camana?

harap disediakan juga buku teks..

Quote Tinot7 15-1-2021 07:35 AM
ninja9 replied at 15-1-2021 07:32 AM
harap disediakan juga buku teks..

Mereka buat dua cara harapnya. Supaya tiada pelajar tercicir..
Quote makneng 15-1-2021 07:37 AM
Wahhh ni la angan2 mak time sekolah 20-30 thn lampau . Pegi sekolah x payah pikul buku teks byk2. Kalau ringan tak pe. Sanggup mak tinggal buku teks balik papan hitam
Quote BarbiePink 15-1-2021 07:57 AM
Somehow iols tetap nak versi buku
Digital untuk budak sekolah
Akan mengurangkn kefokusan deyols
Kalau tak nak budak2 bwa buku
Berat2 kat sekolah
Apakata sediakan tempat dlm cls
Untuk tinggalkan semua textbook
Just bwa workbook and exercise
Come on lets memory still remain
Jadi budak sekolah bwa buku{:love
Quote mbhcsf 15-1-2021 08:12 AM
Edited by mbhcsf at 15-1-2021 08:18 AM

Dulu buku teks Alam dan manusia sekolah rendah, circa 1988 ....hahaha - kalau baca tak ada content , dia tanya soalan kat kita balik.... so nak ulang kaji pakailah buku nyamuk...SASBADI semua tu , sapa sapa yg ingat time time tu, .hahahah, tapi now i tengok buku teks Add maths pun menarik dan makin menipis ye, compared to 1990s.

baguslah kalau e textbook sebab sepatutnya begitu.

kurangkan beban fizikal bawa beg ke sekolah yg berat, dan tak baik beg berat digalas  untuk posture belakang kekanak sekolah pun. Bawa seret kan la ni.

tapi...para ibu bapa kena aware about screening time aje , dankesannya penglihatan mata anak anak. So , galakan anak anak melihat persekitaran luar
20 seconds rules applied.




https://www.youtube.com/watch?v=W05FV785NY4
Quote kikuri 15-1-2021 08:30 AM
buku teks sekarang ni takde lah tebal sangat... lagipun sekolah anak meols memang tinggal buku teks kat sekolah.. kalau ada homework baru bawak balik.. jadi beg tak la berat sangat... mana nak sumbat bekal...botol air lagi
Quote alieyrina 15-1-2021 08:53 AM
bag kena beli 2x setaun..seret sampai hitam bag..geli pun ada..adehh
Last sekolah ritu bag anak aku masih berat..
Quote depresio 15-1-2021 08:56 AM
So bila sekolh buka nanti boleh bawak hp ke laptop ke ipad gi sekolah x?
Quote akies 15-1-2021 09:15 AM
Kalau sebagai alternatif kerana buku teks masih tak dapat lagi, iols setuju je.
Sebab nak rujuk dan minta anak baca masa pkp ni. Nak tunggu sekolah buka ntah tak tau bila.

Tapi buku fizikal tetap menjadi pilihan.
Janganlah dimansuhkan.
Quote nanies 15-1-2021 10:09 AM
golongan yg tak mampu camne??
Quote snowflakes 15-1-2021 10:13 AM
Tak rosak mata ke mengadap skrin banyak sgt... belajar tengok skrin... nanti nak main game lagi.... tengok youtube lagi... buku teks takde la berat sgt pun... subjek pun sehari ada 5 atau 6 je... tolong anak2 kemas bag sama sebab budak kalau kemas beg sendiri semua benda dia letak... ajar anak tengok jadual

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043318 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top