CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Kedua PKP : Tengah-Tengah Bandaraya Kuala Lumpur Lengang, Bukti Rakyat Patuh SOP

14-1-2021 11:40 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5552| Komen: 40




KUALA LUMPUR : Pada Isnin lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa negeri di Malaysia sekali lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan bermula 13 Januari lalu bagi mengawal penularan wabak yang kian mendadak seterusnya melandaikan lengkung statistik Covid-19.

Menariknya, perkongsian di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan keadaan lengang di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada hari kedua PKP dilaksanakan. 

Gambar-gambar berikut  dirakam jam 1 petang tadi oleh Harun Tajudin membuktikan kepatuhan orang ramai kepada arahan tidak keluar rumah untuk mengurangkan pergerakan. 




Bagi yang masih perlu ke tempat kerja, patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah pencegahan. 

Dalam tempoh 2 minggu ini amat penting untuk kita sama-sama  memutuskan rantaian jangkitan #covid19 dan menurunkan kes yang dapat dilihat selepas 2 minggu ini berakhir. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 14-1-2021 11:44 PM
Bulan 10 kenapa longgarkan sekatan pkpd? Haha. Geram pula rasa.
Quote Tinot7 14-1-2021 11:58 PM
Bila iols tgk jambatan dekat dgn kubur tu, iols tingat kat ayam... dah jadi rendang ke apa?
Quote chinta89 15-1-2021 12:32 AM
Semoga pengorbanan semua org bjaya tangani covid
Quote rocksteady 15-1-2021 01:05 AM
tapi baca komen2 kat page kkm tu ramai kata gambar2 lama masa pkp tahun lepas. kenapa pulak cakap pkp tahun ni
Quote rogayahtop 15-1-2021 01:38 AM
Kuat beno menipunye. Traffic kat KL ni ada live feed pun.
Quote AbukRokok 15-1-2021 01:56 AM
rogayahtop replied at 15-1-2021 01:38 AM
Kuat beno menipunye. Traffic kat KL ni ada live feed pun.

xkanla kkm nak menipu
Quote sikatkutu 15-1-2021 02:03 AM
haiya...betul ke orang kl. rasanya ramai je kerja kehulu kehilir
Quote pyropura 15-1-2021 03:05 AM
Marhaen yg.bodo je patuh. Kayangan menteri.bergaji 50k gelak sinis je nengok marhaen bodo
Quote wnwa05 15-1-2021 03:08 AM
rocksteady replied at 15-1-2021 01:05 AM
tapi baca komen2 kat page kkm tu ramai kata gambar2 lama masa pkp tahun lepas. kenapa pulak cakap pk ...


tu la pasal.siap ada yg komen suruh kkm check dekat sebenarnya.my sebelum sebar

Quote wnwa05 15-1-2021 03:09 AM
CiliPadiSedap replied at 14-1-2021 11:44 PM
Bulan 10 kenapa longgarkan sekatan pkpd? Haha. Geram pula rasa.


atas alasan ekonomi dan keadaan masih terkawal katanya



Quote Perawankota 15-1-2021 03:22 AM
Ada yg kata lengang, ada yg kata tak.. Tapi mall mmg lengang selengang2nya. Jalan Lepas pukul 8pm mmg dh lengang. Siang2 aku x tau lah jalan mcmana.
Quote ajinomotonosuga 15-1-2021 04:49 AM
Buruk sungguh ghuper kolompo di siang hari..
Quote darkness 15-1-2021 05:03 AM
Abg iols kata yg tinggal dkt sana sunyi ja...mudah2an la. Sabah ni mcm biasa ja
Quote lattehazelnut 15-1-2021 05:30 AM
Tempat i pj pun lengang..
yang xpatuh biasanya kws, u know la..
Quote noor2 15-1-2021 06:10 AM
Betul ke lengang.... akak pi kerja sejauh 30km byk je kereta dan x jumpa 1 polis pun ...
Quote rbmy 15-1-2021 06:58 AM
mai tgk sini belah2 sabah labuan ni.. hahahahhaa cam takde apa
Quote dodolgemok 15-1-2021 07:16 AM
Gmbar lama katanya. X sangka admin kkm terpaksa(atau mmg) jadi cacai abahcow. No hope dah gomen abahcow ni.
Quote AbukRokok 15-1-2021 08:15 AM
noor2 replied at 15-1-2021 06:10 AM
Betul ke lengang.... akak pi kerja sejauh 30km byk je kereta dan x jumpa 1 polis pun ...

senyap2 dah la.... kang polis letak setiap 1 km pulak aduhhhh
Quote darkness 15-1-2021 08:31 AM
rbmy replied at 15-1-2021 06:58 AM
mai tgk sini belah2 sabah labuan ni.. hahahahhaa cam takde apa

Mentality sejenis sabah. Kalau ada pulis baru takut, xda pulis katanya pkp tidak ketat. Walhal dari dulu suda dicakap pasal sop mcm2, tapi masing2 buat bunguk. Mau juga ada pulis depan mata baru mau ikut peraturan

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059763 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top