CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong, Dah Lima Hari Kami Terperangkap, Tak Ada Makanan"

14-1-2021 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2866| Komen: 8

Beluran: "Tolong, kami perlu bantuan dan bekalan makanan dengan segera," kata mangsa banjir, Laila Kiling, 40, di Kampung Simpangan, Paitan, yang terperangkap di kampung itu sejak Ahad lalu.


Menurutnya, ketika ini paras air semakin parah akibat hujan lebat bermula semalam sehingga awal pagi tadi.

"Ramai penduduk sudah tiada bekalan makanan dan kehabisan gas untuk memasak.

"Harap dapat dihantar bekalan itu dengan segera kerana sudah lima hari kami tidak dapat keluar membeli barang akibat banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Foto: Harian Metro
Sementara itu, Ketua Anak Negeri (KAN) Paitan, Joh Kiling berkata, dia dan beberapa penduduk Kampung Simpangan dan Dalamas sudah memindahkan lebih sepuluh keluarga ke tempat selamat.


"Setakat ini, lebih sepuluh rumah penduduk membabitkan kira-kira 100 individu sudah dinaiki air dan tenggelam.

"Kami menggunakan perahu sendiri membantu penduduk dan menghantar mereka ke tempat selamat.

"Justeru, kami sangat berharap bantuan disalurkan dengan segera ke kampung kami," katanya.

Difahamkan terdapat lebih tujuh kampung di kawasan itu terjejas antaranya Kampung Tebatu, Kebuluh, Timpus dan Betongan Darat. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 14-1-2021 03:09 PM
ini kawasan memang pedalaman
Quote Manjahati 14-1-2021 03:18 PM
Kesiannya dh lima hari
Quote kimsa-ra 14-1-2021 03:28 PM
Kesian nya. Dh la pendalaman
Quote Jorja 15-1-2021 12:58 AM
Beluran under daerah Sandakan.. Sdk kan luas harap2 banyak bantuan
Quote Tinot7 15-1-2021 07:23 AM
Semoga dipermudahkan urusan dpt bantuan.
Sabah dgn johor pkp tapi ada banjir kan?
Quote hydrangea 15-1-2021 10:01 AM
kesiannya.. moga dipermudahkan bantuan
Quote Artemesiaa 15-1-2021 10:16 AM
Simpati sungguh dah viral pasti ada yang akan datang hulur bantuan
Quote depresio 15-1-2021 10:17 AM
Siapa la adun kawasan ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.295382 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top