CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asal Usul Terciptanya French Fries, Adakah Ia Dicipta Di Perancis?

13-1-2021 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4051| Komen: 9

Kredit : thedailymeal.com 



Kentang goreng, makanan ringan paling ringkas dan antara yang paling popular di seluruh dunia. Selalu dipadankan dengan burger, dimakan bersama sos atau begitu sahaja.

Sejak entah bila ia dipanggil French fries, namun itulah panggilannya yang paling lazim. Namun adakah French fries memang berasal daripada Perancis berdasarkan namanya itu?

Siapa yang sebenarnya memperkenalkan makanan ini tidak dapat benar-benar disahkan, kerana ada banyak teori mengenainya. Ia juga berkait dengan kedatangan tanaman kentang ke bumi Eropah.

Asalnya kentang adalah tanaman lazim di Amerika Selatan. Pada 1537 ketika Sepanyol datang dan meneroka bumi Colombia, mereka menemui kentang di sebuah perkampungan yang telah ditinggalkan penduduknya. 20 tahun kemudian, kentang dibawa pulang ke Eropah dan penanamannya mula terkembang ke negara-negara sekitar.




Teori pertama mengatakan bahawa orang Belgium yang pertama memotong kentang secara memanjang dan menggorengnya sebelum dihidang seawal kurun ke-17. Selalunya mereka menggoreng ikan-ikan kecil sebagai makanan ruji, namun ketika musim sejuk di mana sungai-sungai beku, kentang dijadikan ganti.

Sementara dakwaan orang Perancis pula, kentang goreng dicipta oleh mereka dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada dunia adalah seorang pegawai perubatan tentera Perancis bernama Antoine-Augustine Parmentier.



Ketika Perang Tujuh Tahun (1756-1763), Parmentier menjadi tawanan tentera Prussia. Semasa dalam tahanannya, dia diberi makan kentang. Pada zaman itu di Perancis, kentang hanya menjadi makanan babi dan tidak dimakan oleh manusia kerana orang Perancis percaya ia membawa penyakit kusta.

Namun ia didapati sebaliknya oleh Parmentier. Setamatnya perang, dia kembali ke Perancis dan mula mempromosikan kentang sebagai sumber makanan baharu yang berpotensi. Pada 1772, Fakulti Perubatan Paris mengesahkan bahawa kentang boleh dimakan, begitupun Parmentier masih mendapat tentangan khalayak. Malah dia tidak dibenarkan menanam kentang di kebunnya sendiri.

Dia terus menjalankan promosi agresif, dengan mengadakan majlis makan malam dengan menjemput orang-orang kenamaan termasuk Benjamin Franklin,  Antoine Lavoisier dan juga Raja Perancis, Louis XVI serta isterinya, Permaisuri Mary Antoinette.



Akhirnya, masalah kebuluran pada 1785 membuatkan khalayak tiada pilihan selain memakan kentang dan terus menjadi popular. Selepas itu mereka mula menanam kentang dalam skala yang besar termasuk di taman diraja Tuileries di mana ia ditukar menjadi ladang kentang.

Lama kelamaan, dipercayai orang Perancis meneroka pelbagai cara menghidangkan kentang termasuk memotong halus dan menggorengnya, yang mereka panggil frite, yang bermaksud 'goreng lama' (deep fry). Cara itu kemudian tersebar bersama penjelajahan dan penjajahan Perancis ke serata dunia khususnya ke benua Amerika.

Hidangan tersebut sampai ke White House, apabila suatu hari pada 1802, Presiden Amerika Syarikat ketiga, Thomas Jefferson meminta chefnya supaya membuat hidangan kentang 'cara Perancis' untuk satu majlis parti makan malam. Cara Perancis yang dimaksudkan itu adalah 'dipotong memanjang halus dan digoreng mentah'.

Ia semakin berkembang di Amerika dengan nama French fried potatoes. Lama kelamaan, rasanya orang semakin malas nak sebut panjang-panjang, maka dipanggil sahaja French fries.



Sumber: Today I Found Out, Wikipedia/RancakTV





2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 13-1-2021 07:16 PM
Kalau french kiss?
Quote songhara1226 13-1-2021 07:36 PM
Ok sekarang ni air bandung dgn mee bandung ni asal xde kat Bandung
Quote Skuau 13-1-2021 08:14 PM
asal usul (@camner dpt nama) 'Uncle Kentang' tu..pulak???
Quote RatuDunia94 13-1-2021 08:19 PM
Edited by RatuDunia94 at 13-1-2021 08:21 PM

National costume Miss Belgium


Quote mbhcsf 13-1-2021 08:39 PM
dulu tak ada istilah kuarantin tumbuh tumbuhan kan
Quote Artemesiaa 14-1-2021 06:43 PM
Menarik infonya
Quote Ain_h 26-1-2021 02:25 AM
Tq siapa yg Cpta resipi.. Favorite till now{:love
Quote Boomibulat 26-1-2021 03:35 PM
Kalau pencipta tu patentkan fries ni..mesti dh kaya raya
Quote Supersirap 27-1-2021 12:06 PM
Kentang ni memang sedap dimakan sewaktu tengah lapar

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.216498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top