CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jaga Dua Anak Kecil, Saya Tengok Isteri Nampak Letih Sangat, "- Jamal Abdillah

13-1-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7605| Komen: 30

Membesarkan dua cahaya mata yang tidak jauh beza usia, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah mengakui ia satu tanggungjawab yang berat dan memenatkan.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin juga kelihatan letih menguruskan dua anak mereka yang masih kecil.

Penyanyi berusia 62 tahun ini bagaimanapun menganggap anak-anaknya satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk menebus segala kesalahannya di masa lampau.

Foto: IG

"Anak pertama berusia setahun dua bulan dan baby kedua ini dah dua bulan... agak meletihkan juga. Saya tengok orang rumah saya pun nampak letih sangat.

"Saya pun ada juga membantu dia dalam menguruskan anak-anak. Saya bersyukur di usia sekarang ini masih dikurniakan anugerah cahaya mata dan ia pasti datang dengan tanggungjawab yang besar untuk saya membesarkan mereka.


"Mungkin ini sesuatu yang Allah kurniakan (anak-anak) untuk saya menebus segala kesalahan-kesalahan masa lalu. Tapi tanggungjawab ini memang berat tapi saya tetap bersyukur," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini ditemui ketika sesi ramah mesra bersama finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.

Pada 11 November tahun lalu, Jamal berkongsi berita gembira mengenai isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan yang diberi nama El Issac Yamani di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.



Selain El Issac Yamani, Jamal yang mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada April 2017 juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober 2019.

Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu turut dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 20 dan Ahmad Zaki Yamani, 15 menerusi perkahwinan terdahulu.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai kerjasama dengan penyanyi muda, Jamal memberitahu dia tidak menganggap ia satu isu menumpang populariti mana-mana pihak.

Kata Jamal, seseorang selebriti itu yang sudah lama atau masih baharu dalam industri seni sepatutnya tidak boleh mempunyai sifat sombong dalam diri.

"Bila saya berada di arus perdana, saya harus bergabung dengan pelbagai genre untuk saya sentiasa berada dalam industri. Jadi, salah satu formula yang menjadi.

"Sebenarnya soal menumpang populariti, itu bukan satu isu. Yang penting kita jangan bangga diri anggap legend dan lama industri. Kita sebagai penyanyi kena sampaikan sesebuah lagu dengan sebaik mungkin.

"Kalau anggap diri itu legend dan tak harus bekerjasama dengan orang baharu, itu satu sikap yang tak baik dan tak bagus. Sikap sombong ini sesuatu yang tidak sepatutnya ada dalam diri seseorang itu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 13-1-2021 11:40 AM
Xkan xde maid
Quote putericahaya999 13-1-2021 11:45 AM
Comeeeeynyaaa
Quote bluebutter 13-1-2021 11:59 AM
Dah agaknya tok mal tak tolong apa pun kerja rumah (sebab dah elderly kan), tok mal just tolong making babies jer for her wife hehehe.
Quote supermum 13-1-2021 12:04 PM
Nasib wife muda, energy masih banyak.
Quote azwanaliori 13-1-2021 01:12 PM
comel gilooooo anak nyaaa
Quote missHaidiD 13-1-2021 01:14 PM
Ambik maid.  1 ank 1 maid.  Namapun dato kn
Quote MidoriHijau 13-1-2021 01:38 PM
Gilaa anak rapat2. Mana tak penat. Lain la ada maid
Quote DahliaTulip 13-1-2021 01:41 PM

tak ade lah tu..klo x, xkan die ngeluh bini penat.
Quote Redmyvi 13-1-2021 01:47 PM
Dia pun penat bile tgk bini dia penat.. hehe

Quote Kancilkering 13-1-2021 01:49 PM
dpt laki kuat had tu je...mana bini x penat
Quote doubleA 13-1-2021 01:49 PM
Rapat2 sangat anak dah la dua2 czer, lepas ni jarakkan la. Memang penat sebab azura umo tengah melasak, ada pulak baby yg belum tentu boleh tido malam, ada baby sampai 3 bulan baru boleh tdo malam. Ambik maid la tokmal
Quote Megikari 13-1-2021 03:04 PM
Bini lepas habis pantang terus preggy lagi. Maunya tak penat mental fizikal. Dah tau gitu, sediakan la maid utk bantu isteri. Kalau tak mampu sediakan maid, lain kali pandai2 la jarakkan anak tu. Dah umur banyak kot, takkan benda basic mcm tu pun tak tau
Quote little_sis 13-1-2021 03:08 PM
azura tu comel sgt... bertuah la tok jamal ni dpt anak2 comel
Quote Nenasketum 13-1-2021 03:22 PM
Gigih dengan old man smell semata nak hidup senang lenang ngan royalti kan? Hehehe... apasal lak aku cam jeles. Budak flat or village idiot mana nih? Eh, masih lagi bunyi mcm jeles hihihi.
Serious aaar, old man smell tu yuckss!!!
Quote mrsbob87 13-1-2021 03:24 PM
sediakan lah pembantu rumah......

kalau sayangkan isteri
Quote jargon 13-1-2021 03:32 PM
Nenasketum replied at 13-1-2021 03:22 PM
Gigih dengan old man smell semata nak hidup senang lenang ngan royalti kan? Hehehe... apasal lak aku ...

Old man smell??ape mksud uolsss noks??explain..mak noob jap arini otak tepu pkp first day ni..ingat nak jd rider foodpanda
Quote nanies 13-1-2021 04:14 PM
amik la maid, amik 3. jaga sorg satu anak. yg ketiga boleh jaga bang jamal
Quote irish_ieka 13-1-2021 09:48 PM
mmg la penat dato oiiii . Allah mmg la kurniakan tp family planning laaaa. aku yg anak dh umur sthn pon penat lagi dok ckp kt husband sabaq dlu kalau nk ad baby lain. atok yg dh tua tk larat jaga pon kasi hentam rapat2 adoi
Quote Potato_kering 13-1-2021 10:37 PM
Balsan dosa ? Anak tu ko yg buat kot. Tau kondom? Pffftt..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056900 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top