Walaupun pelawak dan pelakon Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.
Achey berkata, selepas memahami serba sedikit selok-belok perniagaan dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan kedai runcit tahun ini. "Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Contohnya Lan Solo pun ada kedai runcit. Tahun ini, banyak perancangan perniagaan yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Jadi untuk perniagaan kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut's Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru- baru ini.
Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Palut's Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.
|
ADVERTISEMENT