CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pesakit Covid-19 Warga Asing Berkeliaran Cari Bas Sendiri Cetus Kegusaran

12-1-2021 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4976| Komen: 21

Bekas pesakit Covid-19 warga asing didakwa berkeliaran dan berjalan jauh untuk mendapatkan pengangkutan awam di Pekan Simpang Empat di sini sebaik dibenar meninggalkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau sejak Ahad lalu. 


Tindakan warga asing itu mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk kampung dan penjaja tepi jalan selain simpati dengan nasib mereka. 


Kredit foto: Utusan

Jarak PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau dan Pekan Simpang Empat adalah kira-kira dua kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, perkara tersebut mendatangkan masalah kepada bekas pesakit termasuk mengundang kegusaran dalam kalangan penduduk sekitar. 

Menurut beliau, pihak berwajib seharusnya menyediakan kemudahan pengangkutan kepada bekas pesakit itu kerana lokasi PKRC  terletak jauh dari pusat bandar. 


“Mereka (bekas pesakit) tiada kemudahan untuk pulang ke rumah dan berkeliaran serta berjalan kaki jauh ke stesen bas. Pihak saya difahamkan mereka ada cuba untuk meminta bantuan van daripada beberapa pihak tetapi gagal. 

“Disebabkan itu, saya menawarkan perkhidmatan pacuan kereta empat roda milik saya bagi membantu membawa mereka pulang baru-baru ini. 

“Persoalannya, bagaimana dengan prosedur standard operasi (SOP) untuk menghantar pulang bekas pesakit yang telah sembuh?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Justeru, beliau merayu supaya diwujudkan kemudahan pengangkutan untuk bekas pesakit ketika dibenarkan pulang ke rumah dari PKRC.


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 12-1-2021 07:16 PM
Dh negatif  la tu
Semua nk disuap
Sapa lak nak tanggung kos
Quote depresio 12-1-2021 07:18 PM
Kesiannya dorg
Quote Skuau 12-1-2021 07:47 PM
ok la tu..kan dh lama 'duduk' kat situ...kasi 'jalan' sikit la...exercise sikit....
Quote Normabaru 12-1-2021 07:47 PM
Halah2... Makan free..Tidur sedap..  Gaji jalan..

Klu time raya elok je reti jln klcc smpi genting pon ok je
Quote zehra2 12-1-2021 08:06 PM
berperikemanusiaan la skit. majikan dia org, kedutaan ke. tkde ke
Quote Megikari 12-1-2021 08:16 PM
Gi la suruh majikan diorang datang ambil
Quote sonatalady 12-1-2021 08:19 PM
Semua pihak berwajib buat...habis yb buat apa.
Oklah yb usaha dah tu.majikan lah patut amik tau.dr awal semua pihak berwajib..majikan jadi sedap.esok majikan ulang lg perangai yg sama.
Quote mziskandar 12-1-2021 08:31 PM
Sape tokey? Sape yg bwk masuk?
Quote MontanaHannah 12-1-2021 08:49 PM
Megikari replied at 12-1-2021 08:16 PM
Gi la suruh majikan diorang datang ambil

                    Setuju !
Quote krustykrab 12-1-2021 08:50 PM
Sbb tu majikan syok ambik depa ni keje...blh lepas tangan sana sini, gaji ala2 hamba pun depa ambik..majikan untung segala segi
Quote Belibis 12-1-2021 09:13 PM
Normabaru replied at 12-1-2021 07:47 PM
Halah2... Makan free..Tidur sedap..  Gaji jalan..

Klu time raya elok je reti jln klcc smpi genti ...

Biasanya majikan tak bayar gaji,sebab tu nepal,bangla kalau sakit pun datang kerja.
Quote Normabaru 12-1-2021 09:22 PM
Belibis replied at 12-1-2021 09:13 PM
Biasanya majikan tak bayar gaji,sebab tu nepal,bangla kalau sakit pun datang kerja.

Mana boleh.. Isu covid ni tempat tido berdengkur pon gomen concern dik.. Ada aduan siap laaa..

Quote Normabaru 12-1-2021 09:25 PM
zehra2 replied at 12-1-2021 08:06 PM
berperikemanusiaan la skit. majikan dia org, kedutaan ke. tkde ke

Kedutaan paki tepi klcc tu selalu biar je rakyat dia bersusun bertenggek tepi jalan bau busuk walhal blh je suh kumpul kt dlmm... Nmpk xbertapa msia suka susukan kera kat hutan? batak pujian
Quote Skuau 12-1-2021 09:47 PM
krustykrab replied at 12-1-2021 08:50 PM
Sbb tu majikan syok ambik depa ni keje...blh lepas tangan sana sini, gaji ala2 hamba pun depa ambik. ...

takla...majikan amik warga asing sb warga tempatan pemalas..x caya..tanya tauke seluruh negara.
Quote sarah82 12-1-2021 10:11 PM
Hebat. Dah la dpt rawatan free.. Now menyalak nak pengangkutan pulak
Quote krustykrab 12-1-2021 10:32 PM
Ngo dan individual yg sayang sgt kat diorg ni apalagi...masing2 tongtong la byr duit sewa bas
Quote Cocoais 12-1-2021 10:40 PM
Tokey dengan ejen yang kenyang
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:33 PM
mziskandar: Sape tokey? Sape yg bwk masuk?



Ni betul. Patut time ni kan check visa apa semua macam dulu tu. Semua warga asing mesti ada dokumen atau visa.
Quote me12345 13-1-2021 07:49 AM
Semua nk free ke...kt negara masing masing berpuluh kilometer pun mmg depa mmg jslan jaki..dh sihat..dh bg ubat free..katil free makan free suh la tokey kiksng sediakan...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064315 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top