CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farahdhiya Rindu Peluk Kawan, Hidup Tanpa Pelitup Muka

12-1-2021 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3760| Komen: 16

Description: Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berharap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara bermula esok akan melenyapkan virus Covid-19 yang semakin menular dalam masyarakat negara i ...
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berharap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara bermula esok akan melenyapkan virus Covid-19 yang semakin menular dalam masyarakat negara ini.




Harapan tersebut ditulis penyanyi Bertakhta di Hati dalam satu perkongsian InstaStorynya malam tadi.

Menurut pemilik nama penuh, Farahdhiya Mohd Amin, 37, dia sangat merindui kehidupannya yang normal sebelum pandemik Covid-19 menular dalam negara.

“Kami mahu kehidupan yang normal seperti dulu tanpa perlu menggunakan pelitup muka dan boleh memeluk rakan-rakan. Saya merindui semua detik itu,” katanya dalam perkongsian tersebut.



Tambah pelakon drama Spa Q itu, dia juga berharap agar pelaksanaan PKP seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dapat membantu menurunkan jumlah kes positif di negara ini.

“Marilah sama-sama kurung diri untuk dua minggi supaya PKP tidak disambung lagi.

“Semoga dalam dua minggu ini, kes positif dapat turun mendadak. Jaga diri semua, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.



Kredit foto: IG Farahdhiya

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor serta Sabah dikenakan PKP selama 14 hari bermula pukul 12.01 tengah malam esok sehingga 26 Januari ini.

Beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bagi Perlis dan Sarawak, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan sepanjang tempoh itu. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 12-1-2021 06:33 PM
Who ar yuss?
Quote Kurex 12-1-2021 06:54 PM
ajinomotonosuga replied at 12-1-2021 06:33 PM
Who ar yuss?

Apa yg nak digosipkan ???
Quote makneng 12-1-2021 08:01 PM
Ye ye je kurung diri dua minggu, sekali 2 bulan.. Haha
Quote Rob07 12-1-2021 08:46 PM
So? apa gosip nya ?{:childlike
Quote EvieWanKenobi 12-1-2021 10:55 PM
gossip pelitup muka ke?
Quote Perawankota 13-1-2021 02:33 AM
OK noted..
Quote helicornia 13-1-2021 06:40 AM
tkde makna dlm 2 minggu nk turun mendadak
ko sekolah tak
kesan kawalan pun lepas 2 minggu baru nampak
Quote helicornia 13-1-2021 06:41 AM
ajinomotonosuga: Who ar yuss?

pak aji pun pandai who ar yuss skrg {:smile
Quote beatgirlX 13-1-2021 06:49 AM
Memang x de nya 2 weeks keputusan turun..after 2 weeks baru nampak result..Soo?
Sambung kot..
Quote kambinggila 13-1-2021 11:40 AM
dia ni kalau peluk even aku yang boroi ni boleh rasa ketet dia dulu..
Quote addved 13-1-2021 04:38 PM
alahai, bukan kau sorang dik, everyone feels the same. Blearghtttttt...
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:46 PM
kahwin je lahh sis. leh pelukk laki chuollss
Quote tikusmontok 16-1-2021 07:13 PM
kiah_mai_pulak replied at 16-1-2021 05:46 PM
kahwin je lahh sis. leh pelukk laki chuollss

Kannn normiang haking dah dpt greenlite dr memek kan
Quote emilyrose 16-1-2021 07:23 PM
Kurex replied at 12-1-2021 06:54 PM
Apa yg nak digosipkan ???

aku dah kata.. wartawan2 cari ni mmg bodoh..
tak tau apa definasi gossip tu.. asyik bukak tred stmt retis sendu.. lahanat sangat..
Quote stania83 16-1-2021 08:22 PM
okla daripada takde gossip..
Quote cicicumel 16-1-2021 08:27 PM
Muka dia mcm Queen Gambit

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.106646 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top