CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk Mesin ATM Sampai Pecah Sebab Tak Dapat Keluarkan Duit Beli Baju Anak

12-1-2021 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9590| Komen: 84

Berang kerana tidak dapat mengeluarkan wang, seorang penganggur memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Jalan Salim di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, lelaki berusia 35 tahun itu ke ATM berkenaan bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun.



Gambar hiasan
Kredit foto: BH Online

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata tindakan lelaki itu dilihat pengawal keselamatan di pasar raya terbabit.

"Suspek bertindak agresif dengan menumbuk skrin mesin ATM sehingga rosak sebelum beredar keluar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengawal keselamatan terdengar bunyi kuat dan apabila memeriksa dia ternampak lelaki terbabit memecahkan mesin ATM sebelum menangkapnya.

Dengan bantuan seorang lagi rakannya, pengawal keselamatan terbabit dapat menahan suspek. Suspek kemudian diserahkan kepada anggota Balai Polis Lanang tiba di lokasi selepas menerima maklumat.


Stanley berkata, suspek dikatakan berang selepas kad bank yang digunakan untuk mengeluarkan wang ditelan mesin ATM itu walaupun mendakwa memasukkan nombor PIN yang betul.


Kredit foto: BH Online

"Suspek mahu mengeluarkan wang i-Sinar untuk membeli pakaian anaknya," katanya sambil menambah semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Suspek reman mulai hari ini (semalam) dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haznor 12-1-2021 07:53 AM
Kesian. Mungkin itu satu-satunya kad atm yg dia ada & dibuang kerja pula.
Quote batu kikir 12-1-2021 08:06 AM
See the difference.......life as a gomen servant versus life of non gomen servant.  Sementara gomen servant duduk aman damai (kecuali KKM dan anggota keselamatan).......gaji dan pencen masuk tepat masanya...... tak perlu pening kepala.....Gomen sentiasa memgutamakan staf dia orang......... non gomen staf pandai2 engko lah nak hidup. Keluar duit sendiri dalam EPF.....Gomen pulak dikatakan prihatin.  


Quote Aerhys 12-1-2021 08:08 AM
Sudah jatuh ditimpa tangga. Harap ada insan mulia yg sudi bantu dia sekeluarga. Mungkin boleh sedekahkan pakaian, makanan atau keperluan harian. Ramai orang akan terkesan semasa PKP. Lebih ramai orang akan mengalami tekanan perasaan Have some sympathy. Bukan semua orang boleh wfh gaji tetap berjalan semasa PKP.
Quote helicornia 12-1-2021 08:10 AM
haznor replied at 12-1-2021 07:53 AM
Kesian. Mungkin itu satu-satunya kad atm yg dia ada & dibuang kerja pula.

nape nak kesian?
pi je la buat repot kat bank. nti dpt la balik kad tu
yg pi rosakkan mesin atm kenapa? ni dah kira vandalisme. ingat murah ke harga 1 mesin atm tu
Quote domestobot 12-1-2021 08:20 AM
tengok rupa macam baru bangun tidur je. takpun lalok dengan batu/methamphetamine. tu yang short temper semacam, selalu sangat nampak kejadian camni kat Sarawak. ni dah tua2 pun masih makan dadah gamaknya, tapi masa berhenti sekolah dulu bangga sebab "aku dah kerja kitakorang gik masih sekolah"
Quote mbhcsf 12-1-2021 08:23 AM
"Suspek mahu mengeluarkan wang i-Sinar untuk membeli pakaian anaknya," katanya sambil menambah semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).


okay, ada history jenayah.

jgnlah sampai menyusahkan org lain dengan memusnahkan mesin tu, kesian kat org lain sama yg nak keluarkan duit , tu tak fikir pulak ....
Quote MissVixen 12-1-2021 08:23 AM
Ini kalau anak bini buat silap sikit mesti kena pukul macam mesin atm tu.
Quote rukia2 12-1-2021 08:28 AM
marah senang buat manusia hilang kewarasan..
Quote haryatie 12-1-2021 08:33 AM
kesiannn..tp btul ke alasannya tu
ntah2 tengah ting tong kut..jahat nya aku
Quote Belibis 12-1-2021 08:45 AM
Aerhys replied at 12-1-2021 08:08 AM
Sudah jatuh ditimpa tangga. Harap ada insan mulia yg sudi bantu dia sekeluarga. Mungkin boleh sedeka ...

Dah terlambat sis.mungkin nasibnya bertambah malang sebab akan ke dalam sebab merosakkan harta.
Quote salimrock 12-1-2021 08:57 AM
mbhcsf replied at 12-1-2021 08:23 AM
"Suspek mahu mengeluarkan wang i-Sinar untuk membeli pakaian anaknya," katanya sambil menambah semak ...

kalau lah dia bersabar, dan cari bank lain bukan ke dah selesai 1 masalah
ni kena tahan reman, ikat jamin,  naik turun mahkamah ni, ko agak berapa RM kene pakai?
Quote mikasa 12-1-2021 08:59 AM
Kesian org lain yang nak keluarkan duit I-Sinar pun tak dpt jugak
Quote salimrock 12-1-2021 09:03 AM
domestobot replied at 12-1-2021 08:20 AM
tengok rupa macam baru bangun tidur je. takpun lalok dengan batu/methamphetamine. tu yang short temp ...

dadah meth ni, kalo kene rasa best 2 hingga 3 kali,

kalo tak dapek atau kesan dadah tu hilang , rasa tak best atau negatif -2 -3 kali,

ni apa yg member aku cerita la, sebab dia cerita ialah tak nak kawan2 lain terjebak sama...

Quote baghal_bortuqal 12-1-2021 09:31 AM
Beli baju anak ke Beli dadah
Quote lattehazelnut 12-1-2021 09:34 AM
Biasa xdpt beli dadah je sampai camtu..
Quote sukacactus 12-1-2021 09:37 AM
Aku kesian kat ank dia je...terpaksa menyaksikan keganasan bapak dia, lepas tu kena tangkap dgn polis plak
Quote mamajawie 12-1-2021 10:24 AM
baru nak ckap makan dadah ke mamat ni rupanya penah kne tahan kes mendadih..sebab keras betul tulang dia tumbuk mesin atm sampai pecah ni..kalah sapok biki
Quote domestobot 12-1-2021 10:38 AM
salimrock replied at 12-1-2021 09:03 AM
dadah meth ni, kalo kene rasa best 2 hingga 3 kali,

kalo tak dapek atau kesan dadah tu hilang  ...

ya memang betul. dia punya high sangat tinggi dan intense, tapi bila effect dia hilang rasa down pun berganda jugak. dah la murah, kira economical lah sebab high dia tinggi tapi harga murah. meth ni la yang rosakkan anak2 muda Sarawak.
Quote auntieagony 12-1-2021 10:40 AM
Semua dah cakap pasal lelaki baran tu.

Auntie nak ulas pasal mesin ATM tu pulak.

Dah rosak mesin tu, menyusahkan org2 lain yg nak mengeluarkan wang melalui ATM pulak.

Menyusahkan pihak Bank nak menggantikan mesin tu dgn mesin yg baru. Dah lah nak MCO sehari jer lagi ni.

Mesin ATM tu mahal tau.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.212450 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top