CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menyayat Hati, Itik Korbankan Dirinya, Elak Anak-Anak Jadi Mangsa Ular Buktikan Kasihnya Si Ibu

12-1-2021 12:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3267| Komen: 17



Ibu mana yang tak sayangkan anak mereka? Seperti yang kita ketahui dan alami, pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya adalah suatu perkara yang tidak akan mampu terbalas.

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @SudhaRamenIFS membuktikan bahawa bahkan haiwan juga turut mempunyai naluri dan perasaan untuk mengorbankan nyawa mereka bagi melindungi anak-anak mereka.

Video ibu seekor itik yang dilihat melawan seekor ular bagi memastikan anak-anaknya selamat dan mengorbankan nyawanya daripada pemangsa itu telah menjadi tular di media sosial.

Waktu dan lokasi video tersebut tidak diketahui, namun ianya memaparkan seekor ular yang dipercayai jenis ular sawa, masuk ke dalam sebuah lubang yang didiami oleh ibu itik tersebut dan anak-anaknya.


Si ibu yang menyedari ancaman tersebut segera membuka sayapnya bagi mengeluarkan anak-anaknya dari lubang tersebut bagi menjauhkan diri mereka daripada bahaya.

Namun begitu, pada saat anaknya yang terakhir berjaya lolos daripada ancaman tersebut, sudah terlambat buat si ibu untuk menyelamatkan dirinya.

Si ibu hanya terkaku apabila ular tersebut bertindak melilit tubuhnya.

Video tersebut berakhir dengan itik yang dililit ular tersebut lemas sehingga mati.


Video yang berdurasi selama 44 saat itu telah membuatkan ramai warganet membicarakan tentang soal kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak mereka tanpa mengenali spesisnya.







Sumber: India Times/Siakapkeli

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-1-2021 12:43 AM
Sedih.. tapi lumrah alam....
Quote Catpaw 12-1-2021 02:10 AM
sedihnya...dekat 20 anak itik
Quote dua_chzy 12-1-2021 03:05 AM
Ular tu pun lapar. Kang tak dapat makan hewan, dibelitnya pula manusia, ko nak?
Quote papadomku 12-1-2021 06:07 AM
Sedihnyaaa.. mother's love
Quote adeqbun 12-1-2021 09:41 AM
sedihnye..sis nanges ok..huwaa..jgn ular tu p ngap jugak anak2 die sudah..huwaa...again..emo sis trus
Quote nanies 12-1-2021 10:27 AM
tak berani tengok. kang sedih melampau
Quote mamajawie 12-1-2021 10:33 AM
sedangkan binatang sayangkan anak tapi ada gak manusia buang anak dalam semak..cam sielll..
Quote swateng1 12-1-2021 12:14 PM
yang rekod video tu pasaipa tak katok jaa ulaq tu??? jibakeee..tak pasal anak2 itik tu dah jadi anak2 yatimmmmm
Quote Belibis 12-1-2021 12:28 PM
Lakonan jer ni.bnyk kat utube.cane dia tahu ular nak datang kat lubang tu ? Siap sedia dengan hp.
Quote tikusmontok 12-1-2021 01:35 PM
swateng1 replied at 12-1-2021 12:14 PM
yang rekod video tu pasaipa tak katok jaa ulaq tu??? jibakeee..tak pasal anak2 itik tu dah jadi anak ...

mesti bini ulau tu yg rekod..demi sesuap like...huhu tak kelakar. jipaker punya ulau sawa.
Quote MissVixen 12-1-2021 01:48 PM
Saje je letak ular tu dekat sarang itik tu. Demi dapat views banyak ye.
Quote Burong_Hantuk 12-1-2021 02:35 PM
X sampai hati nak tengok sampai habes
Quote LadyCarefree 12-1-2021 02:44 PM
Sedihnyaaaaaa tapi dah gitu nature
Quote Artemesiaa 13-1-2021 05:18 PM
Sedihnya naluri seorang ibu sentiasa nak pastikan keselamatan anak2nya
Quote akies 13-1-2021 07:18 PM
Tak sanggup nk tgk.
Kasih si ibu itik
Quote xLillyx 14-1-2021 03:57 PM
Food chain.. Nak buat camne
Quote jasmeen 14-1-2021 04:06 PM
bodohnya tukang amik vdeo ni..pukullah ular tu jahat

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.078653 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top