CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Jual Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri Di Usia 24 Tahun!

12-1-2021 12:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3686| Komen: 7

Description: Pepatah Melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” merupakan salah satu nasihat yang sangat berguna untuk memacu semangat bagi terus berusaha.



Pepatah Melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” merupakan salah satu nasihat yang sangat berguna untuk memacu semangat bagi terus berusaha.

Hal ini kerana bukan mudah untuk mengejar sesuatu yang diimpikan namun perkara tersebut tidak mustahil boleh dicapai andai mempunyai usaha yang gigih.

Pencapaian diusia 24 tahun

Jadi, menerusi muat naik seorang pengguna Twitter dengan nama akaun iphonebylep, dia telah berkongsi kejayaannya membuka francais perkhidmatan kurier, J&T pada usia 24 tahun.



Jual macam2 barang online cari modal

Menurut pemuda tersebut, dia berjuang hampir empat bulan menguruskan segala keperluan sebelum membuka perniagaan itu disamping bergelar pelajar yang perlu mengikuti kuliah secara atas talian pada masa ini.

Lebih membanggakan, kejayaan membuka francais khidmat kurier itu adalah atas usahanya sebelum ini yang bertungkus-lumus mencari duit dengan menjual pelbagai barangan secara atas talian.



Walaupun francais yang dibuka bukanlah untuk perkhidmatan penghantaran kerana lebih menjurus kepada tempat penurunan barang, namun ia tetap memerlukan sejumlah modal yang agar besar untuk membukanya.


Doakan dapat selesai belajar

Pemuda tersebut juga bersedia untuk berkongsi kepada semua bagaimana cara untuk membuka francais J&T pada masa akan datang kerana sekarang dia sedang sibuk dengan pembelajarannya.

Di akhir posting tersebut, iphonebylep meminta agar orang ramai dapat mendoakan kejayaannya dalam pembelajaran dan perniagaan kerana bergelar pelajar tahun akhir dalam bidang landscape architecture bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.



Tahniah bro! Goodluck study too

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif kepada pemuda itu dengan mengucapkan tahniah serta memberinya semangat agar terus berjaya.

Mereka juga berharap supaya pengguna Twitter tersebut diberi rezeki yang murah dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.



Sumber: iphonebylep_/OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-1-2021 12:44 AM
Lagi budak twitter bagi tips kejayaan...
Quote kimsa-ra 12-1-2021 01:04 AM
Blh thn modalnya.
Quote KIM.K 12-1-2021 01:59 AM
Oh patutlah call macam2 opis JnT dalam satu mukim nak arrange pickup tapinya diorg drop off je..rupanya macamtu
Quote Perawankota 12-1-2021 02:49 AM
Yg penting, ada duit.. X der duit, jgn harap leh bukak
Quote sranua 12-1-2021 03:17 PM
Ada duit, ade otak..jalan terusss....terbaik dik merancang untuk berjaya.
Quote Artemesiaa 13-1-2021 05:09 PM
Ada cukup modal nak buka perniagaan apa pun boleh
Quote exclusive_vvip 14-1-2021 10:00 PM
100k modalnya..btol ke hasil dia meniaga semata? I agak musykil di situ..ntah2 ayah dia berenti keja dpt pampasan sedap..ataupun parents tlg buatkan loan..I x berapa nak percaya bebudak muda skrg bagi tips..sorryyy

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.396328 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top