CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Tegas Tangani Rasuah! Bekas Pegawai Bank Dihukum Mati Terima Rasuah RM1.04 Bilion

11-1-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2584| Komen: 8

Gambar menunjukkan bekas pengerusi China Huarong Asset Management Co (Huarong), Lai Xiaomin (tengah) ketika dihadapkan ke mahkamah di Tianjin, China. - Foto AFP



BEIJING: Bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dijatuhkan hukuman mati semalam kerana menerima rasuah berjumlah AS$260 juta (RM1.04 bilion).

Lai Xiaomin, bekas anggota Parti Komunis China, membuat pengakuan terperinci yang disiarkan di televisyen CCTV negara itu baru-baru ini, menunjukkan peti besi dan kabinet dipenuhi wang tunai di sebuah apartmen Beijing yang didakwa dimilikinya.

Menurut mahkamah di Tianjin, Lai menunjukkan 'niat jahat yang melampau', menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan sejumlah besar sogokan yang disifatkan 'sangat besar' dan turut melabelkannya sebagai 'sangat serius'.


Dia adalah bekas pengerusi China Huarong Asset Management Co (Huarong) yang disenaraikan di Hong Kong sebagai kumpulan pengurus hutang bermasalah.

Lai juga didapati bersalah kerana bersekedudukan dengan seorang lagi wanita selain isterinya untuk tempoh yang lama dan mempunyai beberapa anak luar nikah.

Huarong adalah satu daripada empat syarikat yang ditubuhkan pada 1999 untuk membantu membersihkan hutang lapuk yang menjejaskan sistem perbankan China.

Syarikat itu kemudian berkembang menceburi bidang perniagaan pelaburan, pinjaman dan hartanah.

Kejatuhan Lai bermula pada April 2018 ketika penyiasat melucutkan jawatannya dan disingkirkan daripada menganggotai Parti Komunis China.

Dia dipercayai menyalah gunakan jawatannya bagi menggelapkan dana lebih 25 juta yuan (RM15.27 juta) antara 2009 dan 2018.

Ketika membuat pengakuan di stesen televisyen, Lai mendakwa ' tidak membelanjakan sesen pun wang sogokan itu' dan hanya menyimpannya kerana 'tidak tidak berani membelanjakannya'.

Dia merujuk apartmen di mana wang berkenaan disimpan sebagai sebagai 'pasar raya' berikutan sering mengunjunginya untuk menyimpan wang tunai.

CCTV turut menunjukkan kereta mewah dan jongkong emas dilaporkan diterima sebagai sogokan oleh Lai, yang bekerja di bank pusat dan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China sebelum memegang jawatan sebagai ketua di Huarong.

Hukuman itu mengakhiri salah satu kes jenayah kewangan terbesar di China dan berlaku ketika Beijing mengambil tindakan yang semakin tegas terhadap kesalahan korporat. 



Sumber - AFP/BeritaHarian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 11-1-2021 02:07 PM
Propa lebih huh.. Tegas benteras rasuah tapi dok menyiksa orang Uighur. Organ harvest, pengguguran bayi, human trafficking.. Memacam lagilah
Quote pasa 11-1-2021 02:36 PM
kat malaysia jarang ada berita org keje swasta kene tangkap sebab rasuah.


org keje swasta ni semuanya kerja lurus mcm pembaris, Good.
Quote Skuau 11-1-2021 03:11 PM
Edited by Skuau at 11-1-2021 03:12 PM

Bersemoga/berharap....xde ore Msia amik RASUAH....bg ore China msk/tggl kt Msia(cara x sah)...pulok.....
Quote Artemesiaa 11-1-2021 03:15 PM
Kat sana rata2 tahu hukumannya berat sebab tu ramai takut nak melakukannya
Quote swateng1 11-1-2021 03:40 PM
MALAYSIA BILA NAK BUAT NI. JERUNG2 PAUS2 BANYAK DOK  MAKAN RASUAHHHHH
Quote djzara81 11-1-2021 08:40 PM
Tang kekerasan kt org Uyghur senyap je gomen prc. Aktivitis human right sana pon penakut. Bodoh punya gomen prc.
Quote bungarose 11-1-2021 10:06 PM
Rasuah bley menghancurkan negara
Quote bakingsoda 12-1-2021 06:43 AM
kalau malaysia buat dan betul2 telus, yg dlm dewan rakyat tu ramai dah yg jd sejarah rasanya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040100 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top