CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Baru Saya Sedar, Rupanya Saya Tak Ada PhD’ - Annuar Musa

11-1-2021 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4859| Komen: 12

Kredit foto : The Sun Daily



KUALA LUMPUR: “Baru saya sedar… rupanya saya tak ada PhD.”

Demikian kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa, secara sinis menerusi laman Twitternya petang tadi.

Ciapan itu dipercayai susulan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang menyatakan bahawa hanya graduan Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dapat memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, pada Ahad, Ahmad yang juga Setiausaha Agung BN baharu, sekali lagi mempertahankan usul UMNO agar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Beliau mempersoalkan kesanggupan orang ramai yang beratur panjang di pasar raya, tetapi tidak sanggup untuk turun mengundi walau hanya sehari.


Sebelum itu, Ahmad dipetik Malaysiakini sebagai berkata, adalah wajar untuk mengadakan PRU, kerana banyak negara sudah melakukannya termasuk Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau juga menekankan bahawa pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan di Chini dan Slim disusuli pilihan raya negeri (PRN) Sabah sewaktu negara sudah dilanda pandemik COVID-19.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pada Selasa lalu telah dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional yang diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad bagaimanapun berkata, Annuar tidak dipecat daripada jawatan tersebut, sebaliknya digantikan, termasuk jawatannya dalam Muafakat Nasional (MN).

Tambah Ahmad Maslan, ia adalah perkara biasa apabila jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh individu yang sama.

Membalas kenyataan tersebut, Annuar menyifatkan Ahmad Maslan layak memegang jawatan tersebut kerana dia seorang yang “bijak dan memang layak”.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 11-1-2021 02:00 PM
Menyampah dengan anuar musa ni.. Cepatlah ganti orang lain yg lebih bijak berkaliber
Quote sub5zero 11-1-2021 02:13 PM
sehirkedi replied at 11-1-2021 02:00 PM
Menyampah dengan anuar musa ni.. Cepatlah ganti orang lain yg lebih bijak berkaliber

Kan dah ganti dgn mat maslan tu.....pasni sapa2 nk joint umno kena tunjuk sijil phd, klau cgpa <3.55 permohonan akan ditongsampahkan termasuk jibon
Quote tikusmontok 11-1-2021 04:06 PM
itu namanya tak sedar diri
Quote Boomibulat 11-1-2021 04:26 PM
Kalau x de pgi la beli..DSV pun mampu beli..bungkus ikat tepi 1
Quote jalfa 11-1-2021 04:31 PM
Bodohnya..phd pon x dek oi berguru dg zizang semang....yihhhh
Quote sidewinder 11-1-2021 05:39 PM
masa zaman ajib.....mat mazlan ni nampak sgt kebodohan dia.....pastu lepas BN kalah dia jadi pembangkang.....nampak cerdik plak....bila lawan jelutong....lawan nobita...dia kira menang dgn bergaya......ni bila UMNO dah nak hampir jadi kerajaan balik dah datang balik penyakit bodoh si mat mazlan ni......
Quote ninja9 11-1-2021 07:21 PM
jawab cara politik lepas itu kait dengan phd.. apalah.... explainlah knp orang ramai tak nak pru dan knp kegiatan manusia itu beri persepsi dan impak berbeza kepada penyebaran covid.
Quote Cenderakirana9 11-1-2021 07:40 PM
Adeh dengan keadaan kritikal macam ni, PRU jugak yang politician ni fikir
Quote xy_daen 11-1-2021 07:40 PM
Selayaknya kekal sebagai pembangkang untuk kekal cerdik (sikit)..
Quote bvsf06 11-1-2021 08:04 PM
sidewinder replied at 11-1-2021 05:39 PM
masa zaman ajib.....mat mazlan ni nampak sgt kebodohan dia.....pastu lepas BN kalah dia jadi pembang ...

Exactly. Quite impress masa jadi pembangkang dalam parlimen.
Quote GigaMom 11-1-2021 10:40 PM
Beliau mempersoalkan kesanggupan orang ramai yang beratur panjang di pasar raya, tetapi tidak sanggup untuk turun mengundi walau hanya sehari.

Tahi eh. Org beratur kat mall sendiri syiok, sendiri dpt brg
Beratur utk mengundi nak bagi korang kenyang poket masing2 buat apa
Quote Redmyvi 12-1-2021 08:03 AM
Rakyat malas nak mengundi sbb tak da sapa pun layak diundi..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059755 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top